Isnin, 1 Julai 2024

Arwah Bak dan DidikanNya

💖 Assalamualaikum.. Semoga Palestin akan bebas dari Penjajahan dan Allah hancurkan mereka sehancur2nya sepertimana hancurnya tentera Abrahah diserang oleh burung Ababil dengan batu2 dari Neraka.. Ameeennnn..

💖 Ingin bercerita tentang Maggie Kari (megi) dan Arwah Bak (Innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn)

💖 Sekarang dah sangat lama tidak makan megi.. Alhamdulillah.. Kalau dulu hampir setiap minggu, setiap bulan makan megi ni.. Banyak hikmahnya..

💖 Waktu Ldy kecik2 dulu, arwah Bak memang mengharamkan terus makan megi di rumah.. dan apa2 juga makanan segera.. termasuklah burger.. Memang dijaga sungguh pemakanan kami anak2..

💖 Kalau nak makan, terpaksa makan secara sembunyi-sembunyi, sangat takut dan arwah Bak sangat menakutkan bagi kami adik beradik. Bau pun kalau boleh kami tak nak bagi Bak bau. 

💖 Bukan mudah untuk jaga anak-anak, kalau tidak tegas, tidak berdisiplin memang hancurlah kami adik beradik. Alhamdulillah arwah Bak seorang yang sangat berdisiplin dan sangat menjaga pemakanan anak-anaknya. 

💖 Sangat jauh bezanya antara Ldy dan arwah Bak. Bak bekeng tapi sangat memperhalusi bekengnya. Apa yang dimarah anak2 buat, dan kami tidak pernah tengok Bak buat. 

💖 Berbeza sangat dengan didikan orang2 dulu dengan orang2 sekarang (Ldy rujuk hanya Ldy sahaja).

💖 Kalau Bak tidak bagi anak2 makan Megi, kami tidak pernah nampak stok megi di rumah atau Bak dan Che makan megi sembunyi-sembunyi.

💖 Kalau Bak suruh kami solat awal waktu, kami tidak pernah nampak Bak melewat2kan solatnya.. 15 minit sebelum masuk waktu, Bak dah siap mandi dan pakai baju bersih2 dan bersedia menunggu azan.

💖 Kalau Bak kata jangan tengok TV waktu Maghrib, kami tidak pernah nampak Bak ngn Che bukak TV waktu Maghrib. Kalau Che buat kerja waktu Maghrib dan tidak hormat waktu pun akan ditegurnya.

💖 Kalau Bak kata tidak boleh keluar malam, kami tidak pernah nampak Bak ngn Che keluar malam lepak-lepak. Tetapi kawan-kawan Bak, jiran2 datang lepak di rumah. Dan Bak tidak pernah larang kawan2 Ldy datang rumah dan tidur di rumah Ldy.

💖 Apa yang Bak buat, Bak x larang anak-anak buat kecuali merokok. Walaupun Bak x larang anak2 merokok tetapi jelingan dan kata hati Bak itu kami faham dan mengerti kami tidak boleh merokok.

💖 Mengaji pula, perlu mengaji waktu mengaji dan perlu mengaji setiap hari. Pastikan mengaji sebelum Bak balik kerja, kalau Bak dah balik kerja tetapi masih belum mengaji memang bernanah dan berdarahlah telinga dengan kata-kata Bak.


💖 Mandi dan balik rumah sebelum sampai waktu Maghrib, kalau tak memang habislah belakang badan kene tali timba. Tiada sebarang pengecualian.. Tiada sebarang alasan, tidak sempat dan tidak perlu sebarang alasan.. just menunggu Bak dengan tali timba di tangan.

💖 Begitulah kami adik beradik dengan arwah Bak.

💖 Didikan dengan contoh perbuatan dan hukuman. Dan kami tahu kami silap, kami bersedia tanpa bercakap. Lain kali tidak lagi diulang kalau tak mahu badan berbirat.

💖 Alhamdulillah, kalau dulu selalu bandingkan dengan keluarga orang lain. Tetapi sekarang, Alhamdulillah didikan Bak dan Che adalah didikan terbaik yang kami dapat tanpa kami mampu untuk menjadi seperti mereka.

💖 Sehingga sekarang, kami sendiri tidak mampu mendidik diri menjadi seorang yang hebat, anak yang hebat apatah lagi menjadi ibu bapa yang hebat. 

💖 Kerana didikan mereka kami menjadi seperti diri kami sekarang. 

💖 Dalam tidak sedar, bila melihat kehidupan dan cara hidup orang lain, kita bandingkan dengan diri kita dan baru kita sedar... Bak dan Che lah yang berjaya mendidik kita seperti kita sekarang walaupun kita tidak sehebat orang lain tetapi kita cukup untuk kehidupan kita. Alhamdulillah.

💖 Tetapi, Ldy gagal untuk menjadi seperti Bak dan Che. Dan sehingga sekarang Ldy belum bangkit dari kegagalan tersebut. Semoga Allah bantu Ldy dan En suami untuk mencuba yang terbaik. Ameennnn

💖 Semoga Bak ditempatkan di kalangan insan-insan terpuji. Ameeennnnn...

12 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Alhamdulillah..berkat didikan arwah Bak Dan Cek kan...slowly.. insha'Allah ada jalannya untuk LadyB bangun Dari kegagalan

Lya Amie berkata...

Kalau dikenang memang banyak jasa orang tua kepada kita sebagai anak / cucu. Alfatihah utk arwan Bak

Mama Zharfan berkata...

part tak mkn maggi tu..lebih kurang dgn family MZ masa zmn MZ sek lah jugak...sgt2 jrg kami mkn maggi sbb tak bagus dan bila masuk sek men (sek arab/agama) ustaz ustazah memang tak bg mkn maggi sbb boleh menumpulkan otak (sbb subject semua based on hafazan)...
cuma bila masuk uni, MZ dh start mkn maggi tapi tak kerap sgt (terkawal la)..
ni dh umur 40s, masih mkn maggi tp start isu boycott dah tak beli brand maggi laaa

Mulan berkata...

Aamiin. Moga rohnya ayah2 kita dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Rindu susuk seorang ayah.

Warisan Petani berkata...

Cara didikan anak2 pada jaman dahulu dan sekarang agak berbeza

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Betul .didikan ibu bapa dulu memang sangat tegas, tegas-tegas pun tak ada la sampai pukul-pukul tu

mama tisya berkata...

maggie kari mmg fav....kt umh parent dlu pn tk bg sgt ank2 mkn maggi tp bila ada ank sendiri...die suka sgt la mkn....tp kita melarang juga la...nk2 plak skarang bdk2 suka ramen y...mmg beza didikan parent dlu dgn skarang...smoga kita dpt didik ank2 kita sebaik mungkin

Fiza Aizzawa berkata...

Alhamdulillah.. berkat ajaran dan didikan org dulu2 buat kita jd berjaya mcm sekarang.. alfatihah buat arwah

dear anies berkata...

seorang yg walk the talk👍👍👍

Lydia Miza berkata...

didikn zaman dulu dan sekarang berbeza kan? alhamdulillah kita cuba buat mana yang mampu untuk didik anak anak kita

Mrs. A berkata...

Semoga roh arwah ibunda Lady dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNYA.

Ibubapa adalah acuan anak-anak. Apa yang kita buatitulah yang mereka tiru

Azian Elias berkata...

eeee.. sama je cam arwah atuk akak. hebat peraturan diarang kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...