Selasa, 4 Februari 2014

Posisi Tidur Yang Baik Dan Yang Buruk

Posisi tidur yang baik adalah posisi tidur yang selalu dipraktikkan oleh Rasulullah saw. Abu Qatadah meriwayatkan yang bermaksud:

"Jika Nabi hendak tidur di malam hari, baginda berbaring menghadap ke kanan."

[Tirmidzi, Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim]


Berbaring menghadap ke kanan, itulah posisi tidur yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw. dan dinasihatkan supaya diikuti oleh umat baginda.

Ia adalah langkah perubatan paling berkesan mempercepatkan cairan lendir mengalir ke kerongkng. Salur kerongkong sebelah kanan berkeadaan sedikit condong sehingga memudahkan pembuangan bendalir buangan melalui rongga kerongkong.

Manakala salur kerongkong sebelah kiri berkeadaan tegak lurus, menyulitkan pembuangan bendalir buangan ke atas dan menyebabkan bendalir terkumpul di bahagian bawah dan menyempitkan saluran kerongkong di dalamnya.

Akibatnya sering membuang kahak di waktu pagi.. Masalah ini akan menyebabkan pelbagai penyakit muncul seperti bisul pada paru-paru dan penyakit ginjal. 

Maka, marilah kita sama-sama amalkan tidur secara sunnah, mengiring ke sebelah kanan. Walau bagaimanapun, sesekali kita boleh mengiring ke sebelah kiri sekadar untuk keperluannya sahaja. 

Jika tidur di sebelah kiri secara berterusan, boleh menyebabkan jantung sebelah kanan yang saiznya lebih besar dari sebelah kiri terhimpit dan ini akan melemahkan fungsi jantung.

Perut yang penuh juga boleh menyesakkan jantung dan akan menambahkan tekanan pada organ tersebut. Hati juga akan menerima tekanan disebabkan saiznya yang besar dan berat dengan kedudukan di sebelah kanan.

Perjalanan makanan dari perut menuju usus mengambil masa 2.5 - 4.5 jam jika kita tidur secara mengiring ke sebelah kanan, manakala jika mengiring ke kiri ia akan mengambil masa 5-8 jam.

Posisi tidur yang buruk adalah adalah tidur telentang dan tidur meniarap. 

Tidur telentang jika untuk beristirehat dan hanya untuk suatu tempoh yang singkat tidak akan mendatangkan mudarat.

Tidur telentang akan menyebabkan masalah pernafasan. Ini kerana mulut akan terbuka dengan sendirinya akibat tindak balas tulang rahang bawah.

Pernafasan dalam posisi tidur telentang berisiko untuk diserang radang selaput lendir di hidung dan kerongkong (selsema), di samping akan menyebabkan kekeringan gusi yang disebabkan oleh radang gusi dan mengakibatkan pembengkakan gusi.

Dalam posisi tidur seperti ini, gerakan rahang bawah dan ovula akan berlawanan dengan celah rongga belakang hidug dan menghalang aliran pernafasan dan menyebabkan masalah dengkuran.

Selain tidur telentang, tidur meniarap juga merupakan kaedah tidur yang salah. Ketika seseorang tidur meniarap, dalam beberapa saat akan berlaku sesak nafas disebabkan bebanan tulang punggung penghalang dada untuk bernafas dengan sempurna. 

Keadaan ini menyebabkan terjadinya lekukan pada urat leher belakang dan pergeselan organ dengan tempat tidur sehingga mendorong terjadinya sex by self. Selain itu, kesukaran untuk bernafas akan mengakibatkan masalah lelah.

Berlaku peningkatan angka kematian sebanyak tiga kali ganda terhadap kanak-kanak yang tidur meniarap berbanding dengan tidur mengiring.  

[Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit] 

8 ulasan:

sud@is berkata...

btol tu Lady
tidur cara yang betul ikut sunnah Rasulullah tq

paridah berkata...

assalam...elok amalkan cara tidur rasullullah saw ni utk kshtan yg baik...tq infonya.

Tie HT berkata...

banyak manfaatnya ikut sunnah nabi :)

Niesa berkata...

kena biasakan diri ikut sunnah ni..niesa mula2 tdo elok je mengiring ke kanan..bila dh sedap tdo kejap ke kiri,kejap kekanan,terlentang la..dh mcm2 gaya kak..hehe

QasehnyaRania berkata...

suka ngadap ke kanan juga.

Blog Santai berkata...

Sunnah Rasululullah SAW adalah yang terbaikkan...

drshikinzainal @ ekin berkata...

Saya selang-seli tidur mengiring ke kanan dan meniarap walaupun tau tidur meniarap tak bagus.

Tanpa Nama berkata...

mmg kalau boleh nk ikut sunnah, tapi biasalah bila dh tidur tu lupa dunia jadinyer.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...