Assalamualaikum semua.. Semoga Allah kurniakan kemenangan buat Umat Islam seluruh dunia terutama sekali untuk Palestin.. Ameeennnnn.. Palestin Merdeka InsyaAllah.. Sekarang Ldy dah tak boleh post atau share ape2 tentang isu Palestin di FB.. tak boleh share atau kalau copy link, tak boleh paste.. diorang closed terus untuk Ldy.. Mungkin orang lain juga, maka di FB sekarang sangat kurang post tentang isu Palestin. 😓😓😓
💚💚💚
Alhamdulillah, hari ni lady nak berkongsi tentang Jambu Golok.. Dalam FB, Ldy jumpa orang yang nak bagi buah jambu golok di grup negeri Ldy.. Maka Ldy g la ambik, banyak juga yang diberi.. cukup untuk dua kali makan dan boleh dibahagikan untuk mak dan jiran. Alhamdulillah. Beliau tak nak duit, pahalanya disedekahkan kepada arwah maknya yang tanam. Besar sungguh pokoknya, merimbun..
Ni la pokoknya.. tuannye di sebalik suami Ldy tu.. Ldy snap dari dalam kereta, maka beginila hasilnya 😅 Depan pokok ni ada Kedai Nasi Lemak Ayam Sekor.. Lady singgah kedai tu juga, makan lempeng.. sedap lempengnya.. banyak nyo dan air nyo pun terasa dalam bancuhan lempeng tu.. memang nikmatlah makan dengan air kopi pekat. Masih terasa lagi kat lidah ni kesedapannya.. Alhamdulillah Allah masih kurniakan nikmat merasa..
Inilah buahnya, segar-segar.. rasa terliur sangat.. meleleh2 melihatnya.. Tapi Ldy tak pernah makan saje macam ni, biasa Ldy makan setelah dijadikan sayur, bijinya setelah dibakar.. Balik tu Ldy simpan dalam peti dulu, keesokan harinya baru Ldy start berperang menghasilkan sayurnya.
Keesokan harinya seawal pagi Ldy bertukang di dapur untuk hasilkan sayur yang amat nikmat ni. Sayur ni favourite Arwah Bak.. Jadi semangat untuk menghasilkan tu menyala-nyala seperti untuk dihidangkan pada Bak lagaknya. Waktu Bak ada, Ldy tak berapa masuk dapur.. Kebanyakan makan di kedai.. Semoga arwah Bak baik-baik sahaja di sana .. Ameeennnn..😔
Nak hasilkan hirisan nipis macam ni bagaikan bercinta di dapur.. Che ajar Ldy buat macam ni supaya mudah untuk diperah buang air kelatnya.. kalau tak, sayurnya terasa kelat.. Hirisan ni direndam dalam air garam untuk beberapa ketika sambil2 potong tu, sambil terendam dalam air masin.. tetapi disebabkan setahun sekali buat, maka lupalah Ldy nak masukkan garam tersebut.
Selepas siap, diperah-perahlah airnya dalam 3 kali.. rendam, perah, rendam, perah dan rendam perah.. lepas tu toskan..
Disebabkan Ldy ada masalah C3 C4, kekuatan tangan untuk perah tu tak seperti orang lain.. takpe, kita buat sekadar kemampuan sahaja.. salah satu sebab kenapa Ldy perlu hiris nipis-nipis. :D..
Lepas selesai hiris dan perah gajus ni, maka masukkan bawang besar, sotong, sotong ni optional nak letak atau taknak, tetapi kami letak supaya jadi lebih manis dan nikmat.. Lagipun di Terengganu musim candat sotong dan musim gajus tu sama.. maka kami masukkan sekali.. Lada hidup.. Ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.. kalau ada kacang panjang dan petai boleh masukkan sekali.. tetapi Ldy xde semua tu.. maka lady letak barang yang ade di dapur sahaja..
Ikan tu sepatutnya kene rebus dulu, tetapi sebab Ldy ni 'cerdik' sedikit.. Lady masukkan ikan tu terus dalam sayur.. rebuskan sekali dgn sayur.. lepas agak2 ikan masak.. Ldy angkat ikan dan buang segala tulang temulangnya.. dan Ldy masukkan semula isi ikan tu ke dalam sayur.. Mudah dah lebih kurang cerewetnya nak rebus ikan bagai..
Lepas semua direbus, (Air dimasukkan berkadaran dengan kuah yang kita nak ). Selepas semua nampak sedikit masak dan empuk.. masukkan santan.. (Gambar hanya hiasan, selepas step ni dah jadi makanan maka terus hilang ingatan nak snap gambar, terus masukkan dalam dua bekas.. satu bekas untuk Che di rumah dan jiran.. selebihnya untuk santapan kami sekeluarga.) Selepas masukkan santan, perlu sentiasa kacaukan dia supaya santan tidak berketul.. dan pecah minyak.. kalau pecah minyak memang sayur dah tak cantik.. nak makan pun jadi kurang berselera bila dah kehilangan cantiknya tu..
Disebabkan kite tak ingat nak snap gambar bila siap, maka kita ambillah gambar orang.. watermark ade pada gambar tu, kalau ditekan gambar terus masuk ke blog pemilik asal gambar.. :D.. bolehlah kalau nak masuk blognya nanti.. :).. Kesedapannya terasa sehingga sekarang.. Ya Allah, Engkau janganlah ambil nikmat makan aku.. ameeennnnn...
