Sekarang ni kehidupan "ladyBird" totally berubah.. bermula Januari 2014.. Lady mendapat cabaran dari suami lady untuk menjadi usahawan.. dan tanggal 23 January 2014, secara rasminya lady bergelar usahawan.. Usahawan Rempah TokMa..
Kalian nak tengok Repah TokMa? Masih dalam permulaan.. maka xla secantik rempah2 yang orang lain punye.. lady jual secara online.. Alhamdulillah.. berhasil walaupun sedikit :)..
Tada... Inilah rupenyer :
Ini rupe Rempah Ayam Madu TokMa.. :D.. Pekat, Melekat, Memikat.. Lady hasilkannya berdasarkan resepi warisan orang lama.. Resepi ibu mertua iza.. rasanya masyaAllah, sangat2 hebat.. kalu xcayer marilah cube sekali.. cube order, lady cube pos.. hehehehe
Ini hasil masakan dari client kami.. Beliau menggunakan rempah kami untuk menghasilkan masakan Ikan Sweet Sour.. beliau kata sangat2 menyelerakan.. :D.. Sebenarnya repah kami ni bukan sekadar untuk buat ayam madu, malahan boleh dibuat pelbagai jenis resepi masakan.. jap lady nak upload lagi :D
Ayam Masak Paprik :D.. just letak Rempah Ayam Madu TokMa, serta bahan2 tuk dibuat paprik ayam.. rasanya sangat2 hebat.. xtahula nak bagitahu macammana, lady pun kagum dengan rempah orang-orang lama ni..
Yang ni plak, daging masak paprik.. kalau dibandingkan ayam dengan daging.. rasa daging lebih enak.. :D..
Daging masak paprik lagi.. yg ni cleint kami yang masak :D.. nampak sedap kan? sememangnya sedap.. Maybe berkat doa TokMa jugak kot yang menjadikan rempah ni berjaya.. :D Alhamdulillah... :D
Inilah ayam yang dibakar menggunakan Rempah Ayam Madu TokMa.. :D.. berkilat kan? kami xletak bahan pewarna mahupun bahan pengawet.. segar2 dari ladang.. :D
Yang ni sutong yang dibakar .. kalau nak gune untuk membakar makanan laut, kene modified sikit.. perlu ditumis dahulu dengan menambah sedikit belacan dan asam keping.. :D..
Setakat ke hari ini, iaitu baru 5 bulan beroperasi, kami telah mempunyai agen d klang, penang, dan di sekitar trg.. kalau kalian nak order bolehlah :D.. Juga boleh didapati di kedai2 sekitar bandar Ktrg, dan di Sabasun Hyperuncit yng terletak di Bandar Ktrg.
Sekarang ni berada di Klang sempena Jualan Amal Talasemia di Hospital Klang bermula dari 5 Mei dan berakhir pada 9 Mei 2014. Kalian boleh berkunjung ke sana yer :D
16 ulasan:
Wa..tahniah da jadi usahawan...
Tp serius mmg teringin pulak nak cuba rempah tok ma nih hehehe
Maila datang putrajaya hehehe
tahniah jadi usahawan..teruskan sampai berjaya
insha Allah
bila2 nanti kalau nak merasa
akak order kat lady
lady, kalau tak guna pengawet berapa lama bleh tahan ni.
Wahh tahniah lady diam=diam berisi..terlioq nmpak
cemana klu nak order
berapa harganya..
Nanti Lady detail kan ya...
Bantu usahawan muda..
Muga terus berjaya menjadi usahawan muslim yang penuh barokah!
Assalamualaikum
Saya dari Melaka, ada terbaca dari blog awak perihal spinal cord injury, sore prob, dll. saya sedang membuat kajian tentang kerusi roda. Jika kelapangan untuk berkongsi idea dan pengalaman, sila hubungi saya di ruwaidy@yahoo.com
terima kasih
tahniah. semoga terus berjaya.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah..Tahniah lady...
mg terus berjaya yer
alhamdulillah nampak sgt sedappp
Syukur Alhamdulillah.
Tahniah menjadi seorang usahawan.
menarik ni.
nri LB bg details k.
berapa harganya? kalau xguna bhn pengawet brpa lama blh btahan?
alhamdulillah..moga terus dimurahkan rezki
Catat Ulasan