Assalamualaikum..
Alhamdulillah blog ni dapat diselamatkan lagi, bolehlah digunakan untuk catatkan sedikit kenangan hidup untuk anak2 tatap.
Kisah anak beranak.. dulu single, kemudian kawin, dapat seorang anak, Fateemah.. dan Alhamdulillah Ibraheem menyusul. Semoga kami berempat sentiasa sihat, dalam rahmat Allah dan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan bahagia hingga ke Firdaus, Ameeeennn..
Kisah hidup yang sukar untuk dijangkakan oleh seorang manusia, semuanya Allah yang rancang dan tentukan setiap detik perjalanannya. Jika dinukilkan dalam bentuk patah demi patah, boleh dibukukan.. cuma sekarang terlalu lama meninggalkan dunia penulisan, kalau tidak sudah dinukilkan dalam blog untuk bacaan sendiri.
Fatimah pada usia 2 tahun... terjumpa dalam galeri FB, FB yang sedikit bersawang dan sekarang aktif dengan sharing tentang isu Palestin, Gaza, Genocide. Itu sahaja yang aku mampu lakukan , berjuang dengan cara sendiri. ditemani dengan air mata.. sukar untuk digambarkan tekanannya apabila kita tidak mampu berbuat apa2 sedangkan saudara2ku tersakiti dan dizalimi di sana.
Gadis dalam gambar ni dah berusia 10 tahun dah sekarang.. berbeza cabaran berbanding usia 2/4 tahun. Xpe, aku akan lalui dengan caraku sendiri.. tak perlu ikut perkembangan anak2 orang lain.. mereka punya cara dan cabaran berbeza. Yang pasti, aku perlu berjuang sementara masih diberi peluang oleh Allah dalam membesarkan puteri tunggalku.
Yang ni Ibraheem, satu2nya anak lelakiku.. putera gagah berani. kudrat seperti dewasa.. walaupun lemah tetap diusahakan untuk menolong ibunya.. tapi banyak anginnya si kecik ini. Dia menjagaku seawal usia 2 tahun, menolak kerusi roda menaiki rem untuk naik ke rumah sementara abi dan kakaknye perlu bekerja dan ke sekolah.. di luar jangkaan kemampuannya. Allah kurniakan aku kaki2 yg kuat dan hebat. terima kasih Allah.
Putera Puteriku.. walaupun kuat gaduhnya.. pantang berjumpa pasti akan mengundang emosi singa si ibu dan abi.. semoga kuat juga ikatan kasih sayangnya.. kudoakan anak2 ku ini boleh melaksanakan cita2 ibunya.. dan aku sedang mendidiknya untuk menjadi wakil merealisasikan impianku sewaktu kecilku. Anak2ku, engkau memahaminya insyaAllah. Kucuba berikan pendidikan sewajarnya sesuai dengan cita2ku.. semoga Allah berikan kecerdikan dan ketabahan serta ketahanan hati dalam merealisisakannya insyaAllah. Ameeennn.
Adik dan Kakak.. jarak perbezaan 6 tahun.. sesuai dengan doaku.. Alhamdulillah Engkau mudahkan semua urusannya.. Disebalik kesulitan Engkau Permudahkannya walaupun sekelilingku menidakkannya. Dia rancang dan pasti Dia menolongnya. Itu pegangan kuatku .. walaupun orang sekelilingku berkata tidak, tapi aku pasti Allah bersamaku. Di sebalik kesukaran, aku merasakan Allah sedang memelukku erat dan aku mempercayai kasih sayangNya.
Aku di usia hujung 30 an dan awal 40 an. Tidak diketahui bila penamatnya kisah Ladybird's Life ini.. tetapi kisah seseorang tidak pernah habis.. ia tetap dibawa oleh pewarisnya selagi ia kuat diingatan. Semoga setiap ingatan itu disusuli dengan Al-Fatihah menemanku di Sana nanti.
Si dia yang setia menemaniku.. "Jangan ibu, nanti jatuh".
"Xpe dik, adik duduk tepi, kalau ibu jatuh, adik tolong".
Banjir.. keseronokan dalam dunia tersendiri.. sementara Allah bagi ruang untuk berseronok dengan kolam dari Allah.. Gunakan sebaik baiknya. Esok belum tentu masih ada.
Terima kasih, hadirnya kalian mencoretkan patah patah bahagia dalam hidupku. Fateemah, Ibraheem, Icha, Ainul, Ammar.. terutamanya abg adli yg tiada dalam gambar.. menemaniku di saat aku keseorangan sebelum ada lagi insan2 di atas ni yakni adik2nya. Nanti Ciksu jumpe gambar abg Adli ciksu buh sini yer..
6 ulasan:
Maa Syaa Allaah.. Pnjng coretan iza.. Seronok bace.. Moga segala impian iza Allaah makbulkan..aamiinn3 yarobbal 'aalamiinn.. Ni kak intan tau. 😊
Semoga sentiasa dipermudah urusan sehariannya
Hayati : Kak Intan, iza kenal.. hihihi.. akak sambungla lagi penulisan akak
Warisan Petani : terima kasih masih sudi hadir lagi ke sini.
Semoga terus bahgia bersama keluarga kecilnya...
Linda singgah sini juga, terima kasih sudi berkunjung ke blog linda... 😊😊, salam kenal..
Bahagianya bermain air banjir...Moga ank sentiasa dlm jagaannya🥰
Suka dan setuju dgn part kita jaga dan besarkan anak kita dgn cara kita. MMg tak perlu nak terikut-ikut dgn cara orang lain. Yg penting kita ceria dan bahagia dlm mmbesarkan anak2.. :D
Nice sharing:D
Catat Ulasan