Ni bijinya, masih dalam simpanan.. nak bakar tapi takde kekuatan lagi.. nak buang sayang.. kalau bakar dalam oven atau airfryer ok x? kalau waktu Bak ade, beliau akan bakar atas tanah, tutup dengan atap zin yang tak digunakan lagi.. nanti berdentum dentamlah kacang ni meletup bila masak.. Ldy dari kecik lagi takut bila dengar dentum2 tu.. bimbang habis muka kene percikan.. Bak dan Che pun x benarkan.. sehingga tua ketakutan tu masih ada.. huhuhuhu
Begitulah kisahnya untuk kali ini... Nanti kalau ada rezeki akan buat lagi insyaAllah.. Semoga empunya buah sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik.. ameeennn..
p/s : Sesiapa yang suka candat sotong, mohla ke Terengganu.. sekarang musimnya.. Dan kalau suka makan sotong, jemputlah datang juga.. hasil sotong candat ni luar biasa besarnya.. dan segar..
ubi golok dan gajus sama ke lady? baru tau boleh buar sayur. semoga murah rezeki org yg memberi
BalasPadamrasanya ni buah gajus lah kan?
BalasPadamzmn kecik2 MZ ada lah mkn sbb ada pokok kat tepi rumah, then dh tak wujud dh pokok tu...
teringin nak rasa..saya belum pernah makan gajus masak lemak,nampak macam sedap sangat
BalasPadamselalu mkn bijinya je
BalasPadambuah dia mmg tak penah makan
sebab nak jumpa org tanam pokok ni pun payah...
nak kena rendam tu berapa lama?
BalasPadamsemalaman?
or sejam je dah memadai?
linda igtkan buah gajus nie sama keras macam mangga muda, tp nampak macam tekstur jambu...
BalasPadamdulu dekat ofis lama ada pokok nie, sekali sekala nampak juga buah dia, tp tulah, linda memang tak reti makan..jadi, tengok aje lah...kikiki
Buah gajus kan ni?
BalasPadamPH pernah makan buahnya yg dah masak dan biji kacangnya mmg sedap bila dibakar. Tapi ini kali pertama tahu yg buahnya boleh dibuat sayur. Tq share, dapat info baru 👍
ooo.. macam masak sayur lemak, cuma lebih banyak proses, kena rendam dan perah sampai 3 kali, ye. Mesti sedap. :)
BalasPadamPernah makan lama dulu memang sedap. Eehh kecur dibuatnya. Kalau dekat memang nak mintak sikit.
BalasPadambiasa nampak orang buat tapi tak pernah rasa... mesti sedap kan
BalasPadamRezeki sungguh Lady dapat makan sayur jambu golok.
BalasPadamSekarang ni susah sangat nak jumpa buah ni.
tak pernah lagi tgk buat buah jambu golok ni kat tgn. tgk gambar je.. dan baru tau ada resepi darinya. rumit juga nak prepare tu
BalasPadamdi tempat saya namanya jambu monyet yang bijinya dijadikan kacang mete
BalasPadamX pernah makan la Ldy...tapi Kak SA suka makan pucuk dia buat ulam..pucuk yang muda- muda tu...
BalasPadamBuahnya boleh jadikan lauk ye, baru ku tahu tapi di tempat saya susah nak jumpa buah ni. Kalau satu hari nanti ada terjumpa, ku nak cubalah resepi ni.
BalasPadamkami panggil buah gajus hehehe
BalasPadamJambu golok ni gajus ker LB? Sebab kalau tengok dari segi bentuk tu macam gajus . Kalau buah gajus CCL suka buat pajeri . Sedap .. kalau pergi padang besar selalu juga beli kacang gajus yang dah siap digoreng
BalasPadammenarik nmpk menunya..1st time dgr
BalasPadamTempat saya namanya jambu bol atau jambu monyet,rasa daging buahnya sepat...bijinya enak kalau di goreng, namanya kacang mete
BalasPadamOh? Boleh bakar eh bijinya?
BalasPadamOhhh ingatkan buah tadi
BalasPadamBelum pernah makan lagi. Baru nampak buah jambu golok ini.
BalasPadamWak panggil jambu gajus
BalasPadamJaman kecik2 dulu, selalu makan buah yang dah masak walau pun rasanya kelat
Sedap makan sayur ni. First time makan masa umur 20an sebab tuan rumah kasi. Walaupun duduk ganu tapi itulah kali pertama makan, terus jatuh hati. Tapi sampai sekarang masih tak reti nak masak sendiri huhu
BalasPadamJambu golok tu kalo disini disebut jambu monyet atau jambu mete 😄. Tak paham lah kenapa disebut jambu monyet. Kalo kata orang tua Krn dulu banyak sangat monyet yg memakan jambu ini 😅. Saya tak terlalu suka, karena sepat2 asam kan.
BalasPadamBijinya sering digoreng kalo disini, jadilah kacang cashew. Tapi saya juga tak suka hahahahah.
Oh iyaa ttg candat sotong, waktu itu dibagi tahu kak Anies, kalo saya nak ke Terengganu. Krn waktu itu memang ada plan mau kesana. Tapi kayaknya cancel pula, dan tetep ke KL + Penang saja. Belum rezeki nak terengganu
BalasPadamsedap
BalasPadamsedap
BalasPadam