Isnin, 8 Julai 2024

Trip Pulang Ke Gagang - Thailand 4 -7 Julai 2024

Assalamualaikum... Semoga semua yang telah kembali ditempatkan di kalangan insan terpuji... ameeennn... yang masih ada terus cekal dan berjuang dalam merealisasikan dan melengkapi kehidupan masing-masing. Semoga Allah bantu memberi jalan dan membuka ruang penyelesaian kepada setiap ujian dan menghancurkan golongan zalim laknatullah. Ameeennnn

 

Kali ini just nak share gambar2 sahaja.. Tiada cerita sangat untuk berkongsi sebab hari pertama Si Baem demam, busy handle dia sepanjang perjalanan.. Hari kedua Baem, Ibu dan Abi pula yang demam.. Maka kita berhenti hanya untuk makan..

Kedai ini (dah lupa la nama kedai) nnti tanye encik suami.. Kedai ni kami singgah untuk makan petang.. 


Tulisannya bunga-bunga macam ni, memang buta huruf terus kalau kami ke sini.. 👀👀
Beginilah rasanya orang yang buta huruf, tengok tak faham ape2..

Minta pekerja mereka transletekan supaya mudah kami order..


Kami order makanan biasa kami makan,  Miang Pla
Cara makannya.. Ikan ni dimakan isi dalamnye, jangan makan kulitnya sebab kulitnya disalut garam tebal.. mula2 dulu ldy makan kulit, ingtkan kulitnya rangup.. lps tu terus x makan.. sebab terkejut.. Tp bila dah tahu cara makan memang sedap..


Ikan ni dimakan bersama laksa Thai yang sangat lembut, sos pencicah 4 beradik.. beserta dengan ulaman..


Selain tu kami juga order Tomyam putih dan telur dadar beserta nasi.. Ldy dah tak buat IF.. datang sini IF entah ke mana.. kita bedal sahaja.. tak menjadi gemuk nyer kalau makan banyak untuk 2/3/4 hari :P..

Muka semuanya ni muka yang tidak larat untuk meneruskan kehidupan.. :P..


Malam tu kami ke Rim Khuen Market.. Tak ambil banyak gambar pun, just layan anak2 lepaskan kepenatan.. Tempat ni di tepi sungai sebenarnya.. cantik, tapi sebab tak ambil gambar maka tak bolehla di upload di sini :D :D


Keesokan harinya kami makan di sini.. pagi just tidur sahaja sebab kepenatan menjaga orang2 yang demam.. maka kita keluar kul 12 tghri.. Nama hotel tempat kami menginap pun tak ingat dah nama, nanti kalau ingat Ldy edit balik.. sebab kami plan asal tak dapat diikuti memandangkan kesihatan tidak memberi kerjasama.. rumah makcik di sini pun kami tak pergi.. huhuhu


Doll garden ni sedap makanannya.. landscape pun sgt cantik, tapi dulu lagi cantiklah.. ownernya orang sini (Thai) tetapi isterinya pensyarah di UIAM kalau tak silap Ldy sebab kami pernah berkenalan dahulu.. dalam dua tahun lepas kot.. Anak-anaknya semua warganegara Malaysia..


Disebabkan demam, kami memilih lauk orang demam.. dan yang snap gambar ni pun demam maka gambar pun dah nampak macam demam.. (malas pula nak pusing-pusing)


Ha, yang ni la orang demam yang menyebabkan ibu dan abi demam.. lady bawa sekali dengan kain lap badan.. 


Yang ni makcik Pisang Goreng Seratus tahun, Pisang goreng dia sedap.. dlu seawal lady dtg ke sini.. selalu beli pisang goreng orang Thailand buat di tepi-tepi jalan.. sebab sedap.. kesedapannya berbeza dengan kesedapan di tempat kita.. dan dua2 sedap, cuma hati Ldy sedap di Malaysia kalau jumpa yg betul2 sedap.. kalau di sini, yang biasa2 pun dah boleh sama level dengan yang sangat sedap di Malaysia. Sebab mungkin resepi orang lama yang tidak diinovasikan oleh generasi baru.



Yang ini Susan Bai Jai, Pattani... Masuk 10 Bath (RM1.30) sorang. Murah sangat-sangat .. level taman ni level kayangan di Malaysia.. kami dah beberapa kali ke sini dan sekarang bertambah cantik kawasannya..


Rusa masuk kampung.. jinak..


Ok, yang ni tempat favourite Ldy.. dan anak-anak..
Bukan kesedapannya sahaja menjadi pilihan, tetapi sebab keselesaan.. 
Sangat-sangat sesuai untuk mak2 anak ramai yang nakkan ketenangan.. sebab di sini ada tempat mainan mini.. Bolehlah Ldy berlama-lama di sini tetapi mereka limitkan waktu sekiranya pelanggan ramai.. 


Ni la tempat mainannya..


