Ahad, 30 September 2012
Rabu, 19 September 2012
FNZ Studio Menawarkan Pakej Istimewa
Assalamualaikum para sahabat semua.. ♥ Semoga kalian sihat walafiat semua..
Buat pengetahuan sahabat semua, lady dah memulakan business fotografi lady yang diberi nama FNZ, iaitu gabungan nama lady dan hubby. Ini page yang lady dah create FNZStudio. Alhamdulillah setakat ini baru dapat beberapa tempahan untuk perkahwinan dan pertunangan. Agak kurang tapi syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya ada. Mungkin adat sesebuah perniagaan, mula dengan sedikit dahulu, nanti kalau kene dengan usaha dan doa pada Yang Maha Kuasa InsyaAlalh akan semakin baik. Lady harap sangat sokongan daripada sahabat semua tuk like page lady ni, dan kalau ade sesape yang memerlukan perkhidmatan fotografer, rekemenkan lady ek.. hehehe..
Kalau ade kesudian, mohon tunjuk ajar daripada semua sahabat. Kami ni budak baru belajar tentang business, nak promot pun x pandai, nak bercakap pun lagilah x reti. Tak tahu nak takle hati pelanggan supaya yakin dengan keupayaan kami.. kalau ade sebarang tips mohon tuk dikongsikan ek..
Ini gambar sahabat lady yang baru bertunang baru2 ini. Lady kongsikan di sini ek, tuk yang lebih banyak clicklah perkataan FNZStudio yang kat atas tu, nanti die akan terus ke page lady. Tq Korang semua.. mohon support dan doanye yer.. ♥ Oh ye, pakej yang paling murah yang kami tawarkan sebanyak RM350. Siap dengan perkhidmatan editing lagi.. ♥
Isnin, 17 September 2012
Penggunaan Tangan Kanan bagi Manfaat Otak Kiri
Kenapa Rasulullah anjurkan kita makan dengan menggunakan tangan kanan?
Rasulullah saw. menganjurkan supaya kita melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan kanan. Tangan kanan sebenarnya menjadi anggota tubuh yang dominan dalam adab-adab Islam. Selain memasuki tandas dan beristinjak, Rasulullah sentiasa menganjurkan penggunaan tangan kanan.
Saranan Rasulullah dalam konteks penggunaan tangan kanan ini ada relevennya. Otak sebelah kiri adalah sumber aliran saraf motor anggota-anggota badan sebelah kanan termasuklah tangan kanan. Otak sebelah kiri sudah dikenal pasti sebagai bahagian otak yang menggunakan kemampuan analitis dan rasional.
Manakala otak sebelah kanan digunakan bagi 'merasa' ekspresi, naluri dan kreativiti. Makan dengan menggunakan tangan kanan dapat diertikan sebagai makan dengan penuh pertimbangan dan rasional serta tidak berlebih-lebihan. Ini melibatkan analisis kritikal kepada manfaat makanan yang dimakan.
Rabu, 12 September 2012
Perempuan Untuk Lelaki
Assalamualaikum.. ♥ Semoga sihat walafiat sokmo.. ameeennn.. kepada yang baru mendirikan rumahtangga.. tahniah lady ucapkan.. begitu juga bagi yang baru menimang cahaya mata.. lady doakan menjadi anak yang solehah dan soleh semua.. pejuang agama, bangsa, dan negara.. Ameeennn.. Kepada yang telah lama berkahwin, selamat pengantin lama.. semoga semakin bahagia dari hari ke hari.. ameeennn.. Insya-Allah..
Kali ini lady teruja sangat untuk berkongsi ilmu daripada buku yang lady duk baca sekarang.. Buku Permata Yang Hilang.. Lady segan nak tuliskan nama buku ini memandangkan isi kandungannya terlalu kedewasaan.. Lady yakin sudah ramai yang mendalami kandungannya, namun begitu agak jarang yang membacanya dari kulit ke kulit termasuk penghargaan daripada penulis.. Bagi lady banyak maklumat yang boleh didapati daripada ulasan, pengenalan dan mukaddimahnya sekali.
Kali ini lady nak mengambil satu subtopik daripada mukaddimahnya yang bertajuk Perempuan Untuk Lelaki. Menurut sejarah penciptaan Hawa, ketika Nabi Adam a.s tinggal di Syurga, baginda melihat bahawa setiap makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Maka timbulkan keinginan baginda untuk mendapat teman pasangannya.
Allah swt. mengetahui isi hati Adam as. lalu diciptakan Hawa sebagai teman penghibur Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya." Fungsi sebenar perempuan diciptakan ialah untuk memberi kesenangan kepada kaum lelaki.
Wanita diperlukan oleh lelaki bagi menunaikan fitrah biologi. Nafsu yang diciptakan Allah kepada kita perlu disalurkan kepada tempat yang wajar. Maka lelaki sanggup berusaha mendapatkan isteri halal tempat penghibur hati. Rugilah isteri jika dia lebih mementingkan kerja dari suami kerana ganjaran pahala melayani suami adalah besar dan melimpah.
