Rabu, 12 September 2012

Perempuan Untuk Lelaki

Assalamualaikum.. ♥ Semoga sihat walafiat sokmo.. ameeennn.. kepada yang baru mendirikan rumahtangga.. tahniah lady ucapkan.. begitu juga bagi yang baru menimang cahaya mata.. lady doakan menjadi anak yang solehah dan soleh semua.. pejuang agama, bangsa, dan negara.. Ameeennn.. Kepada yang telah lama berkahwin, selamat pengantin lama.. semoga semakin bahagia dari hari ke hari.. ameeennn.. Insya-Allah..

Kali ini lady teruja sangat untuk berkongsi ilmu daripada buku yang lady duk baca sekarang.. Buku Permata Yang Hilang.. Lady segan nak tuliskan nama buku ini memandangkan isi kandungannya terlalu kedewasaan.. Lady yakin sudah ramai yang mendalami kandungannya, namun begitu agak jarang yang membacanya dari kulit ke kulit termasuk penghargaan daripada penulis.. Bagi lady banyak maklumat yang boleh didapati daripada ulasan, pengenalan dan mukaddimahnya sekali. 

 Kali ini lady nak mengambil satu subtopik daripada mukaddimahnya yang bertajuk Perempuan Untuk Lelaki. Menurut sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di Syurga, baginda melihat bahawa setiap makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Maka timbulkan keinginan baginda untuk mendapat teman pasangannya. 

Allah swt. mengetahui isi hati Adam as. lalu diciptakan Hawa sebagai teman penghibur Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Fungsi sebenar perempuan diciptakan ialah untuk memberi kesenangan kepada kaum lelaki.

Wanita diperlukan oleh lelaki bagi menunaikan fitrah biologi. Nafsu yang diciptakan Allah kepada kita perlu disalurkan  kepada tempat yang wajar. Maka lelaki sanggup berusaha mendapatkan isteri halal tempat penghibur hati. Rugilah isteri jika dia lebih mementingkan kerja dari suami kerana ganjaran pahala melayani suami adalah besar dan melimpah.

Keinginan lelaki pada perempuan lebih besar dari keinginan perempuan kepada lelaki. Sebab itu kaum perempuan wajib menutup aurat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang buruk. Ciri pakaiannya ialah saiznya besar dan labuh, tidak menampakkan lekuk-lekuk badan, berwarna suram dan bebas daripada bauan harum. Aurat hanya boleh dilihat oleh suami, dan bauan hanya boleh dipakai untuk suami.

Perempuan diciptakan untuk kesenangan lelaki. Ini menjadikan satu lumrah bahawa lelaki yang biasanya mendahului untuk mengenali perempuan sedangkan perempuan menunggu-nunggu agar lelaki berminat mengenali lantas melamarnya. Sejak dari zaman dahulu, perempuan diibaratkan sebagai bunga, dengan seri mekarnya sementara lelaki sebagai kumbang mencari-cari bagi menghisap madu bunga. Atas lumrah ini, maka setiap lelaki dan wanita patut berhati-hati dalam berkenalan agar tidak terpesong ke kancah maksiat dan kehinaan.

Adat kesopanan Melayu yang sedia ada serta ajaran Islam membantu kaum lelaki dan perempuan dalam hal berkenalan secara yang baik dan bersopan. Ibu bapa Melayu lebih suka jika lelaki yang berminat melamar datang sendiri ke rumah agar mereka dapat berkenalan dengan bakal menantu. Mendatangi rumah ibu bapa wanita adalah tindakan sopan dan sifat jejaka sejati. Ibu bapa tidak suka jika anak perempuan mereka dibawa ke mana-mana dengan bebas tanpa pengetahuan mereka kerana kesannya amat buruk kepada nama baik keluarga dan keselamatan seorang perawan.

