Adik, kakak dengar sini ibu nak bercerita.. Kisah rumput yang tidak pernah berputus asa..
Cuba adik dan kakak tengok rumput yang kita pijak-pijak ni.. Hari-hari kita pijak, tetapi rumput tidak pernah pun berputus asa untuk hidup.. Malah tetap tumbuh melata.. Menjadi permaidani dunia.
Cube adik kakak tengok rumput yang di hujung sana.. Tokki selalu tambat lembu di situ kan? .. Tapi rumput tetap merimbun, yang dimakan lembu, kembali bertunas dan bertambah bugar.. Dan bersedia untuk dimamah lembu kembali..
Cube adik kakak tengok rumput yang di hujung sana.. Tokki selalu tambat lembu di situ kan? .. Tapi rumput tetap merimbun, yang dimakan lembu, kembali bertunas dan bertambah bugar.. Dan bersedia untuk dimamah lembu kembali..
Mereka tetap segar dan bugar serta berusaha untuk sihat walaupun setiap hari dimakan lembu Tokki, dimakan belalang dan dipijak-pijak oleh kita.. 😂😂😂
Setiap kali dimakan bertambah-tambah sihat lagaknya.. Tunas-tunas baru berlumba-lumba keluar untuk memberi "bakti".
Hebat kan rumput dik.. kakak? Sangat-sangat hebat.. Walaupun badannya lemah meliuk lintuk tetapi semangatnya kuat.. Walaupun dipandang sepi tetapi tetap berusaha untuk menabur budi..
Ibu nak adik kakak jadi seperti rumput.
Adik nak tahu kenapa rumput begitu?
Sebab rumput ingat kenapa Allah ciptakan dia. Allah cipta dia untuk jaga alam.. Pegang tanah.. Jaga tanah supaya sentiasa kuat untuk menampung manusia, menampung binatang.. Dan menampung segala penghuninya..
Itu amanah Allah untuk rumput..
Jadi ape jua cabaran yang perlu dilalui, dia tetap berusaha untuk tidak engkar dengan perintah yang Allah bagi. 😊😊😊
Kita sebagai manusia, sepatutnye perlu lebih hebat dari rumput.
Kita sebagai manusia, sepatutnye perlu lebih hebat dari rumput.
Kan adik kakak..
Jadilah seperti rumput..
Seringkali ingat kenapa Allah ciptakan adik.. ciptakan kakak..
Kenapa Allah jadikan adik, kakak anak ibu dan abi..
Kalian ingatlah amanah yang Allah turunkan untuk kalian ..
Dan tunaikan sehabis baik.. buat sehabis baik sebagai hamba Allah yang taat..
23 ulasan:
walau pun rumput... banyak yang kita perlu belajar dari rumpuut!
rumput utk dipijak kann., ;p
uncle gedek : betul.. masing2 memainkan peranan tersendiri..
wak lat : salah satu fungsinya :D
Kadang nampak semak je rumput ni tapi betapa pentingnya rumput dalam kehidupan.
Good sharing kak. Walaupun kena pijak tetap bangkit tumbuh tanpa putus asa...
Betul juga apa yang ditulis . Macma kehidupan kita walaupun hidup kita penuh dengan beban, kena tetap semangat tanpa putus asa .
wowww ! this is so deep! beautiful written !
Walau di injak dia tetap kuat yaa...
auto teringat quote ni, jgn terlalu memandang bintang di langit sampai kita terlupa rumput di bumi
survival skills!
Ternyata dalam setiap ciptaan Allah ada sahaja iktibar atau motivasi yang boleh kita ambil sebagai pedoman hidup.
Kuat semangat rumput ni...kena pijak kena potong tetap tumbuh semula kan
Allahu Akbar!
Kagum Kak Amie dengan Lady yang bijak beranalogi kehidupan manusia dengan alam. Tinggi nilai dan falsafahnya, membaca alam dengan mata hati. Tahniah dik.
Setiap ciptaan Allah ada gunanya..
pesanan ini betul-betul kena dengan penulisan blog terbaharu saya hehehe
Wak memang berkawan dengan rumput sebab ada padang ragut untuk ternakan lembu
Seperti kehidupan manusia, pelbagai ujian yg menimpa tetapi hidup tetap perlu diteruskan...
sejauh mana beban yang di galas, pasti ada hikmah disebaliknya..ya allah jadikan aku ikhlas dan lebih kuat..amin
Baguuus remindernya kak 🤗. Di deskripsikan dengan perumpamaan memakai rumput pula. Jadi anak2 pun bisa menangkap maksud yg disampaikan lebih jelas❤️
sy selalu kagum dgn rumput yang mampu hidup di bawah timbunan-timbunan barang-barang...
perasan tak kalau letak longgogakan kayu (esp time buat rumah), bila dibuarkan lama pasti akan tumbuh rumput kat situ
bla mengemas rasa sayang nak cabut rumput tu sbb kelihatan 'segar'dan 'hijau'beerbanding rumput2 di sekelilingnya...
Nasihat yang baik utk anak2... Thanks for sharing cerita rumput ini.. :D
walaupun tanah dan batu sifatnya keras, rupa-rupanya rumput yang lembut itulah yang menahan tanah daripada runtuh...
Bab rumput ni sensitif ni....Bila rumput tumbuh je nak kena cabut masa tanam jagung kat Universiti. Hehehe.....
Apa pun kita kenalah lebih baik daripada rumput sebab kita dikurniakan akal.
saya selalu guna analogi batu. tapi ceritanya bila berkaitan dengan orang yang tak suka kita atau dah taknak kawan dengan kita. lebih kurang macamni, laluan sepanjang perjalanan kita akan nampak banyak batu. tapi kita cuma berselisih je dengan batu tu tanpa ada apa2 yang kita ingat. macamtu la orang yang dah taknak kawan dengan kita, mereka adalah antara batu yang kita selisih sepanjang perjalanan tu. yang kita akan bawak jalan bersama cumalah batu paling cantik kita jumpa sebagai bff..ahh panjang pulak komen haha
Catat Ulasan