Assalamualaikum wbt.. ♥ Kali ini lady ingin berkongsi berkaitan dengan doa.. Setiap dari kita pasti tidak pernah melupakan doa.. Akan sentiasa berdoa kerana setiap manusia sudah pasti mempunyai keinginan untuk dilunaskan.. Doa itu salah satu kaedah untuk mendapatkan apa yang diingini selain daripada usaha dan tawakal..
Setiap orang yang beriman perlu yakin, doa yang dipanjatkan kepada Allah sudah pasti akan dikabulkan-Nya, cuma bezanya cepat atau lambat jerk. Dan andai tidak dikabulkan sudah pasti permintaan kita tidak bagus untuk kita, ataupun akan dikabulkan apabila kita di 'sana' nanti.
Sebahagian daripada kita, sudah pasti pernah merasakan doa yang kita panjatkan saban hari tidak pernah dikabulkan Allah. Menjadikan kita sering bersangka buruk pada Allah.. Tetapi, Allah akan mengabulkan permintaan hambanya berdasarkan sangkaan-sangkaan dari hati kita. Andai buruk sangkaannya, maka buruklah jadinya.. Nauzubillah..
Allah maha mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dia-lah yang paling memahami keperluan kita berbanding diri kita sendiri kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dan sudah pasti setiap pencipta akan berkehendak yang baik untuk barang ciptaannya, dan begitu juga dengan Allah, Dia tidak akan membuatkan sesuatu yang mendatangkan keburukan untuk hamba-hamba-Nya. Subhanallah ♥
Apabila seseorang banyak berdoa kepada Allah, dia tidak akan rugi sedikitpun, malahan dialah orang yang akan memperoleh banyak keuntungan. Hebatnya kasih sayang Allah pada kita makhluknya ♥
Kita memerlukan seseorang sebagai tempat untuk mengadu bagi meringankan bebanan fikiran, tetapi kita sering tersilap pilih tempat untuk mengadu. Tetapi Allah merupakan tempat pengaduan yang paling jitu, Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami apa jua masalah kita.. Dia-lah yang dapat memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Lady pernah terasa putus asa dengan rahmat Allah, kerana apa yang lady nak seringkali memerlukan pengorbanan yang sangat2 besar untuk memilikinya, memerlukan perjuangan yang terlalu jauh yang tidak perlu orang lain lalui.. tetapi bila lady fikir-fikir balik perjalanan hidup lady yang dulu2.. memang Allah tidak terus kabulkan permintaan lady, dan apa yang lady mintak itu selalunya memang x dapat.. namun begitu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk lady bagi perjalanan lady seterusnya.. Alhamdulillah..
21 ulasan:
السلم عليكم ورحمة الله
Doa menghubungkan kita dengan Yang Maha Esa. Dia mengetahui apa yang kita kehendaki sebelum kita memohon dan mengabulkan doa kita mengikut kehendak~Nya bukan kehendak kita dan sesungguhnya keputusan~Nya sangat bersesuaian dengan kita.
yela..kdg2 apa yg kita minta diberi perkara lain yg jauh lebih baik dari permintaan kita..jgn putus asa ya. :)
Allah Maha Tahu apa yang memberi manfaat dan memberi madharat sebenarnya, apa yang terjadi pada diri orang yang beriman adalah hal terbaik. Bila diberi karunia dan kesenangan, ia bersyukur namun bila dapat kesulitan, ia bersabar dan semuanya menjadi kebaikan dan ladang pahala.
ukhtii, ana follow blog ini, bila berkenan followback blog ana, diucapkan terima kasih....
Salam,
Nedi Arwandi
Sumatera Selatan Indonesia.
tak putus2 berdoa :')
Janganlah berputus asa untuk menadah tangan kepada Ilahi.
Doa itu senjata mukmin... Sentiasalah berdoa tak kira susah mahupun senang kerana Allah itu maha mendengar...
jgn berhenti berharap kepada-Nya
:)
terima kasih akak
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/08/lurus-rapat-dan-betulkan-saff-di-dalam.html
p/s: x apa fanatik ustad azhar. huhu
Kadang-kadang kita tak sedar doa tak dimakbulkan sebab dosa-dosa kita yang tak selesai lagi. Sebelum berdoa banyakkan bertaubat.
hari-hari berdoa kadang-kadang malu sebab banyak meminta tapi bila fikir, DIA lagi suka kita meminta dengan DIA daripada minta dari yg lain-lain.
Salam Lady,
Ya Allah sedih sangat akak baca entry ni..dulu akk pn sedih bila rasa doa tak kesampaian..tp jauhlah dari nak bersangka buruk..cuma Allah kurnia anugerah yg lebih hebat...walaupun impian untuk dapat cahayamata belum tertunai..
Salam Ramadhan Lady
terima kasih banyak2 atas peringatan ini
betul tu..banyakkan berdoa :)
Setiap kali IM rasa kecwa setiap kali pula IM memohon rahmat dari Allah.
Doa mendekatkan hati dengan Allah. Dan menundukkan ego kita di depan ALlah.
Salam Lady;
Hanya pada Allah kita bergantung harap. Hanya pada Allah tempat mengadu. Salam aidilfitri ye Lady, maaf zahir batin.
Mintalah pada Allah, lebih banyak kita meminta, merayu pada Allah, lebih kasih Allah pada kita.
Mintalah pada Allah. Lebih banyak kita meminta, merayu pada Allah, lebihlah kasih Allah pd kita
doa senjata orang mukmin :)
Aka...dulu saya sendiri selalu menyalahkan Allah tatkala tidak mendapat apa yang diinginkan...tapi sekarang bila dah besar, pemikiran pun jadi lebih matang huhuhu
Catat Ulasan