Jumaat, 2 Februari 2024

Lokasi Menarik Di Dungun, Terengganu

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada Jumaat, 02 Februari 2024, kami berjalan-jalan ke Dungun, Terengganu.. sekitar 1 jam dari Kuala Terengganu. 

Tiada arah tuju yang tepat untuk kami kunjungi, sekadar menghabiskan minyak kereta dan menyedut udara aircond dalam kereta. 😁 Sambil bawa anak jalan-jalan makan2 kenyangkan perut, makan angin, main pasir sepanjang Pantai Sura Gate

Lokasi tempat kami suami isteri pernah belajar dahulu di Dungun ni.. Dalam erti kata Cintaku Tertinggal Di Sini.. 💓💓💓 Dulu Lady pernah belajar di Kolej Matrikulasi Dungun, Kolej Teras Timur dan sekarang telah menjadi Sekolah Imtiaz Dungun rasanya kalau tak silap Ldy.. dan suami Ldy Politeknik Dungun.. 

Jalan-jalan sambil berceloteh dengan anak-anak waktu remaja ibu dan abi. Anak-anak tahu lokasi sekolah kolej ibu dan abi.. Semoga suatu hari nanti, bila rindukan ibu dan abi bolehlah mereka jalan-jalan ke sini.. 

Bila tua-tua ni, hidup dalam kenangan.. dan anak-anak sedang mencipta kenangan.. Semoga yang indah-indah sahaja kenangan yang anak-anak ibu ingat yer..


Ini gambar di pokok rhu banyak-banyak berhampiran dengan Mesra Mall, Dungun.. Biasa kalau nak beli buku ke, nak bersantai ke.. Ldy suka ke Mesra Mall sebab Ldy rasa ia agak mesra OKU.. Pak Guard pun rajin, tidak kedekut kudrat untuk alihkan kon bagi memudahkan kami parking.. dan kalau nak buka pintu, mereka cepat-cepat bukakan pintu untuk kami.. 

Pokok Rhu ni juga berhampiran dengan Pantai Kemasik.. Kalau kalian ke Dungun, bolehlah cari pokok-pokok ni.. sangat cantik untuk dirakam gambar kenangan.


Ni Solehah Sakinah, sepupu Kakak dan Adik.. anak kakak.. dulu Ldy bagi susu badan pada si Solehah ni untuk dijadikan anak susuan, tetapi sekarang terasa was was adakah beliau ni dah jadi anak susuan atau tidak lulus untuk mengaku anak susuan.. walau bagaimanapun di hati Ldy, beliau dah jadi anak Ldy cuma dari segi aurat dengan suami Ldy dan Adik nanti perlu berhati-hati..



Mereka ni sebenarnya sebaya, berbeza usia dalam sebulan lebih.. 


Adik lebih rapat dengan kakak Solehah berbanding kakak sendiri.. Kakak Solehah ni pandai melayan.. Beliau ni anak tunggal kakak..


Ibu harap kalian berkawan dan bersaudaralah sehingga ke akhir hayat. Saling menjaga diri dan saling memperingati. Kalau susah sama-sama tolong, kalau senang sama-sama berkongsi. Hidup bukan untuk pentingkan diri.


Gaduh itu perkara biasa dalam hidup, lepas bergaduh jangan lupa berbaik. Ingat, di manapun kita berada, sekaya manapun kita.. kita bersaudara.. kita pernah hidup bersama.. nangis sama-sama suka sama-sama..


Banyak belalalang di sini.. Adik bagitahu cikgu nak belalang untuk buat eksperimen.. ada jer alasannya supaya ibu luluskan pencarian.. kutiplah banyak2 dik, nanti kite goreng kunyit. Makan dengan nasi panas-panas. Tambah kicap sikit.


Semoga kenangan ini menjadi sebahagian kenangan terindah dalam hidup kalian. Jaga ukhuwah, jaga silaturrahim.

Semoga bahagia milik anak anak ibu. Ameeennn..


26 ulasan:

Ana Jingga berkata...

kak ana suka sangat kalau ke Terengganu LB, suka pada keindahan alam nya, Masyaa Allah.. pantai yang cantik , makanan yang sedap. Cantik gambar-gambar yang terakam jadi kenangan di coretan LB ni.. Semoga ada rezeki kak ana ke Ganu lagi di masa akan datang, aamiin... In Syaa Allah..

Cuya berkata...

akak photographer ke.. selalu tengok gambar cantik2 ya :)

Cuya berkata...

Akak photographer ke? selalu tgk gambar cantik2 ^^

mrhanafi berkata...

