Rabu, 29 Ogos 2012

Tips Suami Isteri - Bahagia ke Hujung Nyawa

Assalamualaikum... ♥.. Salam Sejahtera kepada semua.. Baru-baru ini lady jumpe tips tuk pasangan yang dah berkahwin.. tp lady jumpe sebelum lady kahwin lagi.. maka time tu xde mood lagi nak masukkan di sini, just diletakkan dalam draf jerk.. Hr ni lady nak kongsi dengan sahabat semua.. mungkin kite boleh prektikkan sesama.. ♥ Lady dengar, kalau kita jaga hubungan antara suami isteri, hidup dengan harmoni, berkasih sayang, bertoleransi.. sudah pasti Allah akan memberi kita anak-anak yang kaya dengan sifat penyayang.. Insya-Allah.. 
Bahagianya hidup burung ini ♥
 Ini lady senaraikan amalan untuk menambahkan lagi seri rumahtangga.. menambahkan ruang tuk membuat pahala.. Pahala dapat, hati pun gembira  ♥

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Semua petua ini kite cube amalkan sebaik-baiknya selagi kita mampu.. Biar kita tidak cantik, tidak kaya, asalkan kita cuba untuk bahagia.. sudah pasti bahagia tetap menjadi milik kita.. Insya-Allah.. ♥

p/s : Lady kutip daripada penulisan Ustaz Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)

Isnin, 27 Ogos 2012

Adab-Adab Berbicara - Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum ♥ dan salam sejahtera.. ♥

Lady baru je siap membaca buku tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah yang bertajuk Menerobos Sempadan Diri.. Buku MOTIVASI diri.. amat sesuai bagi semua peringkat umur..  Banyak petua-petua yang dikongsikan di sini mampu memberi rangsangan kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang.. Bukan hanya yang mempunyai masalah tetapi juga sesuai untuk yang tidak mempunyai masalah.. 

Bagi lady buku ini mampu membangkit motivasi diri, orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mengeluh dengan dugaan dan kesempitan hidup, tetapi dia akan tetap berjuang untuk mengupil sisa2 upaya yang masih tertinggal untuk dibajai kembali.. dan tidak mustahil sisa-sisa itu akan bercambah dan membesar kembali dan subur sepanjang hidup.. InsyaAllah.. malahan boleh juga memberi inspirasi pada yang lain.. dan itulah sebaik-baiknya..


Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan idola lady sejak dari bangku sekolah lagi, kononnya nak jadi pakar motivasi.. tetapi terambil bidang lain yg langsung tidak berkaitan.. ♥.. tp xpe.. masih belum terlewat tuk dikejar kembali.. sekurang-kurangnya boleh menjadi pemotivasi tuk diri sendiri.. kerana kaunselor terbaik adalah diri sendiri.. ♥

Buku ini sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk mencungkil kehebatan diri.. ia juga menyelitkan sedikit tatacara hidup untuk dijadikan pedoman dalam kita menempuhi kehidupan sebagai individu yang cemerlang kerana, walaupun kita hebat tetapi kadang-kadang masih banyak perkara yang boleh mencacatkan kehebatan kita. Contohnya dari sudut komunikasi.. lady selalu jumpa orang yang hebat, tinggi ilmunya, berlatar belakangkan master, phd, bergelar profesor tetapi fail kemahiran komunikasinya. Kadang-kadang bicaranya menunjukkan keegoan, merendah-rendahkan orang lain, dan banyak juga yang mengguris perasaan orang lain. Ada juga yang membuka keaiban sendiri dengan tata bicaranya.. maka di sini lady nak kongsikan apa yang Dr Fadhilah Kamsah nukilkan dalam bukunya. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama  ♥

♥ Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.

♥ Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

♥ Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualan itu.

♥ Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

♥ Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat serta harapan.

♥ Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil tentang agama.

♥ Jangan bercakap secara berkumam mulut. 

♥ Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.

♥ Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama, sebaliknya panggillah mereka dengan nama yang memuliakan mereka.

♥ Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

♥ Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri kurang pasti.

Kemahiran komunikasi juga penting dalam sesi temuduga, kalau result gempak tapi komunikasi fail.. sukar tuk mendapat pekerjaan.. tetapi jika pandai berkomunikasi dan memiliki ilmu.. sudah pasti result tidak akan menjadi penghalang untuk kita memiliki pekerjaan yang didambakan. InsyaAllah..

Sabtu, 25 Ogos 2012

♥ Pengalaman Pertama Seorang Isteri ♥

Salam.. Hari ini merupakan 8 Syawal 1433. Masih belum terlewat untuk melakarkan ucapan RAYA di sini.. Di Teratak busuk lady nih ♥.. 

