Selasa, 21 Ogos 2012

Di Sebalik Badi / Kenan

Assalamualaikum semua.. ♥ Rasanya masih belum terlewat untuk lady mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan blogger. Semoga semua bergembira dan diberi kesihatan yang baik sepanjang Syawal ini dan untuk bulan2 seterusnya.. jaga makan, jaga hati, jaga akhlak dan jaga peribadi. Dan yang paling penting jaga IMAN. Iman ini senang sangat untuk diperkotak-katikkan oleh Syaitan. Syaitan dah bebas sekarang.. maka sentiasalah berwaspada dengan strategi mainan Syaitan.

Sebenarnya lady nak citerkan suatu kisah.. kisah ini tidak berkaitan dengan kisah raya.. tapi suatu kisah yang tidak pernah terlintas di benak lady untuk lady melalui.. 

Kisah ini lady pernah berjanji dengan kawan untuk berkongsi dengan sahabat blogger tetapi lady tidak mempunyai idea dan pengalaman, maka lady tidak mampu menukilkannya dari hati, maka lady holdkan dulu. Tetapi sekarang ia berlaku dalam kehidupan lady, maka lady akan citerkan sedikit kisah ini secara sepintas lalu.

Ia berkaitan dengan KENAN dan BADI. Mungkin sebahagian besar daripada kita pernah mendengar atau hampir mempercayai atau mempunyai pengalaman berkaitan dengan kedua-dua istilah ini. 

Dulu hampir setiap hari kawan lady bercerita tentang badi/ kenan.. perihal kepercayaan mertuanya yang terlalu taksub sehinggakan mengamalkan petua yang hampir tidak mampu diterima secara logik akal. Sehinggakan anaknya yang baru lahir turut dikaitkan dengan kenan/ badi. 

Ibu mertuanya memandikan anaknya dengan air rendaman katak kerana bersangka anaknya kenan katak kerana kulit badan anaknya menggelupas, pernah juga dimandikan dengan air rendaman biawak kerana anak yang baru dilahirkannya asyik tersentak. Ia pengalaman baru bagi lady mendengar cerita2 seumpama itu masih berlaku pada zaman yang maju dengan teknologi skrg.

Sedangkan, lady rasa memang bayi secara normalnya akan melalui dan mengalami simptom-simptom seperti itu disebabkan oleh perubahan dan rangsangan yang diterima berbeza dengan dunia dalam rahim. Ia merupakan proses penyesuaian diri secara semulajadi oleh badan bayi. 

Kenan merupakan suatu kepercayaan orang-orang lama yang menyatakan bahawa anak/ zuriat yang dilahirkannya menyamai sesuatu benda/ binatang. Ia adalah akibat daripada menganiaya atau membunuh haiwan berkenaan. Atau boleh dikatakan seperti sumpahan. 

Badi pula merupakan kepercayaan tentang sesuatu perkara/ benda yang boleh membawa kesan negatif kepada seseorang. Contohnya perihal badi mayat. 

Dalam Islam tiada istilah badi/ kenan. Jika kita mempercayai sesuatu benda mempunyai kuasa melebihi kuasa Yang Maha Kuasa, maka boleh membawa kepada SYIRIK, nauzubillah.

Dalam soal kenan, percaya atau tidak dalam Islam menyatakan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah. Maka Allah melarang kita menganiaya orang, binatang, atau tumbuhan kerana doa mereka termasuk di dalam kategori doa tanpa hijab. Maka, jika kita menganiaya manusia, binatang mahupun tumbuhan, maka doa itu tanpa hijab akan kembali pada kita, smda doa yang baik mahupun sebaliknya.

Badi pula lebih menjuruskan kepada kepercayaan kurafat yang mempercayai sesuatu benda yang tidak mempunyai kuasa mampu menyebabkan malapetaka kepada seseorang. Ia lebih menjuruskan kepada suatu kuasa ghaib. 

Pernah dengar tentang pemujaan? Contohnya pemujaan cucuk satey untuk digunakan sebagai 'pagar' bagi kebun. Secara logik mana mungkin cucuk satey mampu melindungi ladang daripada dimasuki oleh babi, oleh kambing, oleh gajah... Tetapi jika kita memuja dan mempercayai cucuk satey tersebut mempunyai kuasa, maka Syaitan atau Jin akan memberi 'kuasa' kepada cucuk satey tersebut. 

Begitu juga perihal dengan badi, jika kita mempercayai sesuatu perkara itu mampu menjadi penyebab kepada suatu kebinasaan/ malapetaka.. Syaitan akan menjadikannya suatu realiti supaya keyakinan kita bertambah kuat untuk mempercayai tentang 'badi' melebihi kepercayaan kita terhadap TAKDIR ALLAH. 

Jika kita mempercayainya, secara tidak langsung kita telah termasuk ke dalam perangkap Syaitan, dan tidak mustahil kepercayaan itu boleh membawa kepada KESYIRIKAN.

Syaitan terlalu bijak memainkan peranannya, hanya orang yang yakin dengan Allah akan terselamat daripada tipu daya Syaitan, maka marilah kita sama-sama berusaha diri daripada memasuki jerat Syaitan. 

Lady sebenarnya tidak pernah untuk membuka mata dan telinga untuk mendengar cerita-cerita berkaitan dengan badi/ kenan. Tetapi jika diri sudah terlibat sama, hati agak sedikit rasa terkilan kerana masih ada segelintir orang terpelajar yang masih mempunyai kepercayaan seperti ini. 


