Ahad, 28 April 2024

Jalan Felda Aring Runtuh Akibat Mendapan Tanah

Assalamualaikum semua.. Semoga Allah kurniakan kemenangan buat Umat Islam seluruh dunia terutama sekali untuk Palestin.. Ameeennnnn.. Palestin PASTI Merdeka InsyaAllah..

💚💚💚

Khamis baru-baru ini, 25 April 2024 kami sekeluarga ke Cameron Highland.. request dari Adik Baem, katanya asyik ke Thailand.. bolehlah ke Cameron pulop katanya.. dari tahun lepas dirayunya kami ke Cameron, tetapi asyik ke Siam jerk.. kali ini kami anak beranak pujuk Abinya untuk ke Cameron.

Alhamdulillah, kami bertolak selepas kakak dan adik balik dari sekolah. Sekolah tetap sekolah yer anak-anak.. jangan diponteng.. kasihan cikgu penat-penat datang sekolah tinggalkan anak-anak untuk mengajar anak-anak kite sedangkan kita sesuka hati tak bagi anak ke sekolah. Hargailah pengorbanan guru-guru yang mengajar. Begitulah selalu kata-kata Ldy pada anak-anak jika mereka suka-suka hati cipta pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah.

Kami melalui jalan Felda Aring.. Biasanya jalan ni memang agak nazak.. maka kami bawa dengan penuh hati-hati seperti biasa.. kami orang pantai timur memang selalu menggunakan jalan Felda Aring untuk merentas Negeri terutama ke belah Utara. 

Biasanya kami bawa antara 80-90 km/j. Sepanjang perjalanan, jalan seperti biasa agak teruk, berlubang itu perkara biasa.. merekah tu luar biasa. Ada tiga tempat rekahan besar yang membuatkan kami anak beranak melambung lambung.. beralun-alun jalannya..

Dari Terengganu ke Cameron, kami menempuhi 3 jalan yang sangat teruk, dan jalan yang paling teruk adalah di Aring-8. Sangat-sangat teruk, jika memandu malam dan dalam keadaan laju memang boleh melambung dan terbabas. Nauzubillah, mohon orang yang tidak biasa menggunakan jalan ini untuk sama sekali tidak akan menggunakannya terutama sekali pada waktu malam.

Inilah keadaannya, agak sangat teruk.. nak turun dengan kereta agak menjunam.. kalau Ldy bawa kereta Viva Ldy tu Ldy rasa Ldy perlu berpatah balik.. Sebab memang tinggi sangat tanah untuk turun tu.. Lady hanya terserempak lebih kurang lima buah kenderaan sahaja sepanjang perjalanan.. itupun kenderaan besar seperti lori. Semoga selamat semuanya.. Ameeennnn.. itulah yang Ldy duk doakan sepanjang perjalanan.. Allah beri keselamatan kepada seluruh pengguna jalan ini. Ameeennnn..

Balik dari Cameron, Ldy searchlah kejadian ape yang menjadi penyebab mendapan yang maha dahsyat ni.. Ini BERITA yang mencatat kejadian yang berlaku pada bulan Disember 2022. Dah lama rupanya, tetapi masih belum dapat dibaiki kerana menunggu peruntukan dari kerajaan pusat. Semoga Allah memudahkan. Kami sudah biasa dan dapat beradaptasi dengan semua kekurangan ini kerana sejak Ldy kecil lagi memang peruntukan untuk Negeri Terengganu dan Kelantan yang sepatutnya hak milik kami diberikan kepada negeri-negeri lain. Tetapi kami yakin, Allah ada untuk kami dan sentiasa berikan kemudahan untuk kami, insyaAllah. 

Gambar ini kami snap menggunakan telefon sahaja sejurus selepas berjaya menuruni rekahan tinggi tersebut. Ini LOKASI rekahan ketiga ini. Bagi yang berniat untuk menggunakan jalan ini, perlu memandu dengan lebih berhati-hati dan jaga kelajuan. Gunakan kelajuan rendah sahaja.. Kalau dari Terengganu ke Kameron sebagai contohnya, boleh speed selepas rekahan di sini sebab selepas jalan ini, tiada lagi kerosakan besar (buat masa sekarang). Manakala kalau dari arah bertentangan, selepas lokasi ini, ada dua lagi tempat yang mengalami rekahan sebegini.. cukup tiga tempat boleh terus memandu dengan baik.. kelajuan sederhana untuk jalan-jalan ini.

