Sabtu, 8 September 2012

Asal Usul Bangsa Melayu

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih diberi nafas tuk berkongsi ilmu di sini.. Kali ini lady terjumpa suatu artikel dalam sebuah buku, andai lady sebut buku itu di sini pasti semua orang akan kenal. Sebuah buku yang sangat dikenali ramai.. Tetapi lady xnak sebut buku tu.. memadailah bagi mereka yang mengetahuinya.. lady pun belum khatam lagi buku ni.. just baca tuk mendapatkan ilmu.. semoga memberi manfaat tuk semua.. insya-Allah.. ameeennn..

Kali ini berkaitan dengan sejarah.. dulu lady x pandai matapelajaran sejarah.. sukar tuk diingati berbanding matapelajaran sains yang memadai dengan memahami dan menghayati dengan kehidupan.. entah macamana terminat plak tuk mengetahui asal-usul kite..

Istana Kesultanan Melayu Melaka
 Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., ia menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejaran Islam terkenal di zaman lampau. Menurut beliau, bangsa Melayu merupakan Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s. melalui isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke Timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke Timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat daripada pelbagai sebab. Menurut buku ini, bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan sebuah gunung dengan nama Gunung Himalaya yang bermaksud Gunung Melaysu dalam Bahasa Sanskrit. Peristiwa ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung tersebut telah berpindah ke Selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di Tanah Besar China serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di Selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Kisah ini merupakan kisah perpindahan melalui jalan darat.

Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja bernama Mus, belayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan baginda bersama rombongannya berdasarkan nama sebuah sungai iaitu Sungai Musi yang bermakna Sungai Mus Punya.

Dipercayai bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar, iaitu Bangsa Arab melalui anaknya yang bernama Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu (Bani Jawi) daripada keturunan anak Baginda menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari dahulu lagi, orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui pelbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya juga telah menganut pelbagai jenis agama bermula dari agama nabi Ibrahim, Hindu, Budha, Kristian, dan Islam. Maka kebanyakan ilmu masyarakat Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa Cina, India, dan Jepun. Maka tidak hairanlah jika budaya kita, adat kita dan tatacara kehidupan kita bersilang antara satu sama lain.

Ini merupakan sedikit salasilah bangsa Melayu, mungkin boleh dibuat rujukan. Andai terdapat info yang lain, mohon tuk dinyatakan, mungkin lady boleh tambah2 di sini andai terdapat sumber yang sahih berkaitan dengannya.

Fakta dipetik dari Buku PYH

22 ulasan:

NEDI ARWANDI berkata...

pengetahuan yang langka,
ana juga baru tahu lewat blog ladybird,
terima kasih telah berbagi pengetahuan dan wawasannya...

Maiyah berkata...

trm ksh info ni

ZWAN SABRI berkata...

owhhh.. baru taw asal usul melayu.. thanks for da info.. :)

Adry@Daun berkata...

As salam Lady,
Perkongsian ilmu yg menarik. Tak ramai yg tahu mengenainya.

ummiross berkata...

Terima kasih berkongsi info, menarik sekali!

tehr berkata...

belum pernah baca kisah asal usul bangsa melayu ni
terima kasih kerana berkongsi di sini

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Thanks for sharing..

LydSunshine berkata...

lady, akak pun sama mcm awak. Dulu masa skolah, subjek sejarah adalah subjek tido sedunia. Tak minat langsung. Boring. Pastu skrg ni baru la rasa nak tau apa yang dah terjadi dulu2. Dan baru la rasa sejarah tu penting. Apa2pun sejarah ni sebenarnya kita kena faham jalan cerita dia. Baru la betul. Kalo masa skolah dulu, hafal. Tapi apa pun tak faham.

ieja amieja berkata...

baru tau..
thanx dear..

nazira berkata...

Nice sharing.. TQ..

http://ruangannazira.blogspot.com/

dwatyKNY berkata...

nice info lady... baru tahu...

i love sejarah.... my fav subject... hehehe

insan marhaen berkata...

Maknanya Melayu ini bukan ada kat Malaysia aje. Ia juga ada di merata-rata.

ghost berkata...

1st time tahu tentang sejarah nih setelah begitu banyak versi asal melayu nih ditulis dan direkodkan.

ismi nurash berkata...

nice sharing..terima kasih di ats perkongsian ini.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

nice info ni...baru tahu :)

Reena Sidek berkata...

ooo..... dr situ asal kita melayu ni yer.... tq....:)

Tie HT berkata...

nice info lady ,tq :)

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih Lady atas perkongsian. Sejujurnya ni first time saya tahu ttg fakta ini...

NUR berkata...

terima kasih info ni... sebelum ni taktau pun..

Hazmin Hamudin berkata...

Info yang menarik ni.. Baru tahu asall usul bangsa melayu tu.

vendoline berkata...

rasa mcm blaja sej balik.hehehe

Cikgu Ma berkata...

terima kasih kak for sharing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...