Al-Wudhu' bermakna kebersihan, kebaikan dan ketertiban.
Kewajipan berwuduk mendorong para pengkaji mengkaji rahsia di sebalik wuduk.
Berwuduk mampu merangsang pusat saraf dalam tubuh manusia. Proses penyerapan air wuduk dengan titik-titik saraf mengakibatkan tubuh manusia sentiasa sihat.
Wajah orang yang sentiasa berwuduk akan kelihatan segar dan muda meskipun sudah berumur (awek muda).
Orang muslim membasuh wajahnya sebanyak tiga kali, bukan sekadar membasuh malahan menggosoknya sehingga semua bahagian wajah terkena air dan bebas daripada segala kotoran.
Membasuh wajah dapat mempengaruhi hujung-hujung saraf yang terdapat pada wajah, membersihkan pori-pori dan menjaga keanjalan kulit. Cara ini dapat menghindari dari segala kotoran dan bakteria yang membahayakan kesihatan kulit.
Orang yang sentiasa berwuduk akan memiliki tubuh yang lebih sihat dan segar berbanding dengan orang yang tidak pernah atau jarang berwuduk (buku Human Culture and Care). Fakta ini dikaji oleh Dr Develvet yang mengkaji perubahan yang terjadi pada tubuh yang dibasahi air.
Wuduk mampu mencegah kanser kulit. Kanser kulit berlaku disebabkan oleh penggunaan bahan kimia pada setiap hari. Namun apabila dibersihkan dengan air (terutamanya sewaktu berwuduk), bahan kimia akan larut.
Membasahkan anggota badan dengan air dapat mengembalikan tenaga, mengurangkan kekejangan, merehatkan saraf-saraf dan otot, menghilangkan masalah jantung, pedih-pedih otot, kecemasan serta insomnia. (Majalah al-Ishlah nombor 296)
Rujukan : Buku Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
11 ulasan:
berwuduklah dengan sempurna
insyaallah sihat sejahtera selamanya
dunia dan akhirat
sebelum tido pun sunnah berwuduk kan lady
Hebat betul ambil air wudhuk...bukan tujuan utk solat sahaja...tp lebih dari itu...hebat perkongsian ini...umi Qi suka!
Indahnya ajaran Islam tu.. Sempurna sungguh ajarannya..
nice sharing, perkongsian yang bermanafaat...
hebat kan.
thanks share.
ciksu pernah buat pasai wudhuk ni.
setiap kali membasuh anggota tu mudah mudahan terhapuslah dosa dosa kecil yg telah kita lakukan.
Assalamualaikum Lady
terima kasih
alhamdulillah.. banyak fadilatnya kan?
sekarang tengah nak praktis berwuduk sebelum tidur
Terbaik. Berwuduk untuk kebersihan dan kesegaran diri juga...
nice sharing sis..bila berwuduk sentiasa rasa segar...byk lg kelebihan berwuduk ni kan...
Ketika berwuduk,semasa membasuh bahagian angota kita itu,ada doa2nyakan Lady.....
Catat Ulasan