Ahad, 2 Februari 2014

Manfaat Solat Bagi Kesihatan Tubuh


Salah satu kepentingan solat adalah dapat menjaga kesihatan tulang dan sendi. Hal ini disebabkan dengan melakukan solat, seseorang telah menggerakkan tubuhnya sebanyak lima kali sehari sehingga aliran elektrik dalam tulang tidak akan berhenti atau berkurang.

Serta sel-sel yang membentuk dan menguatkan tulang akan sentiasa diperbaharui. Gerakan solat yang dilakukan setiap hari dapat menguatkan dan menegakkan tulang dan juga sendi. 

Ketika tubuh membongkok untuk gerakan rukuk, paru-paru akan terbuka dan menyebabkan darah mengalir dengan sempurna.

Dalam posisi sujud, darah mengalir lancar menuju paru-paru. Dalam keadaan rukuk dan sujud, darah mengalir ke seluruh bahagian paru-paru dan kemudiannya oksigen dimasukkan untuk mengganti karbon dioksida. 

Fakta paling penting adalah, apabila posisi tangan sedang bertakbir ia akan memudahkan proses pengosongan udara sehingga paru-paru boleh mendapatkan oksigen dengan lebih banyak untuk dialirkan ke seluruh bahagian tubuh oleh darah.

Menundukkan kepala sehingga lebih rendah dari paru-paru memberikan impak besar terhadap peningkatan fungsi otak. Keadaan yang dilakukan beberapa kali sesuai dengan jumlah rakaat solat akan memelihara sel pembuluh darah ke otak.

Terdapat satu kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa saraf manusia yang tidak dimasuki darah padahal setiap inci otak memerlukan darah untuk berfungsi secara normal. Saraf tersebut hanya akan dimasuki darah apabila berkeadaan sujud. (kajian dr. Fidelma yg akhirnya memeluk Islam)

Gerakan otot ketika solat dapat mengaktifkan urat menjadi kuat serta dapat mengurangi dan mencegah penyakit jantung, paru-paru, penyakit hempedu, asma, kegemukan, diabetis, reumatik dan lain-lain.

p/s: Sel kanser menyerang paru-paru disebabkan oleh kekurangan oksigen.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit, m/s: 70]


7 ulasan:

ewanthology berkata...

banyak fadhilatnya

sobri yaacob berkata...

terima kasih ats pkongsian sis..menarik..semoga bermanfaat utk kita semua :)

Niesa berkata...

Thanks share sis..sesungguhnya ada hikmah dan kebaikkan disebalik sesuatu perkara kan?

ctpayong berkata...

dan kerana itu jugalah solat itu menjadi tiang agama. umur itu modal. masa itu profit sementara sehat itu bonus.

dikatakan cerdik itu adalah apabila kita bersiap sedia menghadapi mati.

hanya Allah yang lebih mengetahui.

Tie HT berkata...

perkongsian yang bagus lady

sud@is berkata...

jom solat..
fakta kesihatan selari dengan Islam

QasehnyaRania berkata...

sgtbermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...