Selasa, 27 Mac 2012

OKU - Prihatinkah Kita?

Assalamualaikum wbt.. :D.. Semoga sentiasa di bawah naungan perlindungan Allah.. 

Semalam lady baca berita dari Sinar Harian berkaitan dengan sikap petugas KTP Taiping terhadap salah seorang pelanggan OKUnya, Mohd Sanusi yang tidak dapat berjalan sepantas individu normal disebabkan kelumpuhan badan sebelah kanan.

Sanusi dimarahi disebabkan ketidakmampuan beliau bergerak cepat menaiki keretapi. Beliau juga turut dimarahi kerana meminta kerusi roda yang telah disediakan dengan alasan petugas tidak mempunyai kunci tempat penyimpanan kerusi roda.

Apa yang lady perhatikan di sini adalah kurangnya sikap keprihatinan orang ramai terhadap isu OKU. Apa yang dipaparkan oleh Sinar Harian ini hanyalah sebahagian kecil, malahan masih banyak lagi isu OKU yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Mungkin apabila kita menjadi OKU, atau orang di bawah jagaan kita OKU, barulah kita akan lebih memahami. Jika tidak, OKU akan diperlekehkan dari semasa ke semasa oleh orang yang berlagak normal.

Kalau diperhalusi, banyak cabaran yang OKU perlu lalui demi kelangsungan hidup. Masalah tersebut bukanlah daripada diri sendiri, tetapi daripada orang-orang sekeliling yang 'sempurna'.

Cuba kita perhatikan, tandas OKU yang disediakan digunakan sewenang-wenangnya.. untuk apa? Tandas OKU dijadikan stor penyimpanan barang.. 

Kemudahan ada tersedia... tetapi tidak digunakan dengan sepatutnya. Sama kes dengan kerusi roda tadi, kerusi roda ada, tetapi tidak digunakan dengan sepatutnya. Mungkin hanya untuk mengaburi pihak lain supaya beranggapan mesra OKU. Tetapi sebaliknya.

Lady pernah ke shopping compleks di Kuala Terengganu.. Terdapat seorang gadis berkerusi roda sedang berusaha naik 'tangga bergerak' dengan bantuan seorang rakan, tetiba muncul seorang wanita 'bidadari' mencelahkan diri sambil berkata.. 'lambatlah, biar saya dulu turun', sambil bergegas memintas gadis berkerusi roda tersebut dalam ruangan tangga yang sempit.

Waktu lady tengok tu lady x perasan, bila balik baru perasan.. tu pun sebab kawan yang recall balik.. Lady sendiri pun kurang sifat prihatin di sini.

Ini yang lady dapat lihat, yang belum mampu lady lihat masih terlalu banyak lagi dan terpaksa dilalui dengan golongan OKU tanpa mampu dapat merubahnya.

Sekarang kita dapat melihat kepincangan ini berlaku depan mata..dan tidak mustahil esok kita akan alaminya dan merasai sendiri keperitan tersebut setelah Allah mengambil balik pinjaman yang Dia berikan pada kita.

Jika anda melihat seorang OKU berkerusi roda berada di bawah dan ingin menaiki tangga ini.. adakah anda akan sama2 mengangkat kerusi roda ke atas ataupun hanya melihat dengan sayu dan berlalu pergi? Jom sama2 kita koreksi diri.. sejauh manakah sifat peka kita..

Cuba tengok gadis ini.. sanggup berhujan semata2 untuk membantu OKU ini.. Berapa ramaikah antara kita sanggup berbasah seperti gadis ini dan seramai manakah kita yg sanggup kering sorang2..  Andai ramai yang menghulurkan bantuan, sudah pasti tidak akan berbasah kehujanan seperti ini.. Pasti OKU ini akan diangkat beramai-ramai di tempat berteduh..Gambar ini bukan hanya menunjukkan keprihatinan gadis ini, tetapi juga membuktikan bahawa betapa kentalnya hati insan lain untuk melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa.

p/s : Andai sudi, lady harap sangat artikel ini dapat dishare di FB masing2 atau buat artikel baru berkaitan dnegan permasalahan OKU. Siapa lagi kalau bukan di kalangan masyarakat kita sendiri yang berusaha tuk bangkitkan kesedaran di kalangan sendiri.. masyarakt di negara Jepun dah, Singapore pun dah.. tp di Malaysia tahapnya masih di tahap kritikal.

28 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Kan...
Kdg2 kita sedar..tp bila berdepan, kita selamba je...
Sama2 kita amek pengajaran...

HeNRieTTa JoSe berkata...

Teringat peristiwa semalam...im sorry....im so sorry....bukan xnak diberi wang...tapi wang tidak mencukupi...bila ada berbaki a few ringgit...i try to find him again...but he is no where to be seen anymore...

LydSunshine berkata...

Lady, betullah. Orang Malaysia ni selain daripada tak prihatin terhadap org OKU, mereka jugak sbrnya adalah pemalas. Alasan2 takde kunci tu sbnrnya sbb malas nak amik dan malas nak tolong OKU tu. Mcm ada kuat dlm rancangan apa ek ari tu, akak dah lupa, derang tunjukkan pasal pemandu teksi yg tanak berhenti kalo OKU berkerusi rosa yg tahan. Akak rasa derang ni malas nak berhenti dan tolong angkat kerusi roda tu ke belakang boot kereta. So, akak suspect rakyat msia ni pemalas.