Di kesempatan yang masih tersisa ini, lady ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua sahabat LadyBird's Life yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada lady.. Lady juga ingin memohon kemaafan di atas keterlanjuran lady menukilkan kata2 mengguris rasa hati.. Sesungguhnya ia tanpa kesengajaan.. dan tanpa ditujukan pada sesiapa..

Tahun ini merupakan pengalaman pertama lady beraya sebagai seorang isteri dan seorang menantu bongsu.. Amat-amat mengujakan dan di luar jangkauan pemikiran lady selama ini.. Pengalaman yang amat bermakna dan berharga.. Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai seperti kenduri.. sangat2 teruja.. suami lady merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik dan mempunyai 42 orang anak saudara.. sangat2 mengasyikkan.. Setakat ini, dah hampir 3 bulan kami berkahwin.. lady hanya mampu rapat dengan anak-anak saudara jerk.. sebab ipar2 semua dah besar2.. jadi lady berkawan dengan anak-anak saudara yang hampir sama 'besar' ngan lady.. Kalau dulu anak-anak saudara suami lady panggil lady sebagai akak.. sekarang bertukar menjadi ciksu.. comel sangat2.. hehehe.. gelaran yang sangat2 'comel dan cute' ♥ Dan yang paling lady suka, mereka leh jadi peneman lady tengok citer kartun.. :P.. seronok.. (bl nth nk jd matang nih)

Lady rasa bertuah sangat kerana dapat menjadi sebahagian daripada mereka.. Walaupun lady menghadapi masalah spinal, namun mereka masih boleh menerima lady seadanya dan sama-sama berusaha memberi dan berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan lady.. ♥ Lady sangat2 bersyukur kerana Allah memberi ANUGERAH yang sangat2 berharga dalam hidup lady.. memberi keluarga yang sangat2 baik, kawan-kawan yang sangat memahami dan tidak pernah lokek dengan huluran bantuan dan nasihat, dan kini Allah memberi lady sebuah 'keluarga lain' yang amat2 memahami.. 

Syukur Alhamdulillah.. Bagi lady, lady telah memiliki segala-galanya.. Walaupun Allah menguji lady dengan pelbagai kekangan, tetapi dalam waktu yang sama, Dia mengurniakan lady anugerah yang sangat2 bernilai.. menemani lady di sepanjang lady menempuhi ujian-Nya sehinggakan lady tidak pernah terasa ujian itu sebagai kesulitan, tetapi sebagai wadah untuk lady mendapatkan sesuatu yang bernilai. Alhamdulillah.. Lady harap Syawal ini membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga.. Kalian doakan ek... doa ini untuk kalian juga.. Ameeennnnnn ♥

p/s : Lady sebenarnya mengalami masalah spinal akibat jatuh.. dulu lumpuh seluruh badan akibat cakera tergelincir di bahagian C3, C4 (pangkal leher) dan kini alhamdulillah hampir pulih, cuma memerlukan masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah suami lady dapat menerima lady seadaanya walaupun pada mulanya berhadapan dengan sedikit 'ujian'. Tetapi betullah kata Allah, Allah telah memberi Kemudahan di sebalik setiap Kesulitan.. Asalkan kita sentiasa bersangka baik dan memohon kebaikan dari-Nya. Kalian doakan kami sentiasa tabah mengharungi bahtera kehidupan ini yer.. Sayang korang semua ♥

Selasa, 21 Ogos 2012

Di Sebalik Badi / Kenan

Assalamualaikum semua.. ♥ Rasanya masih belum terlewat untuk lady mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan blogger. Semoga semua bergembira dan diberi kesihatan yang baik sepanjang Syawal ini dan untuk bulan2 seterusnya.. jaga makan, jaga hati, jaga akhlak dan jaga peribadi. Dan yang paling penting jaga IMAN. Iman ini senang sangat untuk diperkotak-katikkan oleh Syaitan. Syaitan dah bebas sekarang.. maka sentiasalah berwaspada dengan strategi mainan Syaitan.

Sebenarnya lady nak citerkan suatu kisah.. kisah ini tidak berkaitan dengan kisah raya.. tapi suatu kisah yang tidak pernah terlintas di benak lady untuk lady melalui.. 

