Assalamualaikum wbt...
Al kisahnya sampai di Cameron petang Khamis tu, terus masuk bilik sebab kepenatan.. anak2 pun dah penat .. dan yang pasti kelaparan..
Masuk bilik dulu, bersihkan diri, solat jamak qosor Asor dan Zohor dlu.. lepas tunggu Maghrib untuk solat.. maka kami pun turun dari bilik, jalan kaki dan cari kedai makan yang berdekatan...
Alhamdulillah, jumpa kedai makan yang sesuai.. rumbu (penuh) dengan manusia.. sempit.. sangat sempit .. tetapi syukur masih ade tempat..
Kami pun duduk dan order makanan, meja sebelah kami ada 4 jejaka yang nak kata Melayu bukan Melayu, nak kata India bukan India.. kombinasi Melayu dan India la kot.. Yang pasti mereka merokok.. waktu mula2 tu xperasan mereka sedang merokok..
Di sebelah belakang si Perokok2 tersebut ada anak kecil seusia lebih kurang 3 tahun dan wargatua lebih kurang 60-70 tahun dua orang. Dan di sebelah satu lagi tu meja Ldy sekeluarga, di sebelah meja Ldy ada foreigners..
Asap usah nak dibayangkanlah, dengan cuaca yg redup (malam) suhu yang rendah.. asapnye ber'keliaran' memenuhi ruang kami makan.. habis satu rokok, dicucuhnye satu lagi, habis satu, satu lagi... Ldy dah x boleh nak bernafas .. semakin pendek nafas Ldy.. mereka berempat bergabung menghasilkan asap rokok ..
Ldy asyik pandang2 pada diorang tp dia buat2 tak nampak.. dan cucuh cucuh lagi.. siap buat asap bulat2 lagi.. Dalam hati ni hanya Allah sahaja yang tahu.. Si Baem ni pula biasala budak2.. Dia jalan2 antara meja Ldy dan meja orang tak siuman tersebut.. Maka mulut Ldy yang bisa ni sound anak Ldy.. "Baem, mari sini.. jangan duduk situ .. asap rokok busuk.. ade orang isak rokok". Sebenarnye mulut ni rasa nak sebut b.o.d.o.* tp ldy xnak sebut depan anak2 dan depan orang luar.
Dan diorang masih seronok lagi mengisap rokok tu..tanpa perasaan malu.. suami ldy nak tegur tp ldy halang.. kami mintak tukang kedai tu yang tegur.. Alhamdulillah mereka dengar dan hormat pekedai tersebut.
Lady bayangkan kalau dibiar lama, Ldy menggelupur di situ x boleh bernafas. Nak bergerak lari sukar dengan kerusi roda dan dengan tempat yang sempit. Kalau kawasan luas dan mudah untuk Ldy bergerak dengan kerusi roda memang Ldy akan lari dari kedai tu.
Ldy pelik, kan kerajaan dah x benarkan merokok di kedai makan.. kenapa tiada sebarang tindakan diambil dan dikenakan kepada mereka?
Apa gunanya akta dan larangan dikeluarkan jika tiada sebarang tindakan diambil?
Kami ke Kameron untuk sedut udara sejuk dan segar bukan sedut asap rokok mereka.
Ldy malu pada foreigner yang ada tentang sikap rakyat Malaysia yang sebegini. Buruk nama Malaysia di mata mereka.
p/s : begitulah sedikit luahan.. lepas diorang keluar.. Ldy cakap ngn kakak.. kakak, nanti kalau kakak besar.. jangan kawin dengan perokok.. perokok dan orang isap yang ade asap ni ciri2 orang biadab. (di meja belakang ldy ada dua orang isap vape)
Ada lagi yang berani merokok tu walaupun boleh dikenakan denda sampai RM5,000. Kalau tak silap ada kita boleh report dengan gambar melalui apps.
BalasPadammekanismenya...kita kena report psl smoker tu..attach gmbr..gomen tak leh nak letak staff kat every single restoran kan...dan kat msia ni, mentaliti kelas ke3, ramai yg bodoh tak de kesedaran selfish..memang forever takkan jd negara maju if based on otak majority rakyat msia yg selfish mcm those smokers tu (MZ pun sgt2 benci smokers yg smoke in restoran)
BalasPadamBetul tindakan Lady mintak pekerja kedai makan tegur supaya jangan merokok dalam kedai makan sbb mmg ada peraturan kerajaan melarang merokok di kawasan kedai makan dan owner / pekerja kedai makan yang sepatutnya tampal peringatan ni dan menegur sesiapa yang langgar peraturan ni. Sepatutnya peraturan ni semua orang dah tau tapi biasalah selagi tak ditegur, selagi tu buat2 tak tau.