Semoga tiada berlaku kemalangan maut di sini dan di mana-mana jalan.. Ameeennn.. Sentiasa membaca doa sebelum bertolak dan sepanjang perjalanan. InsyaAllah Allah akan tolong kita. 

Gambar-gambar yang disnap guna DSLR pun ade, yang ni gambar yang diambil waktu pergi, kami guna DSLR pula waktu kembali.. mungkin gambar tersebut lebih jelas. 

Hanya sebagai nukilan untuk kenangan secebis pengalaman. Waktu ini hanya Adik sahaja yang berjaga, si kakak tidur.. maka tak dapat tengoklah kejadian ini. Si kakak kalau masuk ke kereta memang akan tidur, banyak kejadian yang kakak terlepas.. 

Si Adik ni sepanjang perjalanan asyik mengaji dan berdoa sahaja.. Alhamdulillah, walaupun masih kecil tetapi setiap doa dan kata-katanya boleh menyejukkan hati dan ubat gelisah. Alhamdulillah.

CATATAN : 25 APRIL 2024

22 ulasan:

  1. Mak oii betul-betul teruk jalan yang nak dilalui ni .. takut bila tengok rekahan macam tu

    BalasPadam
  2. aduh.. seramnya nak lalu. HArap harap pihak berwajib ambil tindakan segera

    BalasPadam
  3. seramnya kak SA tengok kejadian jalan ni....kalau diberi pilihan memang x ikut jalan ni atas faktor keselamatan..hati2 ye Ldy...

    BalasPadam
  4. alamak...serambya tgok jalan dia...apapun semoga Ldy selamat pergi dan pulang

    BalasPadam
  5. Seram betul keadaan jalannya. Kami pun dah lama tak naik CH.

    BalasPadam
  6. ishh teruk sangat ni patut jalan ni pun ditutup untuk semua kenderaan..takut tengok

    BalasPadam
  7. Allahuakbar teruk betul jalan nya tu..

    BalasPadam
  8. Allahu... teruk jugak rosak jalanraya akibat mendapan tanah tu ye. Hmm... biasanya macam tu la, tunggu ada kemalangan jiwa baru la laju je dana keluar nak baiki kerosakan jalan tu. Selagi takde yang meninggal, selagi tu la takde urgency nak repair jalan yg teruk mcm tu.

    BalasPadam
  9. mak aiiiii seriaunyaaaaaa
    dalam kepala saya ni macam2 dok fikir...
    aduhhh...

    BalasPadam
  10. bila agaknya pihak berkuasa nak baiki ni?
    kalau dibiarkan akan jadi makin teruk
    jangan sampai ada nyawa melayang...
    nauzubillah!

    BalasPadam
  11. takutnya tengok jalan nie.. mujur selamat semua..

    BalasPadam
  12. Masya-Allah. Apehe teruk benor keadaan jalannya.. akak rasa, inilah jalan alternatif yang google maps pernah suggest, waktu akak nak pergi Dungun. Dari segi jarak, lebih dekat. Tapi kalau masa, lebih kurang je ikut Karak. Tak berani nak cuba hari tu, sebab orang kata, bahaya lalu malam.

    BalasPadam
  13. Rasanya pernah nampak kawan kongsikan di FB mengenai jalan ini.. Memang dasyatlah mendapan dia tu.. Rupanya dah lama ye.. Kenapalah agaknya tak dibaiki.. Sedih betul melihatnya.. Kesian mereka yang terpaksa melalui jalan ini..

    BalasPadam
  14. Allahu Akbar!
    Memang teruk betul jalan tu...harap ada tindakan segera dari pihak yang berwajib.

    BalasPadam
  15. Teruk juga mendapannya. Kira suami Ldy mahir lalu jalan ini.

    BalasPadam
  16. uish... teruk sangat jalan nya tu.
    Sapa yang biasa lalu je berani guna huhu...

    BalasPadam
  17. Aissssh saya tak menyangka seseram itu rekahannya 😱😱😱😱. Saya pikir jalan rusak biasa, tapi ini betul2 merekah ya kak. Semoga saja dilindungi semua pengguna jalan yg melintasi jalan tersebut 🙏🙏. Memang tak berani lah lewat malam.

    BalasPadam