OKU ni MANJA.. X nak parking jauh2.. Nak mudah saja, Nak bantuan sahaja.. X RETI BERDIKARI
======================
Pemandangan di parking Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu..
Kebetulan kawan iza nk g hosp.. Beliau berkerusi roda.. Jenuh cari parking yg berdekatan dgn pintu masuk..
Kasihan dia terpaksa parking jauh.. Semua parking OKU yang disediakan oleh pihak hospital telah dipenuhi oleh kereta..
Mungkin ada anggapan orang OKU ni manja.. Xnak parking jauh2.. Nak mudah2 shj.. Nak bantuan sahaja.. Xreti berdikari..
Buat pengetahuan kalian semua, dalam 24 jam sehari semalam.. Hanya 1 jam sahaja kami mohon bantuan orang.. Yang lain kami berdikari..
Kami xselesa spt tidur kalian.. Ada antara kami tidur dalam kesakitan.. Makan pun xselesa walaupun nampak lauk pauk kami hebat.. Kami duduk seperti kalian, tapi kedudukan kami xstabil spt kalian.. Hampir seluruh perjalanan hidup kami 24 jam xseselesa seperti kalian..
Kalian bergerak menggunakan kaki, semua perkara berat2 kalian gune kaki.. Semua perkara ringan2 kalian gune tangan.. Tapi kami, semuanya memerlukan tangan.. Tanganlah tangan kami, dan tanganlah juga kaki kami.. Kalau dulu tangan kami halus mulus seperti kalian, tapi sekarang tangan kami berurat sirat tuk menampung perjalanan kehidupan kami seharian..
Kemudahan yg disediakan untuk memudahkan pergerakan kami yang cube untuk hidup berdikari sendiri. Walaupun ia xmampu membantu pergerakan kami, tapi sedikit sebanyak sangat membantu memudahkan kami.
Kami tak meminta kalian usung kami ke hulu ke hilir, kami tak minta kalian menyuapkan kami makan, kami tak minta kalian dudukkan kami atau papah kami ketika duduk mahupun bangun.. Kami tak minta pun kalian gantikan tempat kami.. Cuma kami pinta, bantulah kami dengan tidak menggunakan hak2 kami..
Hanya itu sahaja permintaan kami..
Jika kalian boleh gantikan tempat kami seketika, bukan lama, bukan seumur hidup.. Hanya satu jam pun kami yakin kalian tak tertanggung.
Maka kami mohon dengan belas ehsan kalian orang2 yang hebat, orang2 yang kuat, orang2 yang berkudrat.. Jangan gune kemudahan kami..
Yang benar,
Hamba Allah
10 ulasan:
Yang bukan OKU ke parking kat OKU parking lot tu?
Alahai.....masih ada yg kurang perihatin ye LB. Dunia katanya....
Sedih pulak dengar luahan ini LB. Maafkan kami ye LB ada kalanya kami alpa dan kami lupa akan kepayahan korang. Terima kasih kerana mengingatkan moga kami akan ingat nanti
jbetul tu..
hormati hak org lain..
mana mama mall sy pwrhatikan parking oku dkt dkt dgn pintu masuk. tujuan nya satu untuk memudahkan
bg yg sihat berpikir lah sblm guna parking tersebut. walupon kosong pada awalnya. mybe selepas itu ade yg memerlukan
usahlah gunakannya..
slm singgah sini. kadang2 org normal pun nk park OKU.
benda ni seakan dah jadi perkara biasa kat dlm negara ni. itu belum motor lagi dok susun berderet kat petak parking tu. kita faham tapi sayangnya, tak semua faham.. T_T
mcm tu la sikap masyarakat... yg dilarang itulah yg nak dibuatnya...
Biasalah semua nak amek mudah tak nak fikirkan org lain..
Lea singgah sini ye n follow.. :)
agaknya yg sihat tubuh badan yg guna parking OKU tu pun OKu jugak kot.. terencat akal maybe.. hehehe
Alahai kesian betul rintihan OKU. Saya memang kecam betul sape yg parking kat OKU. Even kat big shopping mall pun selamba je buat muka x malu parking situ
Kalau ladies coach pun orang masuk, tempat duduk khas dalam LRT pun orang duduk je, ladies parking pun orang ambil, toilet dan parking OKU pun orang sempurna pakai. Kejam sungguh!
Catat Ulasan