Khamis, 17 Januari 2013

Kaki Berbau? Eiiiiiii...

Assalamualaikum.. kalian apa khabar? Lady alhamdulillah sihat sihat sahaja.. Kali ini lady nak ceritekan sal kaki.. hehehe.. Alhamdulillah kite masih ade kaki pemberian Allah, dan kaki itu amanah tuk dijaga sebaik mungkin.. Bukan sahaja perlu dijaga dari segi elakkan mengunjungi tempat2 maksiat, malahan juga dari segi kesihatan kaki..

Bukan ape, tetibe je rase nak ceritekan sal kaki ni sebab ritu time gi gelanggang futsal teman hubby main bola, waktu mereka nak tukar kasut tu mak ai.. xtahan baunye menyengak sangat, nak tutup hidung mcm biadap lak.. huhuhu.. maka tahanlah nafas selagi mampu ditahan. 1st time lady pergi tempat camtu sebenarnye.. hehehe.. pengalaman pertama seumur hidup.. lepas kawin baru dapat tengk camne gelanggang futsal..

Kaki ni bukan sekadar masalah baunye sahaja, kalau tidak dijaga dengan baik, ia mudah tuk diserang kulat.. sesuai dengan kegunaannya untuk menapak dan berpijak di tanah.. maka begitulah masalahnya jika tidak dijaga dengan baik.. Biasanya kita tidak titik beratkan kesihatan kaki, kuku panjang dan kotor pun kite x pernah sedar.. kalau sedar pun buat-buat tak tahu..

Walau bagaimanapun, kaki yang bersih da segar menjadi idaman semua orang.. Kalau kaki asyik gatal jerk, pasti sukar tuk kite buat keje, keyakinan diri pun hilang.. 

Jika cuaca kering, kaki akan mudah jadi kering dan bakteria mudah tuk menyerang.. Suhu udara yang panas menyebabkan peluh mengalir di celah-celah jari kaki dan ini menggalakkan pembiakan bakteria. Begitu juga tibanya musim banjir, serangan kutu air akibat keadaan kaki yang sentiasa lembab juga turut menyebabkan masalah yang sama..

Ada jugak orang yang suke letak bedak di kakinya.. kononnya tuk elakkan berbau dan supaya peluh terserat.. Menurut pakar kesihatan kaki, perbuatan meletakkan bedak lebih memburukkan keadaan. Seeloknya lebih baik jika kaki disapukan alkohol. 

Cara untuk mengatasi masalah kaki berbau ni pelbagai.. ape yang boleh kita lakukan, pastikan kaki sentiasa dalam keadaan kering.. setiap kali mandi, sebelum pakai stokin/kasut.. pastikan di celah-celah jari kaki dilap dengan tuala tuk mengelakkan pembiakan bakteria. 

Selain dari itu, pilihlah kasut yang terbuka atau yang mempunyai aliran udara.. pelbagai jenis kasut yang menitik beratkan pengudaraan telah dijual di pasaraya sekarang.. dan kita hanya perlu bijak memilih kasut yang sesuai.. 

Amalkan juga memakai stokin yang diperbuat daripada kapas yang mudah menyerap peluh, dan basuhlah stokin itu setiap hari atau tukarkan dengan yang lain setiap hari tuk elakkan bau yang kurang menyenangkan.

Kalau balik dari sekolah/ bermain boleh terus jemurkan kasut supaya kasut kering dan bakteria tidak akan mampu membiak lagi.

Hehehe.. dah habis bebel sal kaki berbau.. moga2 lepas pada ni xde lagi bau-bau ni menyerang hidung.. sakit sangat2.. :P

Kaki tu biar bau wangi sokmo.. letak losyen sebelum pakai stokin pun xpe.. tapi cari losyen yang sesuai dengan kaki.. kalau x sesuai nanti semakin menyengat baunye.. 

p/s : kalau kite cuci bersih2 setiap kali berwhuduk dan keringkan sebelum pakai kasut, insyaAllah kaki xkan berbau.. 

Isnin, 14 Januari 2013

Kepentingan Pemeriksaan Lidah

Assalamualaikum.. dah lama x menulis isu berilmiah di sini.. rindu plak nak mencoretkan sesuatu.. alhamdulillah sekarang lady dah selamat berhenti kerje.. hehehe~.. mungkin itu jauh lebih baik untuk lady.. ameeennn.. jadi sekarang, mungkin boleh aktif balik dalam dunia blog.. insyaAllah..

