Musim Tengkujuh di Terengganu salah satu 'musim perayaan' bagi anak2. Musim Tengkujung di sini bermula pada Oktober dan biasanya berakhir pada Febuari tahun berikutnya.
Gambar ini diambil dari dalam kereta.. seronok tengok mereka bermain, tetapi bila kami ambil kamera dan snap, mereka cepat2 melarikan diri dan bersembunyi. Lokasi : Hadapan Sek Keb Durian Burung.
Biasanya petang2, segerombolan beberapa orang pelajar bermain-main air di hadapan sekolah. Meriah, hujan bukan menjadi penghalang.. malah penambah seri untuk lebih giat bermain air. Tiada erti sejuk di kalangan mereka.
Biasanya hujan musim tengkujuh tidak diselangi dengan guruh dan kilat. Ia hanya sekadar hujan.. samada lebat atau renyai. Biasanya di kawasan kuala Terengganu tidak banjir, air hanya searas dengan buku lali atau betis anak-anak sekolah. jadi ibu bapa memberi keizinan bermain, itupun hanya di hadapan rumah atau di padang sekolah sahaja. Kalau kami, kami benarkan anak-anak bermain di dalam pagar rumah atau di hadapan rumah neneknya sahaja dengan pantauan kami atau hadirnya orang dewasa di situ.
Kemeriahan zaman sekarang tidak seperti kemeriahan zaman kami kanak-kanak. Kami lebih advance dengan rakit dari pokok pisang, batang buluh, atau pelampung dari tiub lori yang memang disimpan untuk digunakan pada musim tengkujuh.
Bagi kami, kami nak anak-anak membesar dengan alam.. sebagaimana kami membesar. Membesar dengan alam jauh lebih sihat dan melahirkan anak-anak lebih kreatif dan fleksibal. Semoga anak-anak kami, pewaris bangsa lebih kuat dan bersemangat dalam menerajui negara suatu hari nanti. InsyaAllah.
9 ulasan:
salam kenal iza....saya datang berbalas kunjungan hehe
seronoknya anak-anak dengan pesta air,hati2 ye main air banjir tu
Dulu semasa saya kecil juga mandi hujan "an, senangnya tak terkira 😀
tak pernah alami musim banjir...tapi bahaya jg kalau ada wayar elektrik yg x nampak dlm air banjir..
Oh... uncle bukan anak2 yang membesar dengan alam. Uncle membesar dengan sains dan teknologi dan hutan konkrit....
OK tipu... Masa jecik uncle main dalam longkang...!
Hahahahah
CUya first time singgah sini. Cuya follower baru ya..Salam kenal :D
memang seronok bermain air di musim tengkujuh. Terlebih seronok dapat selam-selam dalam air yang jernih.
Salam perkenalan...betul Jangan takut biarkn ank bermain dgn Alam..Anak lebih sihat lebih kreatif..
Dulu kecik-kecik pun masih banjir di Kampung meredah je amin air apa pun tak takut. Tapi sekarang ni risaukan anak2 pulak hahahah :P
Kalau bab air, anak- anak memang seronok..tapi jaga keselamatan ye dan jaga kebersihan..air tu x bersih..takut macam- macam penyakit pulak muncul kan...
Catat Ulasan