Selasa, 9 Julai 2024

Antara Kesilapan Anak-Anak

 Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibu bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.

Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari kita anak-anak mereka.

Antara yang mereka perlukan, ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.

Pahala bacaan surah Al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.

Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.

Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa apabila kita mati amalan yang sama kita harapkan daripada anak-anak.



17 ulasan:

  1. perkongsian yang amat baik , mungkin ia bukan kesilapan tapi kak ana rasa, ia adalah tanda ingatan seorang anak pada arwah namun perlu di isi dengan doa dan amalan yang membawa pahala sampai kepada mereka, aamiin ,, iN syaa Allah

    BalasPadam
  2. Moga kita semua mampu menjadi "pencen kubur" paling lumayan utk kedua ibu bapa kita. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Ini juga peringatan yg baik...

    TQ

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas ingatan & perkongsian 👍

    BalasPadam
  5. TQ sis lady sharing info mcm ni :)

    BalasPadam
  6. Tahu tapi sering terlupa. Terima kasih mengingatkan.

    BalasPadam
  7. terima kasih atas perkongsiannya LB...
    alhamdulillah, ibu bapa Linda masih ada..tapi, tetap tak cukup lagi membalas jasa mereka...

    BalasPadam
  8. Padat! Content yang amat bermanfaat semoga anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh solehah. Aamiinnn

    BalasPadam
  9. no 1 tu memang ramaiiiiiii yang buat... tak tahu dah nak kata apa...

    BalasPadam


  10. إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

    apabila meninggal seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya.

    BalasPadam
  11. Thank you untuk sharingnya kak lady ❤️. Reminder juga untuk saya mengajarkan hal2 seperti ini ke anak2

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas perkongsian LB..sangat- sangat bermakna buat akak

    BalasPadam
  13. TErima kasih perkongsian menarik. Bakti anak-anak terhadap ibubapa sampai bila-bila.

    BalasPadam