Ada orang kata dengan melihat gambar baby yang comel jika mengandung akan menghasilkan anak yang comel persis bayi tersebut. Mereka mempercayainya sebagai kenan, tetapi ia bukan kenan.. tetapi doa.. Jika doakan sesuatu yang baik dengan penuh pengharapan, sudah pasti Allah akan kabulkannya. InsyaAllah..

p/s : Aku Hanya Mampu Berbicaya Menggunakan Tulisan, Bukan Perkataan Yang Boleh Menimbulkan Kekecohan. Bacalah Dengan Hati Bukan Dikawal Emosi.  

27 ulasan:

Arshare berkata...

Sebenarnya orang zaman skrg kebanyakkan kepercayaan mereka banyak terpesong dan berfikiran secara tidak rasional walaupun berlatarbelakang pendidikan tinggi.

Terutama orang islam, mereka perlulah menyakinkan diri mereka dan percaya tentang kekuasaan ALLAH bahawanya Kita adalah hambanya.

Selamat hari Raya Lady..

Acik Erna berkata...

assalam lady..acik biasa dengar kenan/badi ni dari dulu lagi.
tapi dengar dan biarkan berlalu tiada yang diambil serius

blog-tips-kurus berkata...

macam2 gelagat manusia kan....

akubiomed berkata...

Orang tua-tua dahulu selalu mempercayainya tetapi jangan sangka zaman moden ini masih lagi ada yang mempercayai lama ini.

Cikgu Ma berkata...

salam aidilfitri...

**x tau la nak cakap cmner kalo pasal link x dapat dikesan tu...terima kasih gigih menjejaki saya kembali =)

caliph shuriken berkata...

smoga dijauhi pkara cmni sama ada cara langsung atau tidak..

arigatou singgah td.. selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

JebengOtai™ berkata...

kenan dan badi ni sinonim dgn org2 lama..utk generasi skang ni kebykkannya dh meninggalkan perkara2 mcm ni..

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam kak..

selamat hari raya juga.ampun maaf kalo ada melawak kasaq ya..

semoga mendapat zuriat yg baik2 belaka.

Dinas Aldi berkata...

Salam dik. Terkejut akak baca pasal apa yg dibuat oleh ibu mertua kawan adik tu..masih ada lagi rupanya yg percaya pada perkara2 begitu di zaman milenium ni, masyaallah..

Cendol berkata...

uissshhhh geli!!ade ke mandikan dgn air rendam katak la biawak la.aiyooo geli la!kotor!

Dkna Abza berkata...

Selamat hari raya ;-)

Maiyah berkata...

slmt hr rya
maaf zahir batin

prnh tgk juga
org yg 'dikatakan' kena kenan ni
nk prcya x boleh, x prcya pun x boleh
yg paling percya semuanya
dari Allah

~Sal Ismail~ berkata...

ada kepercayaan yg kdg2 x masuk dek akal.mintak dijauhkan..~

~Sal Ismail~ berkata...

p/s: mekasih sudi singgah di blog yg da lama sepi tu..selamat hari raya~ =)

NEDI ARWANDI berkata...

taqobbalalloh minna wa minkum, semoga nuansa aidil fitri membawa kedamaian dan ketentraman dan na'udzubillah semoga kita terjauhkan dari perkara yang membawa kepada kesyirikan

dwatyKNY berkata...

Baru tau pasal badi /kenan tu... Cuck satey tu pun baru tau... Tp saya tau bukan itu saja... Ada banyak lagi kan lady... Semoga kita dijauhkan...

Anak buah saya sedang dlm proses pengelupasan kulit... Tp rasanya semua ibu2 tau itu kan normal... Lepas baca entri lady ni... X sangka rupanya ada yg berangapan lain...

Tanpa Nama berkata...

mat ri rye~

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin..

tehr berkata...

apa yang berlaku adalah ujian Allah kepada hambanya

Tie HT berkata...

salam lady, selamat hari raya :)

tak penah denagr pasal cucuk sate tu..tp pasal kenan ular penah laa..ada budak kat umah ni, masa pegnant kat dia, ayah dia bunuh ular..pastu masa sekolah rendah budak tu jalan belok2 macam ular..naik sekolah menengah ok je..tp mak dia tk buat apa2 petua pun just biar je...mungkin perkara macam ni satu ujian keimanan...wallahualam..nice entry :)

eiela berkata...

saya xtau nk komen cmne sbb blaku kt diri sdri. ada yg kata sy ni kenan binatang iaitu burung sbb dada burung, masa mak mgandung arwah abah byk tangkap burung n byk yg mati dr yg hidup. last2 keluar saya lahir dgn dada burung lain dr org lain. tu yg menyukarkan sy utk buat sbrg operation, doktor tak berani nk operate.

Cik Kay Jue berkata...

selamat hari raya...

Shila berkata...

slmt hari raya cik lady.. :)


dah lama x dengar pasal kenan/badi ni..
dulu masa kecik je selalu..

psst: cik lady sudah ada isikah..? ;) tahniah..

Unknown berkata...

wah...risau gak bila baca pasal kenan tu...sebab dulu selalu baca dalam Mastika....ish kesiannya bayi itu dimandikan dengan air rendaman biawak dan katak huhuhu

Woofer Storm berkata...

ilmu kalau terlebih tinggi sngt kadang2 membawa padah juga.hehe

slmt hari raya..nak kuih raya^^

insan marhaen berkata...

Budaya begini boleh ikut separuh dan bukan semua....

Nurul Says berkata...

masa mengandung dulu selalu dipesan macam-macam bawa limau itu ini jangan itu ini...selalunya bila saya dipesan mcm ni saya sllnya tak juga melawan, tapi tak juga menurut.. tawakkal je. alhamdulillah wpun tak ikut pantang-larang anak-anak lahir tanpa masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...