Isnin, 6 Mei 2024

Belajarlah Setinggi Gunung

Belajarlah Setinggi Gunung..

Bernasib Baik Menggapai Bintang..

Sekalipun Jatuh, Tersangkut Di Awan..


Ilmu Itu Penyuluh Jiwa..

Pencelik Hati..

Pengawal Bicara..


Tuntutlah Ilmu Untuk Akhirat..

Dunia Pasti Menyusul Jua..

Belajar Bukan Untuk Siapa..

Tetapi Untuk Kita..

Empunya Jiwa..


Duhai Anak..

Ibu Ingin Berpesan,

Ibu Tiada Berkarung Berlian..

Untuk Dijadikan Bekalan..

Cukuplah Ilmu, Sebagai Pedoman..

InsyaAllah Menjadi Penyuluh Kehidupan..

Belajarlah Bersungguh-Sungguh..

Bukan Untuk Menjadi Jutawan..

Tetapi Sebagai Tanda Kesyukuran..

Atas Kurniaan Allah Otak Yang 'Tiada Sempadan'..

17 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Terbaik 👍

anamizu berkata...

mak-mak mmg satu je harapan moga anak-anak mahu belajar hingga ke mana sekalipun takpe mak cuba usahakan yg penting usaha & kemahuan kan akak..

mummy_ayu berkata...

mana habis belajar ni.. hari2 ada je perkara baru yg kita belajar.. kan?

Farrah MF berkata...

Yang penting, jangan berhenti cari ilmu 😊

Hanamiko Sakura berkata...

saya suka belajar. inshaAllah jika ada rezeki nak sambung master

Mulan berkata...

Moga anak2 kita berjaya dunia akhirat

uncle gedek berkata...

Tapi kalau jadi jutawan, bagus juga....
hehe

dear anies berkata...

belajar bukan utk jadi jutawan tp boleh jadi jutawan dengan belajar...

dear anies berkata...

kdg sedih tgk generasi hari ni... belajar tak seberapa tp demand mcm2... haihh nak... kalau laa kamu faham betapa kerasnya kehidupan hari ni nescaya pasti kamu akan berlumba-lumba mencari ilmu...

Azian Elias berkata...

keep on learning. hidup berilmu.

Mama Zharfan berkata...

indeed!

Wak Lat berkata...

jamni buku dh x relevant,. byk info didlm henfon je., huhu

Rabiahtul adawiyah berkata...

Betul carilah ilmu

Nur berkata...

Dengan ilmu, kita dapat ubah hidup jadi lebih baik. Insya-Allah. Semoga anak-anak kita bersemangat untuk terus menuntut ilmu.

NA berkata...

Harap walaupun saya sudah berusiapun semangat untuk tuntut ilmu.

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Menuntut ilmu sajalah yg tetap selalu dilakukan walo usia sudah senja. Selagi kita hidup, selagi itu juga banyak belajar tentang apapun

Sii Nurul berkata...

belajar ilmu ini sepanjang hanyat.. apapun kejarlah ilmu akhirat ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...