Khamis, 18 April 2024

Sambutan Raya Adik Di PASTI

Assalamualaikum semua.. Semoga Allah kurniakan kemenangan buat Umat Islam seluruh dunia terutama sekali untuk Palestin.. Ameeennnnn.. Palestin Merdeka InsyaAllah..

💖💖💖

Semalam sambutan Aidilfitri di sekolah Adik dan sekolah Kakak. Di sekolah adik, ibu bapa dijemput sekali, tetapi di sekolah kakak ibu bapa tidak dijemput. Mane2 pun boleh.. Untuk kenangan Ldy tepek jer gambar yang en suami ambilkan di sekolah adik..

Happy adik hari ni sambut raya dengan 'saeng rodong'

Tempatnya sempit (sesuai untuk anak2 kecil) maka sukar untuk ambil gambar dalam posisi yang betul

Meriah, ramai ibu bapa yang hadir (tp ldy x pergi)

Dalam banyak2 makanan sihat, makanan mcm ni juga diambilnya..

Adik seorang yang boleh sesuaikan diri dengan semua keadaan dengan cepat.

Ni dalam kelas, tadi luar kelas.. kelas adik kene naik tangga adik bagitahu

Ini la kantin adik, adik kata.. penuh makanannya.. 
Setiap ibu bapa bawa makanan, meriah sungguh raya adik..
tak tahula habis ke tak makanannya..

Ni cikgu adik, merangkap jiran sebelah rumah kami.. 
Dalam banyak2 tempat, di celah tiang juga cikgu duduk.. :P
Tak dapatlah ambik gambar cikgu cantik2..

Terima kasih cikgu2 PASTI. Kalian memang hebat.. Semoga anak2 didik kalian menjadi insan yang hebat hasil dari pengorbanan kalian dalam mendidik mereka. Begitu juga anak2 di sekolah lain... ameeennnnn

Yang bawah ni pula kawan2 kakak yang datang beraya di rumah semalam. Selepas sambutan raya di sekolah selesai, mereka datang beraya di rumah pula.

Sempatlah kakak ambik gambar untuk simpanannya.. Lady pun tepekla di sini juga.. Tapi hasil bidikan kakak x berapa sempurna tetapi bolehlah nampak walaupun separuh kepala xde :P

Ini lah sebahagian kawan baik kakak di sekolah barunya

Anak-anak dara dah semuanya, sorang sahaja jejaka. Gambar cantik tapi kepala separuh.

Ok la tu kakak.. untuk kenang kenangan.. tahun depan jumpa lagi..

Selamat Hari Raya yer anak-anak... Semoga membesar dengan sihat dan cerdas.. Rajin-rajinlah mentelaah yer.. 

28 ulasan:

  1. Alalalala...hencemnya dia...cantik gambar2 sambutan raya lat Pasti ni...suka tengok gambar anak- anak kecil beraya

    BalasPadam
  2. meriahnya.. gambar pun cantik2... ni mesti pro nih..

    BalasPadam
  3. mesti seronok adik dapat sambut raya bersama kawan2...

    BalasPadam
  4. Seronok tengok anak-anak beraya. :)

    BalasPadam
  5. sukanya tengok anak2 membesar. anak sy yg darjah 3 tu pun keluaran PASTI. Salam Aidil Fitri...

    BalasPadam
  6. Banyaknya juadah. Nak join boleh?

    BalasPadam
  7. Alahai... comel2 nya budak2 ni...

    Pandai bergaya!

    BalasPadam
  8. Senang nya anak-anak berkumpul hari raya tuu..macam -macam gayanya 😁.

    BalasPadam
  9. meriah sekali....

    BTW, mohon maaf lahir dan batin Lady...
    barangkali saya punya salah-salah kata

    BalasPadam
  10. Alahai comey nyer si adik menyambut jamuan raya di PASTI

    BalasPadam
  11. Awal PASTI adik buat jamuan raya ye ...
    Zaman Abang dulu merasa juga beraya di PASTI, tapi sejak Angah dan adik²-nya, cikgu hanya libatkan murid² je.
    Kawan² anak PH pun datang beraya smlm...

    BalasPadam
  12. Handsomenya dia.. Ada yang mak bapa dijemput, ada juga yang tak..

    BalasPadam
  13. meriah nya jamuan tu, macam2 ada... ibu bapa pun boleh join ya yg ni... comel bujang kecik tu dengan baju melayu nya tu

    BalasPadam
  14. waahhh hensem lah adik! meriahnya juadah sambutan raya adik! kalau lah Acik Ana dekat, buat muka tak malu nak join hehehe

    BalasPadam
  15. hensemnya adik! best tu ada byk mknn

    BalasPadam
  16. best dapat join jamuan hari raya di sekolah. meriah suasananya :)

    BalasPadam
  17. Anak2 cie pun dulu sek pasti comel je anak2 bila ada jamuan.

    BalasPadam
  18. ensem boy sambut raya dgn kengkawan. meriah juga tu

    BalasPadam
  19. Wahhh baru masuk sekolah dah terus buat ya sambutan aidilfitri?
    bagus betul cikgu2 nya buat awal

    BalasPadam
  20. penah hadiri dulu sambutan raya kat tadika
    dia punya makanan
    masya allah byk sggh laa
    byg kan murid je 90+ org
    dia punya makann pula semua hampir sama
    last2 kami dpt bw blk mknn yg belum terusik lg
    sbb bk2 pun bkn nya mkn byk...
    then mak bapak tak join sekali...
    tu yg byk mknn tak habis..

    BalasPadam
  21. Seronoknya beraya bersama kawan-kawan. Nampak meriah sungguh.
    Makanan pun banyak tersusun di atas meja.
    Anak-anak memang begitulah, keinginan untuk merasa makanan tak dapat dibendung terutama yang jenis segera.

    BalasPadam
  22. meriah menu makanan jamuan raya tu..sronok ank2 dpt mkn2 jamuan raya dgn kawan2

    BalasPadam
  23. Comel-comel deme semua, meriah suasana.

    BalasPadam
  24. Budak-budak rupa suci murni. Hehe cikgu itu jiran. Senang hendak tahu perkembangan Adik.

    BalasPadam
  25. Anak saya tengok gambar pasti ni, terus kata eh macam kenal je. Padahal dia tak kenal pun cuma mungkin sebab bangunan pasti kebanyakan sama je warna hijau tu..terus claim dia kenal :D

    BalasPadam
  26. Memang banyaaaak makanan yg dibawa orang tua di sekolah adik yaaa 😍😍😍. Kalo pun tak habis bisa lah dibawa olah para tamu nantinya.

    Dah besar si kakak sekarang, sebentar lagi remaja 👍. Tak apa hasil foto kepala separuh. Makin lama nanti pasti semakin bagus hasil foto si kakak 😄👍

    BalasPadam