Jika lelaki berminat terhadap seorang perempuan, tindakan untuk membawanya berjalan atau 'dating' bukanlah suatu tindakan yang bijak menurut adab kesopanan agama dan bangsa. Ia juga bukan ciri-ciri jejaka yang berani dan bertanggungjawab. Lelaki patut berbincang dengan keluarganya sendiri mengenai perempuan yang ingin dilamar. Dengar nasihat orang tua, kemudian mereka akan membantu dengan senang hati dan matang.

p/s : Tetapi adakah isteri tetap dipersalah jika tidak menjadi isteri yang didambakan suami?

20 ulasan:

JebengOtai™ berkata...

jodoh itu ditentukan oleh tuhan..pasti ade sbbnya mengapa kita ditemukan dengan pasangan..xleh lah persalahkan isteri jika tidak menjadi isteri yang didambakan suami..

Iman Nur Aima berkata...

setuju..no more dating for me :p

LydSunshine berkata...

Lady, kalau lelaki ajak pompuan keluar tu tak sopan kan? Tapi kdg2 akak lagi tak faham dengan ibu bapa yang beri keizinan dan siap beri galakan lagi utk anak pompuan dia pegi dating dgn lelaki. Itu lagi la membuatkan kita speechless.

Lady, insyaAllah nanti akak join page Lady. Aka pun berdoa agar kita dapat bertemu dan berkenal-kenalan nanti. Kalau ada kawan2 akak di Tgnu atau Kelantan yg perlukan perkhidmatan jurugmbr, insyaAllah nnt akak suggest utk ke page Lady.

dwatyKNY berkata...

susahnya nak jumpa lelaki yang minta izin mak ayah kita kalau nak bawa kita kuar...

Nurul Says berkata...

hmm susah soalan tu.. rasanya ukur baju di badan sendiri kot..kalau diri sang suami pun tak sesempurna mana..tak sesuai kot nak expect isteri yang sempurna sangat..hehehe

tehr berkata...

lelaki dan wanita saling memerlukan

tetiba teringat kali pertama pergi sorang2 ke rumah bakal mertua
rasanya muka aku pucat gak la masa tu
haha

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Mengasihi seorang wanita itu dengan menjaganya dari perbuatan yang dilarang dan ditegah syariat bukan memimpinnya ke arah kemaksiatan.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

ouh sebab itu lelaki lsgi cenderung menekel perempuan ye.

akubiomed berkata...

Pasangan muda belum ada ikatan yang sah sudah berpegangan tangan dan berkepit.

Maiyah berkata...

apapun saling memerlukan ;)

cik jannah berkata...

lady. mestila perempuan utk lelaki. itu satu fitrah. so, selagi masih ada rasa terhadap lain jantina, alhamdulillah. normal. heee.

teha berkata...

lelaki yg baik utk perempuan yg baik kan :)

Tie HT berkata...

akak tertarik dengan satu statement dalam artikel Allah memberi jodoh mengikut tahap keimanan seseorang dan tahap ia membaiki dan muhasabah diri...banyak maksud tersirat ..nice en3

~CAHAYA~ berkata...

best isi kandungn buku tu, share la lg yg seterusny lady...huhu

ewanthology berkata...

hurmm...ramai wanita mendambakan lelaki yang baik, tetapi adakah wanita itu sendiri sudah menjadi yang terbaik?

insan marhaen berkata...

terus terang, walaupun ibu_suri tidak seperti isteri yang IM harapkan namun IM tetap terima dia seadanya dan setia hingga kini kerana IM pun tahu IM juga tidak sehebat mana.

Telor Power berkata...


perempuan yg baik utk lelaki yg baik.


NEDI ARWANDI berkata...

untaian kata yang menyejukkan,
rangkaian kalimat dengan dorongan syar'i untuk kaum lelaki dan perempuan dalam bergaul dan bermu'asyarah..semoga ukhti dilimpahi kebahagiaan dalam berkeluarga dibawah naungan ridho-Nya

Unknown berkata...

buku tu utk org yg da kawin je kan..pernah gak dgr pasal buku ni..tp content nya tak tau..ehehe..

Unknown berkata...

saya berkenalan selama 28 hari dan terus dilamar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...