BalasPadamBenda yg sangat PH anti, asap rokok.
BalasPadamItu hari ada juga mamat ni, smoking selamba je dlm kedai mamak. Takde siapa menegur sampai kita pulak jadi confused dah boleh merokok ke dlm premis makan? Geram!
Faizal : kebanyakan pekedai tidak tegur n laporkan sebab mereka bmbg kehilangan pelanggan. huhu.. salah satu sebab perokok degil n masih merokok di kedai2 makan.
BalasPadamMama : tu la mama, kite perlu bersatu untuk berani menegur perokok ni .. kalau x mereka merampas hak kite untuk menyedut udara sihat.. nak ambik gambar bimbang juga kene marah oleh mereka sb mereka biadab sgt2..
BalasPadamCarneyz : sebenarnye takut juga nak menegurnya.. tetapi sebab nafas dah jadi semput dan makin pendek.. klu x tegur atau mereka berdegil ldy bmbg ldy menggelupur di situ..
BalasPadamPuan Hazel : kan.. sepatutnye diorg la yg rasa pelik merokok.. tetapi disebabkan hati mereka hitam dah disebabkan merokok menjadikan mereka begitu..
BalasPadammemang geram kalau jenis perokok tegar nie, dorg bukan peduli org pun, kita nk tegur pun takut kan.. last2 hadap jelah..
BalasPadamBetul tindakan Ldy mintak tuan kedai yang tegur. Kalau tak hormatkan pelanggan lain tapi sekurang-kurangnya hormatlah dekat tuan kedai.
BalasPadamMungkin nasib dia baik masa tu takde pegawai sedang bertugas. Kalau tak adan uke dia.
Sepatutnya memang tak boleh merokok dalam kedai makan.. Sungguh biadap mereka itu..
BalasPadamMemang asap rokok itu sangat bikin tak nyaman...terlebih kalau di kedai makan. Di keluarga Mbul tak ada yang merokok. jadi pabila sedang singgah ke tempat umum ada yang merokok, Mbul akan menjauh dulu karena tak bisa dekat asap rokok...
BalasPadamada sesetengah perokok memang takda common sense, ada sesetengah perokok pun tiada common sense seperti contoh perokok kedai makan ni.. abang-abang ipar saya pun merokok, tapi diorang hormat dengan kami 1 family yang tidak ada perokok.. jadi diorang akan rokok senyap2 diluar.. senyap2 ke? ahaha bau tak boleh nak hilang
BalasPadamMemang jenis tak ada adab dan tak hormat peraturan.
BalasPadamBaru-baru ni saya tegur dua orang lelaki yang merokok sambil tunggu mendobi pakaian. Mereka berdiri di bahagian pintu kedai dobi, tapi asap kepul-kepul masuk dalam ruangan kedai. Saya cakap sehabis baik walau dalam hati mendidih. Syukur mereka akur dan minta maaf.
Pengalaman dengan foreigner mat saleh pula, mereka nak merokok akan keluar bangunan. Pergi jauh sikit kat bawah pokok. Habis rokok, baru balik duduk semula di meja.
Stress betul la dengan perokok tegar ni. Memang spesis tak kisah sekeliling, moga lebih bertanggungjawab.
BalasPadamPatutnya mereka kalau kemaruk merokok pergi keluar jauh daripada orang. Kena ada common sense, itu tempat awam.
BalasPadamTak tahulah nak cakap. Memang, sekarang ada juga nampak orang merokok di kedai makan. Penguatkuasaan yang lemah.
BalasPadamKlau SA pun..akan suruh tuan kedai tegur..sellaunya tuan kedai je yang mampu menegur..kalau SA yang tegur memang akan berlaku pergaduhan nanti...hahaha
BalasPadamsaya akan tegur or lemparkan renungan tajam. peduli apa kalau dia nak marah sekali pun!
BalasPadambaru2 ni tular video cctv. ada perokok selamba je merokok kat resto pada hal ada budak kecik kat sblh dia...haihhh common sense hilang bersama asap rokok dia agaknya...
BalasPadamSekarang makin banyak orang tak peduli dengan larangan merokok yaa 😔. Saya sebenarnya tak peduli dia nak merokok atau tak, tapi jangan lah di public space macam tu. Apalagi di kawasan tinggi yg mana kita berharap dapat hirup udara bersih kan.
BalasPadamKalo nak merokok, guna tempat yg memang tidak ada orang2 tua atau anak2. Dewasa sekalipun ada juga yg tak suka asap rokok. Terkadang para perokok ini perlu kena penyakit dahulu baru kapok utk merokok