Selasa, 30 Oktober 2012

Kepentingan Debu Kepada Alam

Kita sedar bahawa abu atau debu yang berlebihan di dalam alam boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita.

Bukan sekadar memberi masalah kepada kesihatan malahan juga kepada kebanyakan peralatan yang kita gunakan pada waktu sekarang boleh rosak disebabkan oleh debu.

Zarah-zarah debu di dalam udara adalah berbentuk partikel yang halus dan kebanyakannya hanya boleh dilihat melalui mikroskop dan semuanya boleh diterbangkan oleh angin.

Partikel yang lebih berat akan jatuh ke bumi dan yang kecil2 akan terus terapung di udara dan hanya akan turun ke bumi apabila hujan turun.

Debu terdiri daripada berbagai-bagai jenis partikel. Antaranya termasuklah karbon hasil daripada pembakaran, tar dan asap, cebisan kecil batu batan daripada tindakbalas semulajadi alam (luluhawa, angina, banjir), letupan gunung berapi atau lombong batu, partikel meteor dari angkasa lepas, bahagian tumbuhan seperti debunga dan spora, garam dari percikan ombak laut dan cebisan daripada bahagian badan haiwan seperti bulu, najis, serta kulit.

Manusia juga turut menyumbangkan kehadiran debu di alam ini. Kebanyakan debu yang terdapat di dalam rumah kite turut terdiri daripada sel-sel kulit manusia yang mati. (40.000 sel kulit per minit) 

Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap apa yang diciptakan itu berguna untuk kehidupan kita. Walaupun hanyalah sekadar debu yang pada pandangan kasarnya hanyalah mendatangkan keburukan semata-mata.


Sebaliknya Allah merencanakan suatu kebaikan dengan penciptaan debu untuk kepentingan kita.

Keindahan langit pada waktu senja dan waktu pagi merupakan suatu pengurniaan daripada Allah untuk kita semua menikmati dan bersyukur kepada-Nya.

“…dan Kami telah menghiaskan langit itu bagi orang-orang yang memandangnya.” [Q15;16)

Kalau atmosfera di dunia ini langsung tidak berdebu, kita tidak akan dapat menikmati keindahan cahaya langit kemerah-merahan pada waktu senja atau semasa fajar menyinsing pada waktu subuh.

Cahaya daripada matahari dipantulkan oleh partikel debu di dalam atmosfera. Gelombang cahaya biru yang pendek diselerakkan lebih banyak daripada cahaya merah. Ini menyebabkan langit kelihatan biru pada siang hari.

Pada waktu senja, langit kelihatan merah kerana gelombang cahaya merah amat panjang dan tidak banyak diselerakkan.

Pada waktu Subuh, kira-kira lapan minit selepas matahari terbit di kaki langit, kita barulah menerima cahaya daripada matahari. Ini kerana cahaya bergerak selaju 299, 792.5 km/saat. Cahaya pagi ini terus dipantulkan oleh partikel debu di dalam udara.

Warna langit subuh atau senja adalah bergantung kepada kuantiti debu di dalam udara yang tinggi.

Hal ini disebabkan oleh perbezaan pada kadar cahaya putih diselerakkan.

Cahaya putih mengandungi tujuh gabungan warna yang mempunyai gelombang yang berbeza.

Contohnya cahaya gelombang biru adalah pendek dan mudah diselerakkan oleh debu di udara, manakala cahaya merah bergelombang panjang dan kurang diselerakkan semasa Subuh atau senja.

Selain daripada itu, kehadiran wap air/ hujan di atas muka bumi ini juga disumbangkan oleh kehadiran debu di persekitaran.

Setiap pagi kita pernah nampak air embun membasahi daun atau bumbung kereta kita sebab wap air yang terdapat di udara telah terpeluwap pada permukaannya.

Kadang2 kita juga nampak kabus terapung-apung di udara dekat muka bumi.

Ini adalah disebabkan oleh wap air yang terpeluwap pada permukaan zarah-zarah debu. Setiap titis air hujan yang turun beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel2 debu.

“.. bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antaranya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah menurunkan ais dari langit.” [Q24:43]

Setiap titis air hujan yang turun beransur-ansur dibawa ke bawah oleh partikel-partikel debu.Kalau tiada debu ini, hujan akan turun mencurah-curah dan menbanjiri bumi serta merta.

