Jumaat, 7 Disember 2012

Bahaya Terpercik Air Liur

Tadi lady baru je terbaca kisah bahaya air liur.. ingatkan air liur kucing ke.. anjing ke.. babi ke.. rupe2nye air liur manusia.. huhuhu.. Bahaya air liur ni.. kene sentiasa berhati2.. Terutamanya ngn org yang bercakap sampai terpercik air liurnye.. hehehe~

Lady copy paste je artikel ni dari facebook.. xjumpe penulis asal pun.. kalau ade sesape yg rs ni artikel die, jgn segan2 bagitahu lady yer.. nanti lady bagi rujukan pada blog anda.. hehehe~.. Lady xde idea nak menulis sekarang.. otak kurang oksigen.. alahan lady dah semakin baik.. skrg dah masuk usia kandungan 4 bulan.. lady terpaksa ambik cuti tanpa gaji.. :) xpelah.. asalkan lady dan baby sihat.. bukan senang nak dapat baby.. huhuhu.. 

Sekarang ni lady batuk.. dah dua hari.. masalahnye lady x reri nak buang kahaknye.. dari lady muda sampai tua x reti nak buang.. huhuhu.. tu yang lambat baik.. lady lak takut nak makan ubat batuk.. boleh ke pregnant makan ubat batuk? huhuhuhu..

Xnak merepek dah.. ni artikel yang lady cakap tadi.. tentang masalah air liur tu.. moga2 lady bukan pembawanya.. bila baca macam takut lak nak g jumpe org.. pakai purnah mungkin salah satu alternatif tuk elakkan daripada terjangkit tanpa disedari..

.................................................................................................



Adakah anda mengalami batuk berterusan melebihi dua minggu diikuti demam serta berpeluh pada sebelah petang dan malam, susut berat badan, hilang selera makan dan mudah letih?

Jika ya, anda mungkin dijangkiti penyakit tibi.

Mereka yang mengalami simptom di atas dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan lanjut dengan membuat ujian kahak di klinik atau hospital.

Tindakan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anda malah dapat mengelak penyakit itu daripada merebak dan menjangkiti orang tersayang.

Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Prof. Madya Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, batuk sebenarnya sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting.

Ia cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara, katanya.

Justeru seseorang perlu berjumpa doktor jika batuk berpanjangan melebihi tiga minggu sehingga sesak nafas, mengalami kesakitan teruk atau pengsan.

Anda perlu risau jika batuk anda semakin teruk sehingga membawa kepada masalah lain seperti muntah darah dan sukar tidur malam.

Jika masalah itu berlaku, anda bukan lagi mengalami batuk biasa sebaliknya mungkin menghidap tibi.

Menurut Dr. Nor Adina, tibi atau nama saintifiknya Mycobacterium tuberculosis berpunca daripada kuman yang merebak melalui udara hasil titisan oleh penghidap penyakit tibi aktif.

Tambahnya, tibi boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti selsema.

Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam.

"Bakteria tibi boleh masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru.

Bayangkan seseorang itu boleh dijangkiti apabila penghidap tibi yang batuk, bersin, ketawa atau bercakap terpercik air liur," katanya.

Oleh itu, Dr. Nor Adina menasihatkan orang ramai menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

"Malangnya tidak ramai mengikut saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan," jelasnya.

Lebih menakutkan, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa individu itu menyedari yang dia ialah pembawa kuman.

Dalam keadaan ini, dia bukan pesakit tetapi boleh menjangkiti orang di sekeliling khususnya warga emas dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera.

Bukan hanya paru-paru, tibi juga boleh menyerang bahagian anggota badan yang lain.

15 ulasan:

ctpayong berkata...

assalamualaikum wbt.
- tahniah > jaga kandungan.
- betol tu dan sekarang sedikit demi sedikit kita nampak pemakaian islam itu praktikal.
- last but not least, doctor pernah nasihatkan supaya dapatkan rawatan dengan segera sekiranya kita alami batuk/demam selepas balik bercuti especially dari oversea.

sekarang kakCT tahu kenapa...
TQ lady!!!

