Isnin, 14 Januari 2013

Kepentingan Pemeriksaan Lidah

Assalamualaikum.. dah lama x menulis isu berilmiah di sini.. rindu plak nak mencoretkan sesuatu.. alhamdulillah sekarang lady dah selamat berhenti kerje.. hehehe~.. mungkin itu jauh lebih baik untuk lady.. ameeennn.. jadi sekarang, mungkin boleh aktif balik dalam dunia blog.. insyaAllah..

Kali ini lady nak berkongsi info berkaitan dengan lidah.. kalau dulu, sewaktu kecik2 (waktu kecik2 je suke g klinik) setiap kali gi klinik, pasti dr akan suruh lady jelir lidah dan letak kayu yg mcm pemegang aiskrim tu.. ingtkan dr nak lihat lidah lady yang terbelah ni~ (lidah lady terbelah kalau makan makanan pedas)

Sebenarnya lidah bukan hanya berfungsi sebagai indera tuk merasa kesedapan makanan atau untuk bercakap semata-mata.. namun fungsi lidah jauh lebih menarik daripada yang itu.. Lidah juga berfungsi sebagai petunjuk kehadiran penyakit yang dideritai oleh badan kita tanpa kita sedari.. 

Menurut pengamal akupuntur dari Chatworth Clinik di London, Steward Trotter, lidah manusia digunakan sebagai alat pengukur kesihatan tubuh dan sudah lama diamalkan dalam dunia perubatan.

Orang yang terkena gejala typhus misalnya, lidahnya menjadi kotor dan keputihan. Lidah yang sihat biasanya berwarna merah segar.

Comel jer lidah kucing ni~
Di bawah ini lady senaraikan perubahan warna pada lidah seseorang pesakit.

~ Hujung lidah berwarna merah menandakan anda sedang mengalami masalah emosi. Merah pada bahagian sisi sahaja atau hujung menandakan anda dalam keadaan marah atau tertekan.

~ Permukaan lidah berwarna coklat adalah tidak berbahaya. Hal ini boleh terjadi kerana penggunaan ubatan seperti antibiotik atau ubat-ubatan lain.

~ Lidah berwarna merah muda dan pucat petanda bahawa tubuh sedang mengalami dehidrasi. Dianjurkan untuk meminum banyak air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

~Warna lidah sedikit keungu-unguan bermaksud badan sedang mengalami kitaran yang tidak seimbang. Tubuh kita memerlukan keseimbangan dari segi pergerakan, pemakanan dan sebagainya untuk menjamin fungsi tubuh dalam berlaku secara normal.

~ Lidah kelihatan putih dan pucat. Anda sedang kekurangan tenaga dan darah (anemia).

~ Bahagian tengah lidah kelihatan pecah atau retak petanda sistem penghadaman atau hati sedang mengalami masalah. (lidah lady mcm ni, tp bila check kat dr, xde lgsg mslh hati, cume masalah penghadaman yang sedikit terganggu).

~ Pecah-pecah dan berwarna putih pada kedua sisi lidah menunjukkan anda kekurangan makanan yang berzat, kurang cairan dalam tubuh untuk membantu metabolisme serta kurang bersukan. 

~ Lidah berwarna kelabu menunjukkan anda sedang diserang batuk dan demam. Keadaan ini disertai dengan batuk berkahak dan sakit kepala. Warna kelabu pada lidah kerana terdapat kahak pada tekak.

~ Permukaan lidah terdapat selaput putih yang tebal berkemungkinan anda mengalami infeksi yang lama kerana gangguan kulat candida albicans.

Di atas ini lady dah senaraikan perubahan yang berlaku pada warna lidah, tetapi bagi lady mungkin juga warna dan keadaan lidah tersebut disebabkan keturunan. Ini kerana, setahu lady lidah lady pecah dan nampak seolah2 terbelah sejak dari lady kecil lagi, mak sedare dan datuk lady pun mempunyai lidah seperti itu. Pecah di tengah2, tapi xdelah sampai terus bercabang mcm lidah ular tu.. hehe..

Rujukan : Buku Ajaibnya Wanita

7 ulasan:

chiLleD...!! berkata...

nice info..=)

Unknown berkata...

TERUS TENGOK LIDAH DLM CERMIN..DAN KALER LIDAH MS NI MERAH SEGAR..ALHAMDULILLAH..HEHE

LydSunshine berkata...

Akak rasa akak ada anemia la. Huhu.

~CAHAYA~ berkata...

bace tentang lidah xsht ni tingt lak kt mk akak...timekasih lady sbb share pasal ni...:(

tehr berkata...

infi menarik
rasa nak tengok lidah sendiri sekarang juga

mana cermin ni?

ieza ashaari berkata...

wah, terima kasih atas info yg dikongsi.. :)

ewanthology berkata...

Lidah pun kena check kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...