Begitu hebatnya Allah, Dia tidak pernah pun menciptakan dan menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Walaupun pada pandangan kita debu hanyalah sesuatu yang remeh dan tidak berguna, tetapi hakikat kebenarannya hanyalah Allah yang Maha Mengetahui hikmah penciptaan debu. Dan dia menganurahkan kita akal untuk berfikir tentang setiap kejadianNya, dan memberikan kita kitab panduan Al-Quran sebagai pedoman kepada akal kita supaya tidak terpesong daripada jalan yang disyariatkan.

[LadyBird's Life]

29 ulasan:

Iman Nur Aima berkata...

SubhanAllah...baru tau :)

:: hayati :: berkata...

Allah jdkn sesuatu itu tidak sia2...contohny cicak yg kta benci sbb berak merata2, antara hikmahny Allh jdkn cicak utk mjd penyebab kta mdpt pahala...:)

Telor Power berkata...

baru tahu....

tahniah ladybird
fakta dan info ini buat aku kagum, taksangka peranan debu begitu

nohas berkata...

SubhanAllah..thanks for sharing this info.

Mario berkata...

thanks...

Unknown berkata...

ALAMAK,BARU SEMALAM KAK BUI BISING2 PASAL DEBU KAT RUMAH..BARU SAPU PAGI,PTG DH BERDEBU BALIK..HUHUHU

LydSunshine berkata...

Subhanallah MasyaAllah Lady, akak tak pernah terfikir langsung pasal debu ni. Betul juga kan... Kalau takde debu, tentu alam ini tidak seindah yang kita lihat sekarang.

So, lady cemana skrg? Sihat? Ada alahan?

Fiza Rahman berkata...

Good info. Thanks for sharing.

Shasha Mohamed berkata...

Nice posting/entry. Saya suka.
Ini pertama kali saya datang sini. Saya suka la. Lain kali nak datang lagi boleh?

JebengOtai™ berkata...

mmg kita dpt belajar sesuatu dgn setiap kejadian di alam ni.. :)

ieja amieja berkata...

info yg bagus utk dikongsi bersama..
lady sihat ke??

Tie HT berkata...

as salam

sebab tu lah setiap perkara tu ada hikmah kan..tanda kebesaran Allah s.w.t :)

Kancil 8349 berkata...

terima kasih

aliza berkata...

info yang berguna... setiap kejadian tu ada fungsi dan peranan masing2, bukan dicipta sia2 sahaja kan...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Subhanallah...

blog-tips-kurus berkata...

untuk tayamum.. :)

ghost berkata...

dan tak sia-sia aku mengetahui tentang perihal debu-debu ni.

dwatyKNY berkata...

ALLAH MAHA BESAR... baru tahu info ni... thankz lady...

Ckin Kembaq berkata...

tiap yg jadi tu ada hikmah dan peranannya. =)

Unknown berkata...

Ya Allah...saya baru tahu....jahat betul saya selama ini selalu memarahi debu huhuhu.....

Unknown berkata...

gambaq pemandangan yg kat tengah post tu memang lawa gila...

kumanx.blogspot.com

AmmarAiman berkata...

Terima kasih kerna sentiasa mengikuti blog AmmarAiman..

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady


terima kasih

donnyien berkata...

hai sweetlady, terima kasih di atas perkongsian ini.. menarik sekali. manusia ni ibarat macam debu sahaja pada pandanyanNya, hidup hanya sementara namun Tuhan tetap sayang akan kita semua..

Rashid berkata...

assalam ..

hmm hmm .. itulah kekuasaanNya .. apa jua ciptaan dan kejadian tersembunyi begitu besar hikmahNya ..

sudipVSsenduk berkata...

indahnya... tak pernah terfikir

Semut Senyum berkata...

Allah tak kan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.. betol la... Subhanallah.. hebatnya ciptaan Allah...

ctpayong berkata...

assalamualaikum wbt

dan sesungguhnya begitulah...tiada satu pun cintaanNya itu sia-sia melainkan semporna.

Padin berkata...

emmm tak pernah terfikir plak, betul juga ya kalau hujan tidak menitis dan turun sekaligus, mmg banjir serta merta la jawabnya... TQ infonya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...