Isnin, 25 November 2024

Kucing dan Tikus

Kisah diri sendiri.. 

(Tajuk Tidak Ada Kaitan Dengan Cerita)

Dari seawal usia lady, Lady amat takut untuk bersuara.. kerana kami tidak diberi peluang untuk bersuara, memberi pendapat.. Mungkin zaman dulu, begitulah cara didikannya..

Kami hanya menerima tanpa suara, memprotes hanya dalam jiwa.. Itu didikan pada waktu itu.. maka lahirkan seorang Lady pada hari ini.. sehingga ke saat ini.. 

Ia melahirkan seorang wanita yang tidak empunya rasa (mungkin benar dan mungkin tidak). Ia sebenarnya suatu kekuatan bagi seorang Lady.. dan juga suatu kelemahan. Lady jadi takut untuk kata tidak, tidak boleh, saya nak buat begini..

Kelemahannya yang paling ketara adalah Lady benarkan orang membuli lady tanpa sedar atau dengan sedar.

Terjadilah kes seperti seorang pustakawan menggunakan masa Lady untuk kebaikannya, dan kisah walkman yg lady beli tanpa sempat digunakan di’pinjam’ seperti dipindah milik tanpa sebarang bantahan (yang ini lady belum kisahkan lagi di sini).

Kisah pembaris kesayangan Lady dipatahkan tanpa diberi ganti. Dan lady hanya mampu tersenyum menahan perit di hati. Sedangkan lady tidak mampu bergerak untuk membeli sendiri.

Pada waktu itu, lady hanya bergantung kepada doa.. doa.. dan doa.. walaupun perkara itu tidak mengubah keadaan tetapi ia memberi rasa redho dan tenang pada seorang Lady.

Allah didik hati Lady dengan doa… doa sahaja yang lady ada dalam meneruskan kehidupan.. Lady tidak diberi kekuatan fizikal dan keupayaan lidah untuk mempertahankan diri sendiri. Lemah.

Itu jalan kehidupan Lady, walaupun Allah hadirkan teman-teman sebegitu tetapi Allah hadirkan juga lebih ramai teman yang sanggup menolong tanpa pernah mengambil kesempatan..

Allah menjawab doa-doa lady dengan menghadirkan teman-teman yang mengiringi langkah lady sehingga Lady berjaya berdikari sehingga ke “manara gading’, dengan kerana doa. 

Berdikari di sini bukan berdikari dengan kaki sendiri tetapi Allah hadirkan kaki kaki yang ramai untuk menjadi “pengganti” kaki lady.. dan teman-teman Ldy yg 'menjaga' supaya Ldy tidak dibuli lagi.

Dengan mata kasar, tiada kaitan dengan kisah dibuli dengan kisah doa dan kisah ‘berdikari’. 

Tetapi Allah uji kita dengan ujian yang lain, dan Allah bantu kita dengan memberi kemudahan yang lain. Tiada kesinambungan tetapi itulah cara Allah memberi dan mendidik kita.

Dan sekarang, Ldy rasa Ldy teruji dengan dugaan yang Ldy biasa Ldy lalui zaman kecik.. dan Lady percaya juga dengan doa.. doa.. doa..

Tetapi Ldy penat untuk berdoa lagi dan lagi sehingga Ldy rasa bebanan yang terlalu berat untuk Ldy lalui.. Ldy rasa Allah nakkan Ldy guna kuasa suara pula.. 

Dan di usia lady yang tua dah ni, baru pertama kali Lady guna kuasa suara.. kehendak sendiri, ikut hati.. 

Berbulan-bulan lady fikir bagaimana untuk bersuara tanpa guriskan hati sesiapa, dan Lady berjaya suarakannya walaupun rasa bersalah sangat2.. sehingga detik ini rasa bersalah itu menguasai diri..

Sesungguhnya menyuarakan isi hati sendiri itu sangat sukar.

Lady mudah kasihankan orang, terlalu menjaga hati orang, fikirkan kesusahan orang, sehingga terasa tidak mampu mempertahankan hak sendiri..

Dalam satu sudut ia bagus, tetapi dari satu sudut yang lain ia tidak bagus.. 

Tetapi sebenarnya, setiap yang berlaku itu.. walaupun kita rasa tidak redho, tidak sanggup.. jika kita ikhlas dan redho insyaAllah ia juga sebagai jambatan ke Syurganya.

Sesungguhnya jalan ke Syurga itu sulit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...