Khamis, 26 September 2013

Akhlak Rasulullah

Rasulullah yang dicintai, bertubuh sedang-sedang sahaja. Perawakannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Baginda kelihatan lebih tinggi daripada orang yang rendah, dan rendah apabila berhadapan dengan orang yang tinggi. Kulitnya tidak putih melepak, dan tidak juga sawo matang. Kulitnya kemerah-merahan seperti terbentuk daripada perak.

Kepalanya besar, begitu juga tulang sendinya, wajahnya agak bundar dan pancarannya cerah bagaikan rembulan di saat purnama. Rambutnya ikal bergelombang, tidak terlalu kerinting dan tidak pula kurus kaku. Warna rambutnya kehitam-hitaman, tumbuh lebat dan panjang sehingga mencapai cuping telinga.

Apabila baginda menyisir rambutnya, dibelah dua dengan rapi. Uban yang ada di rambutnya tidak lebih daripada 20 helai. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Belahan matanya lebar dan hitam pekat, bulu matanya lentik.

Hidungnya mancung, pada puncaknya terdapat cahaya memantul sehingga orang menyangka hidungnya lebih mancung daripada yang sebenarnya.

Mulutnya lebar serasi dengan wajahnya. giginya teratur dan gigi serinya agak renggang, apabila baginda berbicara ada cahaya yang memancar keluar daripada kedua dua gigi serinya itu. Dagunya tidak lancip, janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, lehernya mulus dan tegak.

Badannya tidak gemuk namun berisi. Dada dan perutnya sejajar. Dadanya bidang, jarak antara kedua dua bahunya lebar. Bahunya juga bidang, di antara kedua-dua bahunya terdapat tanda kenabian sebesar telur burung dara. Bulu dadanya memanjang dari dada sehingga ke pusat. Badannya yang tidak ditumbuhi bulu nampak bersih bercahaya.

Kedua ruas tangannya panjang, telapak tangannya lebar dan kakinya tebal tetapi tumitnya nipis.

Apabila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya pantas seolah-olah turun daripada tempat tinggi ke tempat rendah.

Al-Bara bin Azib mengatakan apabila Rasulullah memakai pakaian merah, tiada seorang pun yang lebih tampan daripadanya.

Jabir bin Samurah pula beraksi pada suatu malam purnama, ketika Rasulullah mengenakan pakaian berwarna merah, "Aku berganti-ganti memandang wajah Rasulullah dengan rembulan, ternyata baginda lebih indah daripada rembulan."

Apabila baginda menoleh kepada seseorang, seluruh badannya ikut berpaling. Apabila berjabat tangan, baginda yang terakhir melepaskan tangannya penuh makna, matanya terarah ke bawah sehingga pandangannya ke bumi lebih lama daripada pandangannya ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan di belakangnya dan apabila bertembung, baginda menyapanya dengan salam. Baginda berjiwa besar dan berwibawa, hatinya pemurah antara semua manusia.

Ucapannya adalah perkataan yang paling benar antara semua orang. Perangainya lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapapun yang menatapnya pasti menaruh rasa hormat kepadanya. Siapa yang pernah berkumpul dengannya dan mengenalinya tentu mencintainya.

Setiap yang menceritakan sifatnya pasti berkata, "Belum pernah aku melihat sebelum ataupun sesudahnya manusia seistimewa baginda."

Anas berkata, "Aku mengabdikan diriku kepada Rasulullah selama 10 tahun dan selama itu baginda tidak pernah memarahiku walau sekalipun. Baginda tidak pernah pula bertanya kepada aku mengapa aku kerjakan itu dan mengapa aku tidak kerjakan ini."

Ibnu Umar berkata, "Rasulullah tidak pernah bersikap tidak pantas dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak layak."

Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi menarik pakaian baginda dengan kasar sehingga menyakitinya dan berkata, "Wahai Muhammad, berikan aku hadiah daripada kekayaan Allah yang engkau miliki." Rasulullah berpaling kepadanya dan tertawa, lalu memerintahkan supaya si Arab badwi itu diberikan hadiah.

[Hadis at-Tirmidzi]

Dipetik daripada Buku Mengapa Rasullullah Tidak Pernah Sakit tulisan Dr. Adi Hashman

~ Kalian memerlukan photografer untuk majlis anda? Hubungi kami di talian 019-900 5689/ 013-9606169 atau PM kami dihttps://www.facebook.com/fathumohamadphotography

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya Tuhan kami, pertemukan kami semua bersama-sama kekasihMu Rasulullah SAW di hari akhirat kelak, moga kami perolehi syafaatnya dan dapat duduk bersamanya di syurgaMu, Ameen..

amirah berkata...

sangat2 indah ciptaan Allah pada nabi terakhir ini..

ceramah_agama(naimttbc) berkata...

Akhlak baginda Rasullullah tauladan yg baik..

salam ziarah
http://ceramahttbc.blogspot.com/2013/09/ustaz-abdullah-khairi-jkk-pertikai.html

-naimttbc@pemudattbc :)

kiwi berkata...

masyaallah orang yang tak pernah jumpa tak pernah tengok tapi rindu lebih kepada rindu dekat mak ayah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...