Selasa, 9 Ogos 2022

Anakanda Ibraheem

🌸 Assalamualaikum wbt.. 

🌸  Tanggal 3 Ramadhan / 8 Mei 2019, Allah takdirkan kami untuk menerima zuriat lagi setelah 6 tahun usia anak sulung kami, si Fatimah Az Zahra. Anugerah Allah yang tidak terjangka. 

🌸 Anak ini kami berikan nama Ibraheem Khalilullah bersempena nama arwah ayahandaku, Ibrahim bin Abdullah. Anak sulung kami pula diambil dari nama kedua2 bonda kami, Fatimah Abdul Rahman dan Fatimah Abdullah. Nama arwah ayah mertua ku Mohamad Bin Abdullah. Ingin disatukan dengan nama Ibrahim tetapi akan panjang berjela jadinya, Muhammad Ibraheem Khalilullah bin Ahmad Fathullah. 

🌸 Pemberian nama ini juga diperkuatkan lagi disebabkan oleh nama ibu bapa kami adalah nama-nama anak Baginda Nabi SAW. MasyaAllah, semoga kedua2 putera puteri kami mendapat keberkatan atasnya. Ameeennnn.

🌸 Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah anak-anak kami anak2 yang soleh dan solehah. Engkau berikanlah kepada mereka hati yang kuat, otak yang cerdas dan cergas, fizikal yang sihat dan kuat.. Engkau bimbinglah perjalanan hidup mereka kepada perjuangan ke jalanMu, Engkau berkatilah kehidupan mereka, dan Engkau bantulah kami dalam membesarka mereka. Ameeennnn…


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...