Assalamualaikum :D
Semoga sihat sejahtera sokmo. Plannya nak update blog dan berblogwalking setiap Jumaat sambil2 bersantai.. tapi plan selalu je lari lari:D
Hari ni lady nak bercerita sal gadget ni. Sebenarnya memang sukar untuk larikan gadget ni dari Fatimah. Sangat2 sukar.. lebih lebih lagi lady dan suami sendiri pengguna tegar handset untuk urusan menjual beli.
Memang selalu 'berperang' dengan Fatimah jika main henset, tapi kami tetap kalah. Kalau tidak diberi handset, kami perlu melayaninya bermain. Kerana tiada pilihan, kami dengan terpaksa bagi handset buruk satu kat Fatimah dan ingatkan kat Fatimah "ini handset Abi, Fatimah pinjam sahaja.. Sekejap sahaja".
Dalam waktu yang sama, kami dapatkan juga mainan fizikal, tapi xmampu nak alihkan perhatian Fatimah pada gadget seratus peratus.
Dalam pertengahan tahun lepas, lady sakit mata. Fatimah dalam usia 2 tahun lebih.. Tetibe je lady jawab, mata ibu ni sakit, merah2 sebab ibu main handset. Lady mintak dia tengok mata lady, ade darah katanya.
Bermula dari itu, Fatimah jauh dari handset. Dan mula bermain dengan lego, pasir magnet (magnetik sand). Tetapi dalam waktu yang sama lady bukakan laptop jauh dari Fatimah.. Lady buka upin ipin, nyanyian kanak2 bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dan Alhamdulilah, sampai ke hari ini Fatimah tak pegang handset dan dalam waktu yang sama mengikuti perkembangan teknologi secara jarak jauh.
Fatimah banyak aktiviti fizikal, teman tok ke taman bunga, main dengan kucing peliharaan, main dengan batu, pasir. Dan dia jauh lebih kreatif dan yang lady perasan ingatan dia jauh lebih baik dari sepupu2 yang sebaya.
Dia tahu sebut dan bezakan warna2 seawal usia kurang dari dua tahun. Dan penguasaan bahasa dia jauh lebih matang dari usia. Dia dapat kuasai dua bahasa serentak. Dan memahami dengan baik dan boleh menggunakan perkataan2 tersebut dalam perbualan harian.
Dan pada usia 4 tahun, kami hantar Fatimah ke sekolah dengan harapan dia dapat belajar sesuatu yang kami sendiri tak tahu dan tak mampu nak ajar. Contohnya bahasa Arab, lady sedikitpun tak pandai nak didik. Dan sekarang alhamdulillah, Fatimah ajar ibu mengira dalam bahasa Arab.
Dan sekarang, kami dalam proses nak mendidik Fatimah untuk bersolat.
Setiap kali selepas siap mandi, lady bagi dia berwhudu' dlu. Tak solat pun takpe, tapi wajib berwhuduk lepas mandi.
Belikan Fatimah telekung solat warna pink, dengan harapan die seronok dan teruja nak bersolat dengan ibu dan abi. Solat main2 pun xpe dlu dik..
Tetapi yang sedihnya Fatimah solat duduk macam lady. Dia tidak dapat nak bezakan kenapa abi solat berdiri dan kenapa ibu solat duduk.
Kami tak berkesempatan nak hadiri kelas parenting.. Dan d Terengganu ni agak sukar untuk dapatkan kelas2 berbentuk sebegini.
Semoga dengan usaha kami yang tidak seberapa ni mampu menjaga amanah Allah ini dengan baik.
Sahabat doakan sekali yer.. Mungkin inilah satu2nya zuriat amanah Allah untuk lady. Semoga men
jadi manusia yang mengabdikan diri pada Allah. Ameenn..
Azliza Ibrahim
Jubah Abaya Fateema
Isnin, 30 Januari 2017
Khamis, 19 Januari 2017
Jalan-Jalan Kuala Lumpur
Assalamualaikum semua sahabat Lady.. Semoga sihat walafiat semua.. Insya Allah, ameenn..
Kemudian kawan lady belanja kami makan mee tarik special dari Timur. Sedap. 1st juge makan.. 😍😍😍
Ni la rupa mee tariknya.. Kenyal rasanya.. Sedap.. Memang tak puas.. :D. Pembuatnya kata boleh request untuk buat halus lagi mee nya. Yumm yumm yumm..
Ni la rupa mee tariknya.. Nikmat. Lepas makan, terus balik ke Klang. Alhamdulillah..
Oh ye, lupe nak cerita.. Kat bangunan kedai ni ada parking untuk OKU. Alhamdulillah, sangat mesra OKU, lokasi di Damansara.
Selain tempat ni ade lagi tempat yang lady pergi.. Nanti lady cerita lagi.. 😍😍😍
Minggu lepas lady pergi jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Bukan jalan-jalan cari makan, bukan juga untuk shopping.. Lady gi cari barang-barang untuk menjahit. Di Terengganu ni harganya dah naik.. Naik berdikit-dikit, lama-lama dah jadi gunung everest. Hihi..
Semua barang harga naik, tapi harga jubah tetap xnaik.. Nanti sape nak beli.. Huhu.. Custemer x faham situasi kami. Jadi nak xnak kene struggle untuk dapatkan barang yang lebih murah tapi kualitinya tetap baik.
Lady ke Jalan Tar.. 1st time pergi.. Kawan lady si Linda Kadir jadi pemandu pelancong.. Ya Allah, memang crowdedlah.. Tapi Alhamdulilah ade satu tempat kosong betul2 depan kedai yang kami nak pergi..