Kisah ini lady pernah berjanji dengan kawan untuk berkongsi dengan sahabat blogger tetapi lady tidak mempunyai idea dan pengalaman, maka lady tidak mampu menukilkannya dari hati, maka lady holdkan dulu. Tetapi sekarang ia berlaku dalam kehidupan lady, maka lady akan citerkan sedikit kisah ini secara sepintas lalu.

Ia berkaitan dengan KENAN dan BADI. Mungkin sebahagian besar daripada kita pernah mendengar atau hampir mempercayai atau mempunyai pengalaman berkaitan dengan kedua-dua istilah ini. 

Dulu hampir setiap hari kawan lady bercerita tentang badi/ kenan.. perihal kepercayaan mertuanya yang terlalu taksub sehinggakan mengamalkan petua yang hampir tidak mampu diterima secara logik akal. Sehinggakan anaknya yang baru lahir turut dikaitkan dengan kenan/ badi. 

Ibu mertuanya memandikan anaknya dengan air rendaman katak kerana bersangka anaknya kenan katak kerana kulit badan anaknya menggelupas, pernah juga dimandikan dengan air rendaman biawak kerana anak yang baru dilahirkannya asyik tersentak. Ia pengalaman baru bagi lady mendengar cerita2 seumpama itu masih berlaku pada zaman yang maju dengan teknologi skrg.

Sedangkan, lady rasa memang bayi secara normalnya akan melalui dan mengalami simptom-simptom seperti itu disebabkan oleh perubahan dan rangsangan yang diterima berbeza dengan dunia dalam rahim. Ia merupakan proses penyesuaian diri secara semulajadi oleh badan bayi. 

Kenan merupakan suatu kepercayaan orang-orang lama yang menyatakan bahawa anak/ zuriat yang dilahirkannya menyamai sesuatu benda/ binatang. Ia adalah akibat daripada menganiaya atau membunuh haiwan berkenaan. Atau boleh dikatakan seperti sumpahan. 

Badi pula merupakan kepercayaan tentang sesuatu perkara/ benda yang boleh membawa kesan negatif kepada seseorang. Contohnya perihal badi mayat. 

Dalam Islam tiada istilah badi/ kenan. Jika kita mempercayai sesuatu benda mempunyai kuasa melebihi kuasa Yang Maha Kuasa, maka boleh membawa kepada SYIRIK, nauzubillah.

Dalam soal kenan, percaya atau tidak dalam Islam menyatakan doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah. Maka Allah melarang kita menganiaya orang, binatang, atau tumbuhan kerana doa mereka termasuk di dalam kategori doa tanpa hijab. Maka, jika kita menganiaya manusia, binatang mahupun tumbuhan, maka doa itu tanpa hijab akan kembali pada kita, smda doa yang baik mahupun sebaliknya.

Badi pula lebih menjuruskan kepada kepercayaan kurafat yang mempercayai sesuatu benda yang tidak mempunyai kuasa mampu menyebabkan malapetaka kepada seseorang. Ia lebih menjuruskan kepada suatu kuasa ghaib. 

Pernah dengar tentang pemujaan? Contohnya pemujaan cucuk satey untuk digunakan sebagai 'pagar' bagi kebun. Secara logik mana mungkin cucuk satey mampu melindungi ladang daripada dimasuki oleh babi, oleh kambing, oleh gajah... Tetapi jika kita memuja dan mempercayai cucuk satey tersebut mempunyai kuasa, maka Syaitan atau Jin akan memberi 'kuasa' kepada cucuk satey tersebut. 

Begitu juga perihal dengan badi, jika kita mempercayai sesuatu perkara itu mampu menjadi penyebab kepada suatu kebinasaan/ malapetaka.. Syaitan akan menjadikannya suatu realiti supaya keyakinan kita bertambah kuat untuk mempercayai tentang 'badi' melebihi kepercayaan kita terhadap TAKDIR ALLAH. 

Jika kita mempercayainya, secara tidak langsung kita telah termasuk ke dalam perangkap Syaitan, dan tidak mustahil kepercayaan itu boleh membawa kepada KESYIRIKAN.

Syaitan terlalu bijak memainkan peranannya, hanya orang yang yakin dengan Allah akan terselamat daripada tipu daya Syaitan, maka marilah kita sama-sama berusaha diri daripada memasuki jerat Syaitan. 

Lady sebenarnya tidak pernah untuk membuka mata dan telinga untuk mendengar cerita-cerita berkaitan dengan badi/ kenan. Tetapi jika diri sudah terlibat sama, hati agak sedikit rasa terkilan kerana masih ada segelintir orang terpelajar yang masih mempunyai kepercayaan seperti ini. 