Kali ini lady nak berkongsi info berkaitan dengan lidah.. kalau dulu, sewaktu kecik2 (waktu kecik2 je suke g klinik) setiap kali gi klinik, pasti dr akan suruh lady jelir lidah dan letak kayu yg mcm pemegang aiskrim tu.. ingtkan dr nak lihat lidah lady yang terbelah ni~ (lidah lady terbelah kalau makan makanan pedas)

Sebenarnya lidah bukan hanya berfungsi sebagai indera tuk merasa kesedapan makanan atau untuk bercakap semata-mata.. namun fungsi lidah jauh lebih menarik daripada yang itu.. Lidah juga berfungsi sebagai petunjuk kehadiran penyakit yang dideritai oleh badan kita tanpa kita sedari.. 

Menurut pengamal akupuntur dari Chatworth Clinik di London, Steward Trotter, lidah manusia digunakan sebagai alat pengukur kesihatan tubuh dan sudah lama diamalkan dalam dunia perubatan.

Orang yang terkena gejala typhus misalnya, lidahnya menjadi kotor dan keputihan. Lidah yang sihat biasanya berwarna merah segar.

Comel jer lidah kucing ni~
Di bawah ini lady senaraikan perubahan warna pada lidah seseorang pesakit.

~ Hujung lidah berwarna merah menandakan anda sedang mengalami masalah emosi. Merah pada bahagian sisi sahaja atau hujung menandakan anda dalam keadaan marah atau tertekan.

~ Permukaan lidah berwarna coklat adalah tidak berbahaya. Hal ini boleh terjadi kerana penggunaan ubatan seperti antibiotik atau ubat-ubatan lain.

~ Lidah berwarna merah muda dan pucat petanda bahawa tubuh sedang mengalami dehidrasi. Dianjurkan untuk meminum banyak air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

~Warna lidah sedikit keungu-unguan bermaksud badan sedang mengalami kitaran yang tidak seimbang. Tubuh kita memerlukan keseimbangan dari segi pergerakan, pemakanan dan sebagainya untuk menjamin fungsi tubuh dalam berlaku secara normal.

~ Lidah kelihatan putih dan pucat. Anda sedang kekurangan tenaga dan darah (anemia).

~ Bahagian tengah lidah kelihatan pecah atau retak petanda sistem penghadaman atau hati sedang mengalami masalah. (lidah lady mcm ni, tp bila check kat dr, xde lgsg mslh hati, cume masalah penghadaman yang sedikit terganggu).

~ Pecah-pecah dan berwarna putih pada kedua sisi lidah menunjukkan anda kekurangan makanan yang berzat, kurang cairan dalam tubuh untuk membantu metabolisme serta kurang bersukan. 

~ Lidah berwarna kelabu menunjukkan anda sedang diserang batuk dan demam. Keadaan ini disertai dengan batuk berkahak dan sakit kepala. Warna kelabu pada lidah kerana terdapat kahak pada tekak.

~ Permukaan lidah terdapat selaput putih yang tebal berkemungkinan anda mengalami infeksi yang lama kerana gangguan kulat candida albicans.

Di atas ini lady dah senaraikan perubahan yang berlaku pada warna lidah, tetapi bagi lady mungkin juga warna dan keadaan lidah tersebut disebabkan keturunan. Ini kerana, setahu lady lidah lady pecah dan nampak seolah2 terbelah sejak dari lady kecil lagi, mak sedare dan datuk lady pun mempunyai lidah seperti itu. Pecah di tengah2, tapi xdelah sampai terus bercabang mcm lidah ular tu.. hehe..

Rujukan : Buku Ajaibnya Wanita

Isnin, 7 Januari 2013

Majlis Pernikahan/ Persandingan & Outdoor Bagi Pasangan Fatimah Zaharah & Mohd Izuan






























Gambar pengantin ni diambil pada November tahun lepas.. tetapi tak sempat nak upload, maka uploadla thn ni.. hehehe.. Alhamdulillah perniagaan kami semakin hari semakin ok, dan lady sekarang pun dah selamat berhenti kerja secara rasminya.. semoga Alalh membantu mengurniakan rezeki ikut lain plak.. insyaAllah.. ameeennn.. kalian doakan ek..

Kesihatan lady sekarang alhamdulillah.. alahan dah semakin pulih, cuma bau-bauan yg tajam masih belum mampu ditahan.. belakang plak sekarang masih belum sakit lagi walaupun usia kandungan telah melangkaui lima bulan.. tetapi skrg lady masih menggunakan kerusi roda walaupun kaki dah semakin kuat.. semoga semakin baik nanti.. ameeennnn.. doakan ek..