Assalamualaikum semua.. kali ini lady nak membicarakan tentang alam perkahwinan.. Sebenarnya bukan bicara lady sendiri tau, lady belum arif soal perkahwinan memandangkan belum ada pengalaman itu.. Kawan lady bagi satu artikel berkaitan pesanan untuk pengantin yang akan dan baru mendirikan rumahtangga.. Pada pendapat lady, pesanan ini amat2 penting untuk rujukan psgn baru.
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru
bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih,
dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w.
telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah
bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan
sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama
perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan
ini dilarang..?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan
sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari
dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama
perkahwinan) .” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka! semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum
masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu
pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir
(dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu
itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang
bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka
anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu
anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap
perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat
benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur,
janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada
kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala,
nanti akan jatuh syahwat ke atas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya
daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan
mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan
talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka
sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur
seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali
sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi
seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di
bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya),
kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau
Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang
berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang
ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan
dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan
darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan
bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek
pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang
sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian
itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada
tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu
berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang
tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina
kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang
tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
Anjuran Berjima'
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah
: “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang
demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak
dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.“
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha
terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar
Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah
s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid
sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan
Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang
musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih
lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah
s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang
yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah
langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di
hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta
Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada
malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa
dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas
Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan
alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas
Isyak yang akhir, maka sesungguhnya diharapkan anakmu nanti menjadi seorang
yang abdal (terkemuka).
p/s : Sebenarnya terdapat sesetengah daripadanya disangkal oleh orang yang berilmu dan tidak dapat diterima secara logik akal.. dan sebahagian yg lady baca pun ada yg lady agak was2.. tetapi lady tidak menemui status hadis ini sahih atau tidak.. andai tidak.. mohon untuk dimaklumkan kepada lady.. tetapi sebahagian besar daripadanya boleh diterima secara saintifik