Rabu, 22 Mei 2024

Hutan Simpanan Dome Nikon Di Setiu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat maya.. Didahulukan doa kepada saudara kita di Palestina.. Semoga Allah bagi kekuatan hati untuk sentiasa berserah kepadaNya dan yakin dengan janji2Nya.. sesungguhnya ujian terhebat adalah ujian hati untuk sentiasa kuat dan bersangka baik dengan Allah ketika diri diuji dengan Maha Hebat.. sesungguhnya Syurga itu amat Mahal nilainya.. Semoga Allah sentiasa berikan kekuatan pada Islam secara keseluruhannya.. Ameeennnn
๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Kisah ini pada 7 Februari 2024. Dinukilkan di sini sebagai tatapan simpanan dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada yang memerlukan sebagai sumber penyelidikan. Seorang Penyelidik dan Pejuang Warga Orang Asli di Terengganu Darul Iman.

Beliau juga bagi Lady seorang penyimpan khazanah hutan di Terengganu. Jika berminat untuk mengenali beliau boleh terus tekan gambar yer.. akan sampai ke FB beliau. 

Beliau lebih dikenali sebagai DOME NIKON, Salah seorang sahabat kami dalam Group Fotografer Digital Mukmin suatu ketika dahulu. 


Seawal kami kenal beliau, beliau banyak tinggal di hutan bersama-sama orang Asli di sekitar sini. Kehidupan beliau adalah bersama mereka, mencatat dan turut sama-sama menikmati kehidupan sebagai seorang Asli.

Banyak ilmu Orang Asli yang direkodkan oleh beliau.. Dan banyak merakamkan kesusahan kehidupan orang Asli disebabkan proses pemodenan yang 'terpaksa' berlaku. 


Beliau melalui proses penghijrahan kaum Orang Asli dari satu kawasan hutan ke satu kawasan hutan. Merekod segala kegiatan mereka yang kemungkinan suatu hari nanti akan tinggal sejarah. Sedih untuk dibayangi kerana hati Lady sudah terikat dengan kehidupan mereka... 

Lady follow saudara Dome ni sejak tahun 2008 (sebelum mengenali suami Lady).. Follow segala pergerakan cerita dan kisah, gambar yang beliau rakamkan dan diletakkan di website beliau, akaun Flicker dan Forum Digital Mukmin.


Dan kini beliau menjadikan kawasan rumah beliau sebagai tempat simpanan khazanah hutan sekiranya tumbuhan ini pupus.. Sedikit sedikit beliau mengambil dan menanam di sekitar rumah beliau di Setiu.


Ini sebahagian pokok2 yang ditanam kembali di kawasan rumah beliau.. Lady hanya mampu ambil di kawasan yang mampu Ldy terokai dengan kerusi roda.. Sesungguhnya kesusahan untuk meneroka itu benar.. hihihi..


Sangat seronok mengelilingi 'pejabat' beliau ni.. seharian pun takde masalah dengan syarat pemilik 'pejabat' tiada.. sebab Ldy boleh bergerak secara merangkak tanpa ada sesiapa melihat.. boleh Ldy snap dengan lebih banyak.. Bila ada yang memerhati dan melihat maka pergerakan Ldy jadi sedikit terbatas..


Cantik snagat pokok2 ni.. sangat indah.. dalam satu Family tu terdapat banyak Spesis yang ditanam.. nampak sama tetapi tidak serupa.. begitulah diibaratkan kata.. Beliau ada menerangkan dan menyebutkan nama saintifik tetapi disebabkan otak Ldy dah berkarat maka tiada dalam rekod simpanan minda.. 


Sejenis pokok Periuk Kera dan sejenis Lumut kalau tak silap Ldy.. Masih terasa dipanggil-panggil untuk ke sana.. sekiranya ke sana lagi Ldy nak bawa tikar supaya mudah Ldy meneroka 'pejabat' En Dome ni merangkap "Hutan Simpanan Kecil'.


Sejenis pokok duit duit.. jenis ni saja terdapat banyak pokok yang serupa tetapi tidak sama yang bergantungan di bumbung 'hutan'.


Sesungguhnya yang terakam tidak secantik yang dipandang dengan mata anugerah Tuhan Semesta Alam. 


Cantik kan?


Inilah Dome Nikon.. Pemilik anugerah ciptaan Allah ini.. merekod, menjaga Khazanah Hutan Di Terengganu Darul Iman.


Waktu kami datang ni, bukan musim bunga katanya.. kalau musim bunga, pelbagai jenis orkid akan berkembangan.. beserta dengan bau bauan hutan yang memikat jiwa.. 

Snap satu kenangan bersama Encik Suami dan Sahabatnya Dome Nikon.. InsyaAllah suatu hari nanti akan ke sana lagi.. Dome Nikon ajak Encik Suami untuk bersama ke Perkampungan Orang-Orang Asli.