Shila berkata...

takyah oku la..

kalau naik bas tu, bila ada org2 agak tua sikit kene diri, masih berkira-kira sama ada nk bagi seat ke tak..


huhuhu..

eiela berkata...

geram plak saya baca kisah Sinar Harian tuh. Masing-masing nak cepat tapi petugas tuh takkan tak bleh nak tolong tolak kalau ye nak cepat. Selalu tengok fenomena macam nih, sikap tolong-menolong tuh kurang dalam rakyat Malaysia nih berbanding sikap memerhati. sinar harian memang banyak keluar berita kemasyarakatan berbanding akhbar komersial kan.

.........cP~ berkata...

Salam.

Betul jugak. Nak tolong orang pun teragak2 je. Lagi satu, negara kita memang tak mesra OKU sangat. Bus kan murah, tapi, macam mana orang yang guna kerusi roda nak naik bus? Kalau kemudahan banyak, OKU boleh lebih berdikari sebab diorang ni pun bukan suka sangat setiao hari perlu ditolong. Mereka ni nak berdikari selagi mampu.

Munn Jaafar berkata...

paling mudah kita tgk je kat kawasan parking..byk2 kotak yg kosong tmpt OKU jugak nk park..sbb malas jalan jauh..

Acik Erna berkata...

lady acik dah tekan like..

Unknown berkata...

kadang2 terlihat OKU, kadang2 tengok ja..jauh. Apapun jika dekat, dan ada masalah mereka..apa alasan anda membiarkan ya..wajib beri bantuan..mereka jadi macam tu bukan diminta. TakdirNya..

si kiut lavender berkata...

pernah berdepan dgn insan2 istimewa ini

bila kita bantu mereka..
kita akan nmpak wajah kegembiraan dan melalui rasa tu kita pun jadi bahagia

Temuk berkata...

Yang tidak prihatin akan keadaan dan keperluan OKU itulah yang sebenarnya OKU, kurang di bahagian lubuk hatinya.

Unknown berkata...

x nafikan.kesedaran masyrakat malaysia pada golongan OKU agak rendah...

k.chii pernah g singapore..kemudahan utk golongan OKU mmg maju berbanding di malaysia...

AmirFX berkata...

Tadi ada jer OKU yang masuk kedai kita.. Kita tolong dia pasang grip raket secara percuma jer..

suri berkata...

ada juga kt medan tv 3 dia ada buat aduan pasal kes cam ni kesian pakcik tu tggu teksi sambil berkerusi roda..lama menunggu...

adan berkata...

entri ini menyedarkan kita semua.. thanks...

tehr berkata...

orang melayu yang terkenal dengan budi bahasanya...
sedih dan malu baca kisah ini

Telor Power berkata...

pelajaran yg patut dicontohi
tapi....bila skrg ni byk jenayah.rasa susah juga nak laksanakan takut2 tertipu

*OKU skrg ni pun dah byk yg berlakon

Kakzakie Purvit berkata...

Bila dicatat begini hati rasa terjentik tapi bila berdepan ada kalanya kita lalai...

Betul kata Lady kita kena selalu membuat pembetulan atas diri kita selalu...

Tie HT berkata...

tak kena kat kita, tu yg jadi tak nak ambik peduli..simpati pada nasib oku, mana tau satu hari kita jadi macam mereka, ada ke yg sudi nk nolong..tp tak nak pk pasal sape yg nak tolong..bukan tu maksudnya..cuma harap Allah beri kekuatan utk teruskan hidup

HeNRieTTa JoSe berkata...

ps...haah....lampu signal kereta....cover dia hilang...

pipoq berkata...

mungkin sebab kekadang tu ada 'OKU palsu' yang cuba menagih keuntungan secara mudah yang buatkan orang kita jadi kurang prihatin kot..

tapi apa pun, bila tiba masa nak membantu tu ketelusan dan keikhlasan tu datang dari hati masing2 jugak..bila hati tak lansung nak berniat baik, begitu la jadinya..

Kazman / Sue berkata...

salam kenal dari kami sekeluarga...

sebenarnya pada saya kesedaran pada OKU masih di tahap sederhana mengikut sesetengah kawasan... tak semua yang masih lepas tangan untuk menolong...

mereka tetap ada bahagian mereka dan mungkin ada sesetengah tempat tu kita terlepas pandang..

~CAHAYA~ berkata...

kalu kita xnk prihatin terhadap oku pn, prihatin terhadap tandas oku pn jdlah...ni tidak, tandas oku seringkali kotor akibat org normal yg mencangkung diatsny...kotor dgn najis yg tidak dibersihkan...fahamilah betapa susahny oku ini nk membersihkanny sebelum nk membuang air disitu...

silalah jadikn tandas mrk dry and clean!!!...

Unknown berkata...

MMG KASIHAN PD GOLONGAN NI..MCM KAK BUI HARI2 BERSAMA DGN BUDAK2 OKU/PENDIDIKAN KHAS..MMG KESIAN,BILA BUDAK2 NORMAL YG LAIN MENGEJEK MEREKA..HUHUHU

jebengotai berkata...

mmg x puas hati mereka yang normal parking di tempat parking oku..

akubiomed berkata...

Kesian melihat insan OKU dilayan sebegitu rupa mereka juga seorang insan yang istimewa memerlukan perhatian lebih sedikit.

Miss Purple Ungu berkata...

jadikan ini semua sbg pengajaran ;)

Unknown berkata...

Diri sendiri belum terasa menjadi OKU...dah terasa baru insaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...