Isnin, 21 Mei 2012

Petua Masalah Badan Banyak Berpeluh

Assalamualaikum sahabat2 lady semua.. rindu sangat kat korang.. :).. Lady sekarang sihat alhamdulillah.. cuma mental belum sihat.. mental lady ni kejap ok kejap x ok.. hehehe.. tp lady bukan kategori gila tau.. :P tekanan perasaan pun bukan.. cume kadang2 jer.. tp still boleh dicontrol.. xpernah bunuh org lagi.. tetapi bunuh nyamuk, semut tu selalu sangat..

Kali ini lady nak tulis berkaitan dengan masalah banyak berpeluh.. terdapat sesetengah daripada kita mengalami masalah perpeluhan yang banyak.. buat keje sikit jerk.. tp peluhnya mengalahkan orang buat bangunan..

Ini ada petua yang lady jumpe  dalam buku lady.. lehlah dipraktikkan lepas ni.. tp terdapat sesetengah nama tumbuhan tu yang lady belum mampu kenal lagi.. Antara petuanya adalah :


♥ 17 daun sirih dibasuh bersih, direbus dengan 4 gelas air serta1 sudu teh garam sehingga mendidih dan airnya tinggal dua gelas. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 2 kali sehari, masing-masing segelas bersama 1 sudu besar madu lebah.

♥ Daun Nilam dan 1 gelas air direbus sehingga mendidih di dalam periuk yang bertutup. Tapis lalu diminum ketika airnya suam-suam kuku.

Inilah sahaja petuanya.. :D.. semoga lepas ni xde mslh peluh lagi.. malu kalau waktu berjumpa dengan org2 penting terutama yang kerjanya perlu berjumpa dengan pelanggan.. penampilan perlu dijaga.. keselesaan pun penting supaya kita mampu berinteraksi dengan baik.. 

Oklah.. jumpe lagi di lain ketika.. xleh tulis banyak2 lagi.. nanti lady terjah blog sahabat semua ek.. insyaAllah..

27 ulasan:

  1. petua bguna neh tok org2 yg kuat bpeluh...bole saran kt kwn ida...hehe...tq sis ^_^

    BalasPadam
  2. salam akak. selamat kembali berblogger. :)

    :) petua yg best. :)

    BalasPadam
  3. walaikumussalam.

    sangat beguna. tapi kaedah 1 dan kaedah 2 tu kena pilih salah satu atau diamalkan kedua-dua kaedah tu?

    BalasPadam
  4. bagus amalkan kpda yg kuat pelluh ni..

    sbab kadangkala baunya menyengat..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dh sihat....tq 4 d info pasal peluh ni ye!

    BalasPadam
  6. Kalau sembur minyak wangi lebih sedikit boleh tak? atau pun kurang pengambilan menyebabkan peluh badan berbau?

    BalasPadam
  7. dulu2 ada mak sedara makan sirih
    ada pokok yang ditanam depan ruah

    sekarang ni nampak gaya kena ke pasar la

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Moga sihat hendaknya..

    Ya elok juga di'control' sikit peluh tu keluar. Kalau terus tak berpeluh tak elok juga kerana toksik dalam badan perlu dikeluarkan melalui dengan berpeluh...

    BalasPadam
  9. Daun nilam tu fisrt time dengar. Selama ni batu nilam je yang pernah dengar. Lady, akak dulu mmg jenis yg tak berpeluh. Exercise sejam pun peluh tak kuar2. Skrg bila dah berisi, aih, jalan setengah langkah pun berpeluh beriya2.

    BalasPadam
  10. Mula nampak gambar tepak sireh kakak ingat ada istiadat pinang-meminang hihi...

    Baru kakak tahu dauh sireh pun boleh guna utk atasi masalah peluh ye...

    BalasPadam
  11. bagus petua ni...cuma nk dptkan sirih tue kena cari kat kedai2 bunga kot bg org bandar..kl kat kmpg senang je..

    slmt kembali berblogging..

    BalasPadam
  12. sypon kuat berpeluh sis..especially kt kwsn blkg bdn...mmg basah lencun..tp..kena make sure-kan guna deodorant rexona..mencegah bau peluh..hihi

    BalasPadam
  13. wah..bgus sgt2 petua ni..
    lagi2 wanita..kalo badan bbabu..mmg malu kan.

    BalasPadam
  14. asalam, kenapa agaknya berpelut tu ya..sebab ada juga diri saya berpeluh..tq info

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..dah sihat org yg kita rindu nih..>_<

    eh..bleh diamalakan nih..besalah..badan kita selalu 'hangit'..hehe

    BalasPadam
  16. petua org lama jugak yg bagus khen @.@

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Lady

    saya suka berpeluh...
    sebab jarang2 berpeluh (tak bersenam la tu)...he he

    BalasPadam
  18. nak cuba juga nanti..
    sesuai dengan saya rasanya ni.. kuat berpeluh

    BalasPadam
  19. NASIB BAIK KAK BUI BUKAN JENIS YG KUAT BERPELUH,KALAU TAK MMG SUSAH SEBAB TAK BOLEH NK PAKAI BAJU WARNA PLAIN

    BalasPadam
  20. Petua yg sesuai sgt untuk ckLah,yg punya masalah ni sejak lamaaaaa dulu. Terima kasih dik!

    BalasPadam
  21. salam..
    sy pun byk peluh jgk..tp time bersukan lah..

    lain2 masa,alhamdulillah takde mslh..
    kalo perempuan byk peluh, mmg jd masalah..

    BalasPadam
  22. aisey..bab2 nak minum yg lemah ni..tp nasib baik xde alami masalh ni..so terlepas da..eheh..apa pun..thanks utk sharing petua ni ya

    BalasPadam