Kedai shawl.. Shawl ni kami beli sebagai free gift jerk.. 😍😍 shawl bling bling gitu.. Lady duk dalam kete jer.. Tempat crowded, agak xselesa berkerusi roda.. Nak tengok pun xlepas.. Mata searas dengan buntut orang.. Tp xpe, bersyukur dengan apa yang ada.
Maka dr dalam kereta lady pilih.. Kawan lady tukang tunjuk dan lady tukang pilih. Alhamdulillah pekerjanya amat memahami keadaan lady yang sukar untuk masuk ke kedainya.
Lepas siap2 pilih shawl bling2, kami terus ke kedai alat jahit. En hubby yang masuk.. Lady hanya tunggu di dalam kereta. Insya Allah mungkin lain kali pula lady pergi.. Tunggu time reda (bila ntah tu) tapi kalau Allah takdirkan boleh sahaja. :D
Nampak tak gambar atas tu? Gambar ni lady ambil dari dalam kereta sambil tunggu en hubby gi beli barang jahitan dan si Linda Kadir tolong belikan makanan tuk perut kami yang kelaparan ni.
Kemudian kawan lady belanja kami makan mee tarik special dari Timur. Sedap. 1st juge makan.. 😍😍😍
Ni la rupa mee tariknya.. Kenyal rasanya.. Sedap.. Memang tak puas.. :D. Pembuatnya kata boleh request untuk buat halus lagi mee nya. Yumm yumm yumm..
Ni la rupa mee tariknya.. Nikmat. Lepas makan, terus balik ke Klang. Alhamdulillah..
Oh ye, lupe nak cerita.. Kat bangunan kedai ni ada parking untuk OKU. Alhamdulillah, sangat mesra OKU, lokasi di Damansara.
Selain tempat ni ade lagi tempat yang lady pergi.. Nanti lady cerita lagi.. 😍😍😍
Jumaat, 6 Januari 2017
Mendidik Anak Soleh
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi nak menulis di sini.. Dah lama sangat tak berkongsi tentang anak solehah lady ni.. Si Fatimah..
Tahun depan InsyaAllah Fatimah dah sekolah.. Katanya taknak sekolah, tapi difikir-fikir lebih baik hantar sekolah.. Ajar berkawan.. 😍😍😍 Ibu tak pandai lagi nak didik Fatimah, biar ibu, abi, dan cikgu sama2 didik Fatimah jadi pandai. Jadi anak soleh solehah.
Teringat zaman lady kecik2 dulu.. Ayah lady seorang yang tegas/ garang. Waktu itu, tak rasa pun diri disayangi. Bila dah besar, dah boleh fikir sendiri.. Garang tu penting untuk mendidik anak. Bukan mudah nak bentuk menjadi manusia.
Ayah lady paling pantang kalau kami makan merata-rata. Terutamanya kalau makan sambil tengok tv. Diharamkan sama sekali. Makan hanya di atas meja di dapur sahaja. Selain itu tidak dibenarkan.
Buat kerja biar sama-sama. Dari abang yang sulung sampai adik yang kecil perlu buat kerja. Yang besar buat keje yang berat, yang kecil-kecil buat yang ringan-ringan. Biar masing-masing mengerti hidup susah dan saling menghargai antara satu sama lain.
Keluarga kami bukan keluarga yang kaya. Kami makan beras hasil tanam sendiri, ikan pula ayah, tokki, abang memang suke cari ikan di tapak sawah (baruh), longkang. Jadi tidak ada masalah untuk makan, sayur mayur cari jer kat belakang rumah. Pasti ada. Tak pernah kelaparan sebab tak makan. Tapi kadang-kadang akan ada orang hantar makanan sedap-sedap. Dan waktu tu macam raya, seronok sangat. Dan kami bahagi sikit-sikit sorang. Alhamdulillah, nikmat. Kami memang dididik untuk saling berkongsi.
Kalau orang datang rumah, ayah akan arahkan kami duduk di dapur. Jangan dengar orang tua bercakap. Sebab bimbang terdengar hal-hal orang dewasa. Satu lagi sebab bimbang nanti orang nampak kami selekeh. Sebab kami tak pernah ada baju baru, yang kami pakai semua hasil pemberian orang. Dan kalau tetamu bawa buah tangan, buka selepas tetamu balik. Wajib.
Kalau pergi rumah orang, duduk di ruang tamu sahaja. Jangan berlari-lari. Duduk! Jangan makan banyak, secukupnya sahaja. Mata jangan meliar, jangan sesekali ke dapur. Bimbang tertengok makanan orang, nanti tuan rumah segan nak makan. Nak bagi kat kiter, mereka pun takde.
Petang-petang boleh main dengan kawan-kawan. Tapi sebelum azan maghrib, wajib siap mandi dan ada dalam rumah tunggu azan maghrib dan solat.
Kami seawal usia diajar mengaji, seawal 3 tahun dah ada muqaddam sendiri, umur 12 tahun dah wajib khatam Quran. Menggigil2 sambil nangis mengaji sebab mak bekeng sangat. Bagi mak, kene pandai mengaji dan pandai sekolah..
Buat kerja jangan beetangguh tangguh. Kalau bak suruh buat kene cepat2 kene buat.
Terasa hidup dalam ketakutan, tekanan. Tapi alhamdulillah kami berjaya terdidik dengan baik.
Sekarang time lady pula nak didik anak sendiri. Setakat ni Lady memang agak garang, dan kadang2 kejam. Tapi sayang. Hihi..
Semoga Si Fatimah ni jadi anak solehah.. Sebenarnya bukan mudah nak didik anak mengaji seawal usia. Ibu ketiadaan ilmu/ idea nk ajar macammana. Kagum dengan cara mak ajar anak mengaji dan mengenal ABC. Garang tegas untuk bentuk anak jadi pandai.
P/s: Fatimah dah start sekolah.. Hihi