Ada orang kata dengan melihat gambar baby yang comel jika mengandung akan menghasilkan anak yang comel persis bayi tersebut. Mereka mempercayainya sebagai kenan, tetapi ia bukan kenan.. tetapi doa.. Jika doakan sesuatu yang baik dengan penuh pengharapan, sudah pasti Allah akan kabulkannya. InsyaAllah..

p/s : Aku Hanya Mampu Berbicaya Menggunakan Tulisan, Bukan Perkataan Yang Boleh Menimbulkan Kekecohan. Bacalah Dengan Hati Bukan Dikawal Emosi.  

Sabtu, 11 Ogos 2012

Setiap Doa Memberi Faedah

Assalamualaikum wbt.. ♥ Kali ini lady ingin berkongsi berkaitan dengan doa.. Setiap dari kita pasti tidak pernah melupakan doa.. Akan sentiasa berdoa kerana setiap manusia sudah pasti mempunyai keinginan untuk dilunaskan.. Doa itu salah satu kaedah untuk mendapatkan apa yang diingini selain daripada usaha dan tawakal.. 

Setiap orang yang beriman perlu yakin, doa yang dipanjatkan kepada Allah sudah pasti akan dikabulkan-Nya, cuma bezanya cepat atau lambat jerk. Dan andai tidak dikabulkan sudah pasti permintaan kita tidak bagus untuk kita, ataupun akan dikabulkan apabila kita di 'sana' nanti.

Sebahagian daripada kita, sudah pasti pernah merasakan doa yang kita panjatkan saban hari tidak pernah dikabulkan Allah. Menjadikan kita sering bersangka buruk pada Allah.. Tetapi, Allah akan mengabulkan permintaan hambanya berdasarkan sangkaan-sangkaan dari hati kita. Andai buruk sangkaannya, maka buruklah jadinya.. Nauzubillah..

Allah maha mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dia-lah yang paling memahami keperluan kita berbanding diri kita sendiri kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dan sudah pasti setiap pencipta akan berkehendak yang baik untuk barang ciptaannya, dan begitu juga dengan Allah, Dia tidak akan membuatkan sesuatu yang mendatangkan keburukan untuk hamba-hamba-Nya. Subhanallah

Apabila seseorang banyak berdoa kepada Allah, dia tidak akan rugi sedikitpun, malahan dialah orang yang akan memperoleh banyak keuntungan. Hebatnya kasih sayang Allah pada kita  makhluknya

Kita memerlukan seseorang sebagai tempat untuk mengadu bagi meringankan bebanan fikiran, tetapi kita sering tersilap pilih tempat untuk mengadu. Tetapi Allah merupakan tempat pengaduan yang paling jitu, Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami apa jua masalah kita.. Dia-lah yang dapat memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Lady pernah terasa putus asa dengan rahmat Allah, kerana apa yang lady nak seringkali memerlukan pengorbanan yang sangat2 besar untuk memilikinya, memerlukan perjuangan yang terlalu jauh yang tidak perlu orang lain lalui.. tetapi bila lady fikir-fikir balik perjalanan hidup lady yang dulu2.. memang Allah tidak terus kabulkan permintaan lady, dan apa yang lady mintak itu selalunya memang x dapat.. namun begitu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk lady bagi perjalanan lady seterusnya.. Alhamdulillah..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Alam Bertasbih

Tidak Pernah Sedetikpun Alam Terhenti Bertasbih Memuji-Mu ya Allah.. Bertasbih Dengan Mengikuti Segala Ketetapan-Mu ya Allah..

Kejadian Siang dan Malam Silih Berganti Pada Setiap Ketetapan Waktunya Membuktikan Betapa Akurnya Alam pada Pencipta..

Gambar ini diambil di Kampung Seberang Marang, berhampiran dengan tempat tinggal lady sekarang.. Sebuah perkampungan nelayan yang sangat mendamaikan jiwa.. Tetapi dek kerana kesibukan urusan dunia, tidak sempat untuk menghirup udara segar di kampung ini.. Masih terlalu banyak tempat yang tidak diterokai..

Tetapi baru2 ni ajak hubby gi selongkar belakang rumah.. kawan lady cakap ade sawah.. tetapi... bila kami pergi, semua sawah tersebut telah ditimbun dengan tanah.. xtahulah untuk dibuat apa.. mungkin perumahan kot.. huhuhu.. 

Mungkin beberapa tahun akan datang, perkampungan ini akan bertukar menjadi bandar seperti kat perumahan lady di bandar Kuala Terengganu. huhuhuhu..