Keinginan lelaki pada perempuan lebih besar dari keinginan perempuan kepada lelaki. Sebab itu kaum perempuan wajib menutup aurat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang buruk. Ciri pakaiannya ialah saiznya besar dan labuh, tidak menampakkan lekuk-lekuk badan, berwarna suram dan bebas daripada bauan harum. Aurat hanya boleh dilihat oleh suami, dan bauan hanya boleh dipakai untuk suami.
Perempuan diciptakan untuk kesenangan lelaki. Ini menjadikan satu lumrah bahawa lelaki yang biasanya mendahului untuk mengenali perempuan sedangkan perempuan menunggu-nunggu agar lelaki berminat mengenali lantas melamarnya. Sejak dari zaman dahulu, perempuan diibaratkan sebagai bunga, dengan seri mekarnya sementara lelaki sebagai kumbang mencari-cari bagi menghisap madu bunga. Atas lumrah ini, maka setiap lelaki dan wanita patut berhati-hati dalam berkenalan agar tidak terpesong ke kancah maksiat dan kehinaan.
Adat kesopanan Melayu yang sedia ada serta ajaran Islam membantu kaum lelaki dan perempuan dalam hal berkenalan secara yang baik dan bersopan. Ibu bapa Melayu lebih suka jika lelaki yang berminat melamar datang sendiri ke rumah agar mereka dapat berkenalan dengan bakal menantu. Mendatangi rumah ibu bapa wanita adalah tindakan sopan dan sifat jejaka sejati. Ibu bapa tidak suka jika anak perempuan mereka dibawa ke mana-mana dengan bebas tanpa pengetahuan mereka kerana kesannya amat buruk kepada nama baik keluarga dan keselamatan seorang perawan.
Jika lelaki berminat terhadap seorang perempuan, tindakan untuk membawanya berjalan atau 'dating' bukanlah suatu tindakan yang bijak menurut adab kesopanan agama dan bangsa. Ia juga bukan ciri-ciri jejaka yang berani dan bertanggungjawab. Lelaki patut berbincang dengan keluarganya sendiri mengenai perempuan yang ingin dilamar. Dengar nasihat orang tua, kemudian mereka akan membantu dengan senang hati dan matang.
p/s : Tetapi adakah isteri tetap dipersalah jika tidak menjadi isteri yang didambakan suami?
Sabtu, 8 September 2012
Asal Usul Bangsa Melayu
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah masih diberi nafas tuk berkongsi ilmu di sini.. Kali ini lady terjumpa suatu artikel dalam sebuah buku, andai lady sebut buku itu di sini pasti semua orang akan kenal. Sebuah buku yang sangat dikenali ramai.. Tetapi lady xnak sebut buku tu.. memadailah bagi mereka yang mengetahuinya.. lady pun belum khatam lagi buku ni.. just baca tuk mendapatkan ilmu.. semoga memberi manfaat tuk semua.. insya-Allah.. ameeennn..
Kali ini berkaitan dengan sejarah.. dulu lady x pandai matapelajaran sejarah.. sukar tuk diingati berbanding matapelajaran sains yang memadai dengan memahami dan menghayati dengan kehidupan.. entah macamana terminat plak tuk mengetahui asal-usul kite..
Istana Kesultanan Melayu Melaka |
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., ia menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejaran Islam terkenal di zaman lampau. Menurut beliau, bangsa Melayu merupakan Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s. melalui isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke Timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke Timur.
Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat daripada pelbagai sebab. Menurut buku ini, bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan sebuah gunung dengan nama Gunung Himalaya yang bermaksud Gunung Melaysu dalam Bahasa Sanskrit. Peristiwa ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung tersebut telah berpindah ke Selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di Tanah Besar China serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di Selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Kisah ini merupakan kisah perpindahan melalui jalan darat.
Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja bernama Mus, belayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan baginda bersama rombongannya berdasarkan nama sebuah sungai iaitu Sungai Musi yang bermakna Sungai Mus Punya.
Dipercayai bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar, iaitu Bangsa Arab melalui anaknya yang bernama Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu (Bani Jawi) daripada keturunan anak Baginda menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari dahulu lagi, orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.
Bangsa Melayu telah melalui pelbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya juga telah menganut pelbagai jenis agama bermula dari agama nabi Ibrahim, Hindu, Budha, Kristian, dan Islam. Maka kebanyakan ilmu masyarakat Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa Cina, India, dan Jepun. Maka tidak hairanlah jika budaya kita, adat kita dan tatacara kehidupan kita bersilang antara satu sama lain.
Ini merupakan sedikit salasilah bangsa Melayu, mungkin boleh dibuat rujukan. Andai terdapat info yang lain, mohon tuk dinyatakan, mungkin lady boleh tambah2 di sini andai terdapat sumber yang sahih berkaitan dengannya.
Fakta dipetik dari Buku PYH