Keluarga Pok Pu


Keluarga Pok Ayie


Yang ini tempat peninapan kami yang last..  kami datang 2 hari 3 malam..


Ladscapenya sangat indah, sebenarnya biliknya cantik tapi sebab tiada lif dan Ldy berkerusi roda.. maka kami request bilik bawah yang agak kurang cantik.. tetapi sebab landscape cantik kami tak kisah.. :D :D :D.. Bagi yang sempurna sila pilih bilik atas yer.. 


Cantik kan.. puas hati.. tapi nak bercakap memang seperti ayam itiklah.. tp ade shj yg faham bahasa..


Banyak sarang burung yang tiada burung bergantungan..


Bila pandang ke atas takdela nampak langit sangat :P :P :P masih dengan pemandangan ciptaan..


Bonda sedang berfikir untuk jadikan rumah barunya berkonsepkan begini :D


Kat pasar, banyak sungguh petainya..


Ni pasar Narathiwat.. sebelum balik kita singgah tengok2 di sini dlu..



Mereka tegur lady dan bercakap rancak sungguh.. Ldy dengar saha dengan senyuman dan terangguk-angguk.. mungkin wajah ni sama dgn orang sana kot.. Last skali suami bagitahu Malaysia Malaysia.. haha.. seluruh pasar turut sebut Malaysia Malaysia dan tidak meneruskan percakapan.. :D :D Mesra sungguh mereka..

 
Ramai.. sini Lady berhenti untuk minum pagi..


Kucing pun turut menoleh kalau lady ke sini, apatah lagi orang.


Durian banyak... sangat banyak dan murah.. tapi kami tidak beli dan tidak makan sebab semuanya makan ubat.. next time kite dtg lagi makan durian..


Orang Kuat keluarga Tok Ma.. Pok Alang... Cikgu disiplin ni.. :D :D :D

Bye Bye Thailand.. Nanti kami datang lagi..

15 ulasan:

  1. bestnya dpt jln2 dan spend masa dgn org2 tersayang :) ciannya ur son demam time holiday tu... teringat plak my zharfan pernah demam dan muntah2 time kami holiday ke sydney many2 years ago..memang sgt2 mencabar la bila anak2 tak sihat time holiday..

    BalasPadam
  2. Wah.. Seronoknya berjalan2 ke Thailand....

    BalasPadam
  3. Kalau org tak tau mau terkejut ludah semula dek masin kulit ikan tu hahahaha :D

    BalasPadam
  4. Cantik tempat susan bai jan tu.. ada rusa yg peramah pulak tu..
    tmpt makan tu nampak la selesa sgt.. lagi lagi kalau diluar panas dapat lak tmpt makan ber aircond tu.. mmg syok :D

    BalasPadam
  5. Paksina Hotel tu kenapa konsep dia mcm laluan titi.. bawah tu ada air ke?
    kalau murah mmg borong la tapi kena kupas siap2 tak mampu nak bawa kalau 5-10 biji tu hihii

    BalasPadam
  6. Seronoknya dapat jalan² gini... Pergi ramai² meriahnya lain macam hehe...
    Kesian anak² pula tak sihat ye. Ada rezeki boleh repeat Lady...

    BalasPadam
  7. siapa nama isteri pensyarah tu? mana laa tau kot2 sy kenal..😀

    BalasPadam
  8. alahaiiii jinaknya rusa! terus teringat rusa kat jepun. sama jg mcm ni

    BalasPadam
  9. alolo sian nya ada bdk demam plak.. konpom letin badan nak jaga org sakit, nak jaga org sihat.. nk g jalan2 lagi.. semoga semua nya dah sihat ye..

    BalasPadam
  10. Ingatkan Lady boleh cakap Siam sebab ada family di sana 😀

    Rugi ber-IF bila ke sana, makanannya sedap-sedap 😄

    BalasPadam
  11. waahhhhh seronoknyaaa meriahnya duriannnn!

    BalasPadam
  12. Asiik jalan-jalan.😀.suka tempatnya..bikin tenang...senang rasanya bisa kumpul bareng .. sehat "ya..

    BalasPadam
  13. Aloo ada yang demam. Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  14. Hahahah betul kak, terkadang kalo kita pergi ke negara yg tulisannya berbeda dengan kita, langsung lah berasa blank kan 🤣. Kita JD paham yg dirasakan orang buta huruf. Tak bisa membaca apapun.

    Thailand ini tempat kedua fav saya kalo nak berlibur yg dekat. Pertama pastilah Penang 😄❤️.

    Dah plan juga dengan adik2 semua, kalo tahun ini kami dah liburan bersama ke KL Penang, nanti next nya nak ke Bangkok. Thailand selalu menarik untuk dieksplor memang

    BalasPadam
  15. LB....nak ikutttt....bestnya jalan- jalan kat sini...

    BalasPadam