Entah bila akan dapat ke sana sebab kerja2 kami melibatkan Internet ni susah sedikit untuk ke tempat tanpa capaian.

Kami ada membeli buku tentang Orkid, tetapi tak disnap pula buku tu.. Nanti Ldy snap Lady masukkan di sini.

Boleh kalian terjah ke FB beliau yer, just tekan gambar kalian akan terus dihantar ke sana.. kalian akan jatuh hati insyaAllah sebagaimana Lady telah jatuh hati dengan usaha-usaha beliau. Jangan lupa untuk tekan sekarang taw.. 


p/s : gambar-gambar ini semua disnap menggunakan henset cap ayam.. :D.. maka mutunya tidak seunggul kamera yang kami selalu guna.

23 ulasan:

adnil linda berkata...

kamera cap ayam pun, lawa dah gambar nya....

subhanallah, ciptaan Allah yang tiada tandingan, jadi dekat dengan hutan je gini...semoga dipermudahkan urusan encik Dome Nikon untuk terus menjaga kelestarian hutan...aamin

Ujie Othman berkata...

MasyaAllah…insan hebat ni! Kagum dengan usaha dan kesungguhan beliau.
Cantik dan sungguh tenang dapat berada dalam mini hutan. Tempat kegemaran saya ๐Ÿ˜Š

Maaf Lady, saya baru tau keadaan Lady berkerusi roda.
Lady pun insan hebat ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Puan Hazel berkata...

Masha Allah hebat kawan Ldy ni ๐Ÿ‘
Dapat bayang tenangnya hidup beliau ditemani kehijauan hutan. Bagus usaha yg dibuat beliau. Waktu kecik PH pun suka berada dlm hutan, byk keajaiban dan keindahan hutan yg boleh dinikmati.

aizamia3 berkata...

Semuanya cantik, yang dekat tapak tangan tu unik, suka tengok.

Nur berkata...

Gigih beliau, bukan senang nak tanam pokok di rumah dan pokok itu boleh hidup subur. Mesti rasa tenteram dan best, dikelilingi hijau.

Mama Zharfan berkata...

gmbr2 semua awesome!!

uncle gedek berkata...

Boleh beyangkan betapa tenang dang segarnya 'pejabat' beliau

dear anies berkata...

lawa gambar gambarnyaaaaaa
sy suka tempat2 mm ni
sejukkk je

Mulan berkata...

Masya Allah. Cantiknya semua tumbuhan tu. Woowww. Moga diteruskan usahanya.

Abam Kie berkata...

nanti sy nak melawat la hutan simpan ni. x jauh pun Setiu dgn Kelate...

Bola Katok berkata...

Bagus ni. Masih ada yang usaha untuk elakkan kepupusan tumbuhan hijau macam ni.

mrhanafi berkata...

memamng minat sangat tu...dan minat tersebut memberi manfaat kepada alam juga

moga pihak yang berkaitan dapat melihat sesuatu daripada usaha beliau

Rawiwa berkata...

Cantik gambar-gambar yang Lady ambil walaupun guna HP sahaja.
Semoga usaha En. Dome Nikon akan memberi manfaat kepada masyarakat.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Bukan masalah gadget apa yang dipakai, tapi lebih kepada who the person behind the gun kak ๐Ÿ˜„. Nak pakai hp saja atau pun kamera bagus, kalo memang ahli, pasti selalu cantik gambar yg diambil ๐Ÿ˜Š

Hebaaat en dome Nikon ini yaa. Salut saya. Dah tak banyak orang yg mau bersusah2 memberi manfaat banyak kepada alam.

Balqis & Amirul berkata...

office yang penuh dengan flora dan fauna. healing sungguh pemandangan sekeliling.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Lama betul tak nampak pokok duit2 tu.

fzy fuzzy berkata...

Masyallah. sis juga pernah ikut saudara dome ke perkampungan orang asli batek. sungguh lama tidak bersua dia....mungkin lebih dari 10 tahun.

Suria Amanda berkata...

Kamera HP apa guna ni..walau katanya cap ayam tetap cantik gambar2 nya

Carneyz berkata...

Mak saya mesti suka berkawan dgn kawan Lady ni sbb sama2 pencinta alam dan suka dengan tumbuh2an liar di hutan.

mamapp berkata...

mahal pengalaman dia tu. kenapa mama nampak Encik Suami ldy dan Dome Nikon tu rupa macam sama, mcm adik beradik

NA berkata...

Terjaga tanaman yang ditanam. Subhanallah. Gambar cantik-cantik.

Pha Is berkata...

sejuk mata memandang..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Periuk kera pun ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...