Alhamdulillah, rezeki dapat belum segar.. RM50 2 kilo siap siang. Tak tahu la mahal ke murah sebab ni kali pertama beli dan proses sendiri. Lady seawalnya bukan peminat makhluk Allah yang ini.
Bersihkan dengan air, lendirnya tak hilang. Rendam dengan air tepung gandum lebih kurang lima minit. Lepas tu bersih lagi.. Cuba bau, masih ada sedikit lagi bau ikan panjang ni..
Rendam kali kedua dengan gandum.. macam basuh dengan sabun rupanya.. berbuih-buih. Baem kata ibu basuh dengan sabun ke.. π
Last sekali lady rendam dengan perahan asam limau. Alhamdulillah lulus .. tiada bau hanyir pekat dan tiada lagi lendir.
Lady ambik 1/4 bahagian.. jadikan sup.. masuk segala rempah ratus.. banyakkan rencah sebab taknak bagi bau dan boleh dimakan dengan baik. Dalam hati berdoa semoga bolehlah dimakan walaupun bukan untuk diri sendiri.
Lulus dan sedap encik suami kata.. Alhamdulillah.. tak dia sia berpenat lelah menahan perasaan proses belut ni. Abi dengan Kakak je yang habiskan kesemuanya. Adik dan ibu hanya tengok sahaja.
Alhamdulillah. Lagi 3/4 bahagian masih duk fikir nak buat apa.
P/s : waktu lady mula2 sakit dulu, Bak dan Che lumurkan darah dan lendir belut keseluruhan badan Lady yang lumpuh sepenuhnya akibat jatuh. Alhamdulillah kata mereka ada perubahan waktu tu. Terima kasih Che dan Bak tidak putus asa merawat Lady. Hanya Syurga tempatmu insyaAllah. Ameeenn..
Kak ana pernah merasa sekali makan paprik belut ni kat kedai Thai, boleh terima juga rasa nya :)
BalasPadamuiiii nampak sangat sedappppp tuuuu
BalasPadamada lg x? hahaha
Belut memang sedap tapi seram tengok waktu masih hidup dan dalam keadaan mentah.
BalasPadamwowwww belut! masa di kampung arwah nenek di Bagan Serai Taiping dulu selalu lah juga nenek buat masak belut ni hehe
BalasPadamSy sampai sekarang x sanggup makan belut....
BalasPadampaling seram tengok belut ni. tak pernah makan.
BalasPadamsaya pernah mkn sup belut ni (long time ago), my mom yg masak..sedap jer, rasa mcm sup ikan puyu/haruan
BalasPadamLinda tak pernah makan belut.. Tapi, orang kata mcm rase ayam.. Kikiki
BalasPadamSedapnyer sop belut
BalasPadamRasanya macam tak pernah makan belut lagi. Akak pun kalau basuh ikan keli akan guna tepung gandum. Limau nipis/kasturi dan asam keping sesekali.
BalasPadamJujurnya uncle tak pernah makan belut
BalasPadamTak pernah lagi makan menu ni...π
BalasPadamsaya tak sanggup makan belut sebab macam ular..
BalasPadamSy x mkn belut walaupun org kampung ...Tp nmpk sedap =)
BalasPadamSaya pernah makan belut. Krn di Jogjakarta makanan ini banyak, biasanya dimasak tumis, sambal atau bakar.
BalasPadamTapi tuhlah, saya tak suka durinya π€£. Kdg mengganggu. JD makan ini kdg pun berhati2 sangat, sebab suka tergigit bagian tulang yg keras.
Tak pernah lagi memproses sendiri.. biasa beli siap masak di kedai hihii.. org kata belut ini ubat buat penyakit asma.. tpi tak tahu la.. btw saya suka makan sup belut ni :D
BalasPadamProses nak hilangkan bau hanyir tu ambil masa sikit kan ..kena betul-betul cuci
BalasPadam