Jumaat, 13 Disember 2013

Etika Makan Rasulullah SAW.

Menurut Rasulullah saw. baik perkataan mahupun perbuatan baginda, ia merupakan sebahagian daripada keimanan kita. Antara sunnah Rasulullah saw. yang sangat baik untuk kita ikuti adalah etika ataupun tata cara baginda makan.

Hal ini mungkin dianggap remeh, namun dari cara tersebut kita dapat membiasakan diri untuk meneruskan sunnah baginda saw.

Berikut adalah etika yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. ketika baginda makan:


1. Rasulullah meletakkan makanan di atas lantai dan baginda tidak pernah makan di atas meja makan. Meletakkan makanan di atas lantai lebih mendekatkan diri kepada sifat tawadhuk.

2. Menerima makanan yang ada
Jika baginda tertarik pada makanan yang telah disajikan, maka baginda akan menjamahnya tetapi jika baginda kurang gemarinya, maka baginda meninggalkannya tanpa menghina sedikitpun.

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika baginda berselera, baginda memakannya dan jika baginda tidak tertarik maka baginda tinggalkannya."

3. Baginda mulakan makannya dengan mengucap basmalah
"Jika salah seorang dari kamu makan, sebutlah nama Allah Taala. Jika dia lupa, tidak menyebut nama Allah, hendaklah ia menyebut 'Bismillahi, awwalahu wa aakhirah' (Dengan nama Allah sejak awal hingga akhir)."

4.Baginda makan dengan tiga jari tangan kanannya, mengecilkan suapan, menguyah dengan baik, dan makan dimulai dari makanan yang berada di bahagian tepi, bukan di bahagian tengah.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:

"Keberkatan itu turun di tengah makanan. Maka makanlah dari pinggirnya dan jangan dari tengahnya." 
[Abu Dawud dan Tirmidzi]

5. Baginda tidak pernah meniup makanan atau minuman yang masih panas dan lebih selesa menunggu sehingga sejuk, kemudian barulah memakan atau meminumnya. Baginda juga tidak bernafas di dalam gelas ketika minum. 

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abas, Rasulullah melarang bernafas atau meniup di dalam minuman. 

6. Menghindari makan yang berlebihan, baginda pernah bersabda yang bermaksud :

"Tidak ada ruang yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suapan untuk meluruskan tulang punggungnya. Jika tidak mampu, maka sepertiga dari perutnya hendak diisi untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk bernafas (untuk angin)".

[Imam Ahmad & Imam Tirmidzi]

7. Baginda mengakhiri makan dengan memuji Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

"Barangsiapa memakan makanan dan berkata, 'segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan memberikannya kepadaku tanpa ada daya dan upaya dariku.' Maka dosa masa lalunya diampuni."

[Muttafaq alaih]

9 ulasan:

paridah berkata...

Adab makan Rasullullah sunnah diikuti...

Aisy Nasiha berkata...

Rasaya dalam program ehwal islam semalam pun ada pasal ni. Bagus ingatan ni. Kita ada masanya lupa nak amalkan...

Akupenghibur.com berkata...

subhanaALLAH ...cara makan baginda adalah terbaikk.. kagum

Mizz Aiza berkata...

sangat bermanfaat perkongsian ini untuk kita contohi..

Niesa berkata...

Thanks share..semoga memberi manfaat kpd kita semua.. :)

tehr berkata...

pilih makanan berkhasiat dan halal

QasehnyaRania berkata...

patut diikuti dan dijadikan panduan

Tanpa Nama berkata...

Byk yang bertentangan dgn perlakuan sy seharian....perlu ada perubahan...in sya Allah....

intanfirdaus247 berkata...

perlu diikut dan dijadikan panduan dalam perlakuan seharian kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...