Muhammad Naim Abdullah berkata...

satu info yang baru bagi naim.hehe

;)

http://pemudattbc.blogspot.com/2012/12/ustaz-azhar-idrus-soal-jawab-di.html

~CAHAYA~ berkata...

lady, try tahan2 nak batuk smpi satu ketika nak sgt batuk pastu kta akn terbatuk kuat2, inSyaAllah kahak akn kuar....klu mcm k.yati, k.yati xlarat nk batuk kuat2, jd kahak k.yati pn pyh nk kuar jugak...jd k.yati wt mcm tu la, tahan dan skali batuk biar kuat inSyaAllah dia kuar...

oh ye, lady jgn mkn ubat batuk, ubat batuk utk tahan jgn batuk lg la kahak xkuar n paru2 xbersih...lady mkn madu, inSyaAllah madu menggalakkan kta utk batuk supaya kahak kuar n paru2 bersih...secara natural lady jgn risau klu batuk tidak melebihi dua mgu...pas dua mgu klu xsembuh bru g jumpe dokte...:)

Tie HT berkata...

as salam

bahaya kan tb..org kata kena bukak tingkap luas2 bagi udara masuk dlm rumah..bila ada pesakit tb..nauzubillah

Cik Kay Jue berkata...

wow.. bahaya juga ea air liur org sakit tibi... thnks for sharing.. :)

CIK TOM berkata...

alhamdulillah ciktom sihat..harap lady pun sihat hendaknya ye..jg diri n kndgn baik2...ciktom duk area rusila tue guna broadband celcom..laju je..hee

akubiomed berkata...

Memang betul batuk dan bersin adalah mekanisma tindak balas badan untuk mengeluarkan anasir yang mengancam kesihatan sebab itu kalau bersin dan batuk perlu tutup mulut.

LydSunshine berkata...

Salam lady. Bahayanya kuman TB ni. Kalau org tu tak sakit TB pun boleh jadi dia ada jugak kuman TB tu ek dlm badan dia. Takutnyaaa... Akak masa preknen ni ari tu ada skali kena batuk. agak teruk. 3 hari akak MC. Boleh makan ubat batuk. Doktor kata kalo nak beli ubat batuk, beli yang tidak mengandungi Codein. Ntah le apa benda tu. Tapi lebih elok dapatkan nasihat doktor kalo nak makan. Kalo makan yang boleh sebabkan mengantuk, nanti baby pun mesti tidur jugak. kekeke. Semoga lady cepat sembuh ye. Akak masa batuk tu, mmg seksa gile. Nak kontrol perut lagi. Pastu nak kontrol daripada termuntah lagi. Pastu terekncing lagi. Huuu..huu. dugaan sgt.

Shyrazrul berkata...

Assalamualaikum kak lady !! Waaahhh.. 4 months sudah ? Alhamdulillah .. hehe.. haritu saya ada symptom Tibi tau. Alhamdulillah doktor confirmkan tak ada.. symptom tu je .. tapi lepas ni kena lebih berhati-hati.. Kak Lady jaga diri dan baby ye ? xD

tehr berkata...

memang perlu sentiasa berhati-hati
lagi pun geli la kalau terpercik ke dalam makanan atau minuman

nohas berkata...

Bahaya juga batuk2 berterusan ni..

Bunda_nora berkata...

salam kenal dari bunda, harap2 lady dan kandungan juga sihat..gud info, tksh..

Telor Power berkata...

tapi setahu saya kurand dari 2 saat jika air liur yg terkeluar dari mulut kita secara automatiknya dia teroksida akibat terkena udara.

dan apa yg lady sampaikan itu juga betul

agar kita sentiasa berwaspada selalu

zool berkata...

oo bahaya tu.. kena berhati-hati ni

faris berkata...

bila dah kena tb..kena makan ubat berterusanlah...dapatkan suntikan berpuluh puluh jarum...bukan nak takutkan tapi memang kenyataan..berhati hati semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...