Assalamualaikum.. kalian apa khabar? Lady alhamdulillah sihat sihat sahaja.. Kali ini lady nak ceritekan sal kaki.. hehehe.. Alhamdulillah kite masih ade kaki pemberian Allah, dan kaki itu amanah tuk dijaga sebaik mungkin.. Bukan sahaja perlu dijaga dari segi elakkan mengunjungi tempat2 maksiat, malahan juga dari segi kesihatan kaki..
Bukan ape, tetibe je rase nak ceritekan sal kaki ni sebab ritu time gi gelanggang futsal teman hubby main bola, waktu mereka nak tukar kasut tu mak ai.. xtahan baunye menyengak sangat, nak tutup hidung mcm biadap lak.. huhuhu.. maka tahanlah nafas selagi mampu ditahan. 1st time lady pergi tempat camtu sebenarnye.. hehehe.. pengalaman pertama seumur hidup.. lepas kawin baru dapat tengk camne gelanggang futsal..
Kaki ni bukan sekadar masalah baunye sahaja, kalau tidak dijaga dengan baik, ia mudah tuk diserang kulat.. sesuai dengan kegunaannya untuk menapak dan berpijak di tanah.. maka begitulah masalahnya jika tidak dijaga dengan baik.. Biasanya kita tidak titik beratkan kesihatan kaki, kuku panjang dan kotor pun kite x pernah sedar.. kalau sedar pun buat-buat tak tahu..
Walau bagaimanapun, kaki yang bersih da segar menjadi idaman semua orang.. Kalau kaki asyik gatal jerk, pasti sukar tuk kite buat keje, keyakinan diri pun hilang..
Jika cuaca kering, kaki akan mudah jadi kering dan bakteria mudah tuk menyerang.. Suhu udara yang panas menyebabkan peluh mengalir di celah-celah jari kaki dan ini menggalakkan pembiakan bakteria. Begitu juga tibanya musim banjir, serangan kutu air akibat keadaan kaki yang sentiasa lembab juga turut menyebabkan masalah yang sama..
Ada jugak orang yang suke letak bedak di kakinya.. kononnya tuk elakkan berbau dan supaya peluh terserat.. Menurut pakar kesihatan kaki, perbuatan meletakkan bedak lebih memburukkan keadaan. Seeloknya lebih baik jika kaki disapukan alkohol.
Cara untuk mengatasi masalah kaki berbau ni pelbagai.. ape yang boleh kita lakukan, pastikan kaki sentiasa dalam keadaan kering.. setiap kali mandi, sebelum pakai stokin/kasut.. pastikan di celah-celah jari kaki dilap dengan tuala tuk mengelakkan pembiakan bakteria.
Selain dari itu, pilihlah kasut yang terbuka atau yang mempunyai aliran udara.. pelbagai jenis kasut yang menitik beratkan pengudaraan telah dijual di pasaraya sekarang.. dan kita hanya perlu bijak memilih kasut yang sesuai..
Amalkan juga memakai stokin yang diperbuat daripada kapas yang mudah menyerap peluh, dan basuhlah stokin itu setiap hari atau tukarkan dengan yang lain setiap hari tuk elakkan bau yang kurang menyenangkan.
Kalau balik dari sekolah/ bermain boleh terus jemurkan kasut supaya kasut kering dan bakteria tidak akan mampu membiak lagi.
Hehehe.. dah habis bebel sal kaki berbau.. moga2 lepas pada ni xde lagi bau-bau ni menyerang hidung.. sakit sangat2.. :P
Kaki tu biar bau wangi sokmo.. letak losyen sebelum pakai stokin pun xpe.. tapi cari losyen yang sesuai dengan kaki.. kalau x sesuai nanti semakin menyengat baunye..
p/s : kalau kite cuci bersih2 setiap kali berwhuduk dan keringkan sebelum pakai kasut, insyaAllah kaki xkan berbau..
Terima kasih akak..
BalasPadamsemoga sihat selalu ya akak.. :)
Rasanya kasut punca berbau busuk.
BalasPadamtak bagus juga tu pinjam kasut kawan
BalasPadammana tahu ada penyakit yang berjangkit nanti
kan?
sapa keje spa bab2 urut tu mmg pening ar bau kki org geee
BalasPadamker org tu tgh mabuk tak blh bau sebarangan ..? hiiiii
BalasPadamSENANG CERITA JGN PAKAI KASUT..PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL JER..HEHE
BalasPadamsesetengah orang, kaki dia cepat berpeluh... tu yg berbau kalau terperap seharian dlm kasut
BalasPadamMemang kena basuh stokin je kerap2. Akak pun penah jugak ikut husband gi main futsal. Sama jugaklah. Bila derang nak tukar ke kasut futsal, mak aihh... rasa mcm berapa tahun tak basuh stokin tu. Tapi kan Lady, biasanya kalo kaki berbau atau ketiak berbau ni, org tu sendiri tak perasan kan?
BalasPadamkadang2 xtahan juga bau kaki ni..
BalasPadamthankz, tips berguna..
ehehehee
thnx for the tips. btw akak kata jadikan ruangan komen "pop up" cket. macam mana ea? :)
BalasPadamAssalamualaikum Lady
BalasPadamAlhamdulillah
Lady dlm keadaan sihat
terima kasih tips ini
Tips berguna.bagus!Blog yang menarik!
BalasPadamTerima kasih atas tipsnya!
BalasPadam