Selasa, 3 Disember 2013

Kaitan Antara Biologi dan Psikologi


Integrasi keilmuan baru dunia perubatan mengenai psikoneuroimmunology (PNI) kini cukup menarik untuk diperbincangkan. PNI menegaskan perkaitan antara fikiran, sistem saraf, sistem endokrin, dan sistem imun.

Dinyatakan emosi kita berpengaruh kepada sistem saraf yang mengatur banyak hal seperti pengeluaran jumlah insulin, endorfin, kadar denyutan jantung sehingga kepada pengaturan tekanan darah. 

Pada hujung-hujung terminal saraf terdapat zat-zat kimia pembawa, neurotransmitter yang bersentuhan secara langsung dengan sistem imun tubuh.

Dalam laluan jalur hormon juga situasinya serupa. Keadaan jiwa yang diwarnai emosi negatif seperti stress, depresi, cemas, dan marah mempengaruhi pengeluaran pelbagai zat penting seperti katekolamin, epinefrin atau nor-epinefrin, kortisol, prolaktin atau morfin natural seperti endorfin dan enkefalin yang semuanya sangat mempengaruhi sistem imun tubuh.

Sistem imun tubuh merupakan 'otak tubuh'. Sel-sel imun tubuh berkawal mengelilingi tubuh, mengalir dalam salur darah, cairan limfatik, dan bersentuhan dengan seluruh permukaan sel-sel lain.

Sel-sel tubuh natural kita dibiarkan sahaja oleh pasukan kawalan tubuh ini. Sedangkan sel-sel yang dikenalpasti sebagai agen asing akan diserang.

Serangan-serangan begini yang melindungi kita daripada pelbagai jangkitan mikroorganisma seperti virus bakteria dan anomali sel seperti kanser.

Ahli psikologi menemui fakta yang menyokong pendapat ini. Menurut mereka sistem imun tubuh juga mampu belajar. Terdapat ribuan jalur komunikasi antara sistem saraf pusat dan sistem imun yang menjadikan otak, emosi dan tubuh bukan sesuatu yang terpisah.

Sistem-sistem ini cukup rapat berhubungan antara satu dengan yang lain. Oleh itu mudah menerangkan mengapa mereka yang berkeperibadian 'A' yang agresif dan ekstrovert mempunyai risiko mendapat penyakit yang berbeza berbading mereka yang berkeperibadian jenis 'B' yang pasif dan introvert.

[Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit : 176]

p/s : Lady rasa artikel kali ini agak berat, xpe kalau x faham pun.. yg penting kite perlu faham bahawa kalau kite selalu marah, cepat naik angin, selalu stress boleh menyebabkan tekanan darah naik.. hehehehe Jadi amalkanlah cara hidup yang sihat.. jangan marah2.. selalu bertenang, amalkan pemikiran yang positif, pemakanan yang baik, dan cara pergaulan yang sihat.. insyaAllah semuanya akan jadi baik2.. :D

13 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

tak pa akak.. ilmu

di sana hujan lebat x?


http://pemudattbc.blogspot.com/2013/12/doakan-keselamatan-di-pantai-timur.html

Tanpa Nama berkata...

Info menarik ni, TQ berkongsi sama yer.

Qhaifa Nur berkata...

betul tu...amalkan cara hidup yang sihat....

Miza Lee berkata...

ilmu baru. tQ! :)

cre8tone berkata...

Nice info!

Mizz Aiza berkata...

perkongsian yang bermanfaat.. yang penting mesti berfikiran positif selalu..

Cik Tieka berkata...

ouwh..ayat sains membuatkan otak nie berpusing2..hehe, tapi dapatlah point yg ingin disampaikan, jgn marah2..stress sbb tu penyakit mesti mariiii..pinjam sat ayat mamu :P

licha berkata...

alaa. tak berapa paham .. huhu.
balas kunjungan kat sini

nohas berkata...

kena sihat JERI - jasmani, emosi, rohani & intelektual..InsyaAllah, baru hidup tenang..

amirah berkata...

kena amalkan hidup sihat di zaman2 skrng yg mcm2 penyakit ada

Tie HT berkata...

dapat lebih imu bila masuk blog ni hari ni, terima kasih :)

Blog Santai berkata...

betul sangat LB..kalau selalu marah emosi kita akan terganggu bukan hanya orang yang kena marah..so kalau nak marah cepat-cepat cool down supaya tak melarat..

caliph shuriken berkata...

ye laa kn.. klau emosi tganggu ni nk solat pun susah fokus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...