Waktu aku kecik-kecik, tak berapa nak dapat berfikir dengan elok lagi time tu.. belum mumayyis dan belum bersekolah.. Waktu tu berlaku peperangan di Bosnia Harzegovina.. Rutin aku untuk melihat berita TV3 bersama keluarga aku. Aku memang sentiasa mengikuti perkembangan dan semua peristiwa yang berlaku di sana.
Waktu itu aku bercita-cita untuk ke sana.. macam-macam strategi budak hingusan yang terlintas di fikiran aku. Bila aku dapat ke sana, konon-kononnya aku aku mempraktikkan semua strategi tersebut. Aku seronok sangat bila Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahadhir Mohamad dan isterinya ke sana dalam misi perubatan kalau tak silap. Semangat aku berkobar-kobar untuk ke sana.. doa sentiasa dipanjat tanpa putus-putus.
Aku sentiasa bertanya-tanya bagaimana cara untuk aku ke sana berbakti.. Kalau ade orang dewasa yang aku boleh tanya, aku akan tanya sesiapa sahaja.. antara jawapannya adalah perlu jadi askar.. dan pasti aku akan bertanya.. kalau tak dapat jadi askar.. ko jadi polis.. kalau tak dapat jadi polis.. ko jadi doktor macam Dr Siti Hasmah.. kalau tak dapat jadi doktor.. ko jadi nurse.. time tu aku terdiam.. soalan last.. kalau tak dapat jadi nurse sebab mungkin aku ni xcukup pandai, macammana? Ko jadila ape-apepun.. lepas tu ko join la mana2 NGO yang boleh ke sana macam PBSM ke.. ok, puas hati aku bila dapat jawapan seperti itu..
Lepas tu aku tak tahu dah cita-cita aku ape.. hilang.. hati aku sedih sebab aku dah berkerusi roda.. yang pasti aku masuk PBSM. Aku tak boleh dengar berkaitan dengan perang, jiwa aku ke sana, hati aku ke sana, aku seperti kehilangan arah.
Bila aku besar, dah habis belajar.. mak aku bagitahu aku.. kalau za diizinkan sihat, za dah takde di Malaysia.. mungkin za akan jadi seperti Haliza.. berbakti, berjuang ke tempat-tempat yang memerlukan bantuan. Che mungkin dah tak dapat bersama bercerita macam sekarang.. mungkin dah mati atau kawin dengan orang-orang sana. Aku hanya mendiamkan diri, yelah cita-cita tak makbul.. banyak hikmahnya..
Dan sekarang bila aku dah tua, berlaku peperangan di Gaza (padahal dah lama cuma aku tak tersedar, dah 75 tahun Palestin dijajah). Hati aku berkobar-kobar lagi.. bermula dari 7 Ogos 2023 aku sebahagian dari fighter kat tiktok.. sehinggalah pada 15 hb, tiktok aku di banned. dan aku create lagi dan teruskan berjuang di media sosial.
Teruskanlah berdoa, boikot produk yang menyumbangkan kepada Is Not Real.. Kalau mampu, pergilah berjuang ke Gaza sama-sama. Semoga Allah tolong kita semua. InsyaAllah.
17 ulasan:
Subhanallah, semoga impian LB dikabulkan Allah swt...ibu yg kuat akan dapat didik anak jadi kuat jg..
Lakukan semana yang mampu
semampunya kita berjuang bersama mereka..doa x putus2..ya Allah,Linda mmg x boleh tgok...sedih sgt rasenya...
tengok gambar-gambar tu pun kita dah rasa sedih dan marah....
Salam kenal, salam ziarah LB :)
Teruskan perjuangan kecil kita dari sini. Allah Maha Melihat akan usaha kita...
Lakukan sebisa kita, sampai saat ini hanya bisa boikot produk is not real dulu
Ya Allah.. 😭😭 menangis hati ini.
La guerra es algo terrible y hay que detenerla y halla la paz ny la justicia. Te mando un beso.
Enamorada de las letras
Insya Allah moga tidak lupa pada mereka sampai Palestin menang.
Saya macam dapat tambahan maklumat barang apa perlu diboikot.
Ya Allah, kagumnya dengan usaha sis memperjuangkan nasib rakyat di Palestin 🥹 betul tu, boikot dan teruskan sebar maklumat tentang penderitaan rakyat di Palestin, dedahkan kekejaman dan tipudaya tentera zionis... itu je yang termampu dibuat sekarang ni. Tak dinafikan, dari celik mata sampai la sebelum tidur memang Gaza je la dalam fikiran skrg ni...
Boikot dan terus boikot
alhamdulillah masih consistent boikot barang israhell dan yg support israhell.. So far Mcd mmg dah bertahun tak makan. Coke mmg langsung tak minum. Semoga kemenangan mendekati para mujahdin di Palestin amin
kenapalah susah nak kalahkan Israel ni? Kerana negara2 Islam x bersatu melawannya.... sampai kiamatlah Palestine teraniaya...
semoga segala usaha kecil ini diberkati-Nya. aminnn
doa dan doa yg x pernah putus buat saudara kita di sana....
Kita sentiasa doakan saudara kita di Palestine, teruskan berjuang walau dalam apa keadaan sekali pun...salam kenal juga..SA membalas kunjungan dan follow blog ni
Kuatnya seorang wanita nama LadyBird ni.
Akak pun usaha juga, mana mampu. Usaha boikot ada improvement. Ada hari, tambah satu produk baru tahu yang patut kita boikot. Usaha berterusan membaca dan tambah ilmu. Insya-Allah, Palestin akan bebas.
Catat Ulasan