Sekali lagi saya terkagum dengan teknik ambik gambar Lady...angle cun dan cahaya pun cun..sebabb kat luar hehehe

baru saya tahu kat mana sekolah Intiyaz tu lepas baca artikel ini

uncle gedek berkata...

Uncle pernah sampai dungun, ziarah kawan uzur. (sekarang dah arwah) Seorang kartunis terkenal Terengganu.

Alfatihah untuk beliau

LadyBird berkata...

Kak Ana Jingga : Kalau akak ke Trg lagi, bagitahula Ldy.. mungkin ada kesempatan untuk bertemu mata..

Cuya : Suami akak fotographer dik

Mr Hanafi : Terima kasih Cik Hanafi

Uncle Gedek : oh, innalillahiwainnailaihirojiun.. kalau Ldy org Dungun mungkin Ldy kenal.. semoga arwah ditempatkan di kalangan insan terpuji.. ameennnnn

♥xaturen♥ berkata...

Saya pun pernah tinggal di Terangganu suatu masa dahulu, banyak kenangan manis disana.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Oo suami Photographer. Patut la gambar cantik2.

Syazni Rahim berkata...

Sayaa sangat suka Terenggau, nostalgic!

LadyBird berkata...

xaturen : nanti kalau berkesempatan, berkunjunglah lagi ke mari..

Miss Mirror : Aah miss.. beliau suka snap gambar..

Amie berkata...

Cantik-cantik gambarnya. Ada nilai dan ceritanya yang tersendiri.
Lama tak pergi Terengganu. Terakhir pergi selepas tamat STPM, ikut rombongan sekolah ke Pahang, Kelantan dan Terengganu.
2020, memang dah rancang nak ke sana selepas balik dari Bangkok. Dah beli tiket kapal terbang dan book homestay. Tiba-tiba diisytihar PKP 18 Mac 2020. Tak boleh rentas negeri. Habislah burn tiket pergi balik. In syaa Allah, memang sentiasa mencari kesempatan untuk ke sana.

Suria Amanda berkata...

SA pernah sampai Kemaman aje

Mama Zharfan berkata...

Cantiknya semua gmbr tu🤩

PH berkata...

Oh...orang Terengganu ni! Sis pun from Terengganu. Tadi tersilap baca tajuk post. "Lokasi menarik..." sis terbaca "Lelaki menarik..." pulok doh!

LadyBird berkata...

Puan Syazni : moh le ke Terengganu sokmo2 kak SYaz

Puan Amie : Jemput bertandang lagi ke Terengganu kak Emie..

Suria Amanda : Nanti datang Kuala Terengganu pula yer SA, lalu ikut pantai..

PH : sudoh doh lah..

Mas Agus berkata...

Waalaikumsalam kakak.
Senangnya melihat antar saudara rukun ya, semoga tetap rukun sampai dewasa nanti.😀

LadyBird berkata...

Mas Agus : InsyaAllah mas, ameeennnn

nanieydotcom berkata...

Cantik semua gambar gambar..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Cantiknya kalau bergambar di sini

MRENEYOO berkata...

Tempatnya nyaman dan sejuk juga...anak"bisa bebas bermain

Nur berkata...

Akak tiap-tiap tahun pergi ke Dungun, sebab ambil anak di uitm.
Rupanya, ada memori indah LadyBird dan suami di Dungun. Cantik gambar-gambar dalam entri ni. Laut situ memang cantik. Angin bertiup kuat, best je.

Titik Asa berkata...

Ada kenangan romantika juga disini ya Mbak?
Cintaku tertinggal disini...
Jadi sambil berjalan-jalan, membawa anak-anak, juga sambil mengenang masa muda saat masih study.

Salam,

fanny Nila (dcatqueen.com) berkata...

Saya sukaaaa cara foto2 ini diambil. Dan momentnya dapat sangat ❤️👍👍👍.

Keceriaan anak2 itu tertangkap jelas di kamera ❤️.

Teringin juga ke dungun jadinya.. semoga nanti ada waktu untuk bisa visit Terengganu

dear anies berkata...

blogger salbiah ajak saya pergi dungun hjg mggu ni
dia nak jumpa suami dia
tp sy terpaksa tolak...
;-(
kalau tak tentu boleh dtg ke pantai sura gate...

Ezna Khalili berkata...

Terengganu : Negeri Cantik, Budaya Menarik.

Rawiwa berkata...

Gambar anak-anak yang mencuit hati.. sooo comel
Cantik kawasan tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...