Jumaat, 16 Mac 2012

♥ Menjaga Penampilan ♥

Assalamualaikum ♥ Alhamdulillah Allah memberi kesempatan nak update blog lak.. Biasanya hari Jumaat lady x menulis, sebab penat.. tp hari ni lepas balik dari kelas tak terasa plak penatnye.. Alhamdulillah ♥

Terima kasih kepada semua sahabat lady yang mendoakan jodoh lady kat entry bawah ni :D.. Semoga kalian juga dipermudah dan dipercepatkan menuju pada fitrah kejadian seorang manusia. ♥♥♥

Semoga Allah menolong kami menjaga hati kami, mengekalkan horizontal line-nya, kalau nak senget, pastikan seragam dan bukan beragam.. supaya memudahkan kami mencari titik keseimbangan asal dengan menggunakan photoshop Iman. Ameeennn...

Kali ini lady bukan nak cerite sal jodoh ek.. Sal penampilan diri sebagai seorang wanita.. :D.. Soal hati dan perasaan insya-Allah lain kali lady tulis lagi apabila mood memanggil.. ♥

Pertama sekali, sebagai wanita mahupun lelaki, kite hendaklah sentiasa bebas daripada belengu bau yang kurang menyenangkan. Abang lady pernah bercerita, sahabat beliau putus tunang disebabkan oleh masalah bau pasangannya yang amat tidak mampu untuk dirungkaikan.

Lady pernah berhadapan dengan sahabat yang mempunyai bau yang menyengat, tapi lady tak tahu nak memberitahunya tanpa membuat hatinye tersinggung. Maka, lady diamkan sahaja sehinggalah kami berpisah disebabkan tempat pengajian berbeza.

Ini lady nak kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan badan berbau.

♥ Ganti Tudung Sehari Sekali :

Jangan disebabkan malas mencuci pakaian menyebabkan jarang menyalin tudung. Sekurang-kurangnya prihatinlah dengan keselesaan orang yang berada di sekeliling kita.

♥ Ganti Baju

Terdapat segelintir daripada kita yang mempunyai sifat malas menukar baju. Pakai baju sama selama tiga hari berturut-turut. Sikap sebegini bukan sahaja menghasilkan bau yang kurang menyenangkan, malahan boleh mengundang penyakit kulit.

♥ Hilangkan Bau Badan

Pakai bedak atau minyak wangi anti bau badan (deodorand) bagi menghilangkan bau badan tetapi minyak wangi jangan dipakai berlebihan.

♥ Mandi

Rajin-rajinlah mandi sekurang2nya dua kali sehari. Dengan mandi tubuh menjadi segar dan bau peluh akan hilang. 

♥ Jika Badan Masih Berbau

Amalkan minum air rebusan daun sirih. Bagus juga diamalkan memakan daun kemangi.

♥ Makanan dan Minuman

Hindari makanan dan minuman yangboleh menimbulkan bau samada bau mulut mahupun bau badan misalnya jering, petai, belacan, bawang putih, dan merah. Tetapi jangan lupa, makanan tersebut banyak khasiatnya.. Tetapi selepas makan pastikan mulut dan gigi dibersihkan.

♥ Andai cara yang disenaraikan di atas tidak mampu mengurangkan bau badan, pastikan mendapat rawatan doktor. Mungkin kita menghadapi masalah tertentu dengan sistem badan kita.

Ini merupakan antara langkah2 tuk elakkan badan berbau. Pucuk pangkal kene rajin menjaga kebersihan diri.. dan persekitaran.. ♥ Jangan disebabkan kemalasan kite menjadikan kite kera sumbang.

Bunga sakura wangi tak?

32 ulasan:

Mario berkata...

ooo..penampulan diri juga kadang2 melambangkan jugak kematangan...errr... ye ke?

Ayu berkata...

Thanks for sharing,:)

Aine Ainun berkata...

Yang penting..bersih luar dan dalaman=))

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

terima kasih
lepas ni boleh amalkan

Kamsiah yusoff berkata...

salam
biar tak cantik,tp jgn selekeh...:)

ieja amieja berkata...

singgah petang lady..
setuju ngan pendapat aine ainun..

LydSunshine berkata...

Kesian kan kalau org tu berbau tapi dia tak perasan. Agaknya sebab bau tu dah lali dgn deria bau dia, dia dah tak sedar bau dia. Eh, entah2 saya pun berbau tapi org tak tergamak nak bitau. Huhu.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

terbaik la entri akak kali ini. hehe

:)

Yumida berkata...

sis...sy penah alami! mmg sgt2 tertekan n rs bengang jer..bulu idung pn rs penat nak tapis bau hangit...

so..sy bg tahu kt org tu..cer ko guna rexona...berkesan tau. coz ko guna powder tu yg buat bau tu makin kuat. esp bila cuaca panas cenggini. then die cakap, x selesa la guna rexona..melekit! then sy cakap la...mn de, kan ade formula skg yg terus kering bila kita sapu. then, die try..mmg menakjubkan! miracle! terserlah kehensemannya di situ...ahaha..kisah benar ni sis :)

Enh Ear berkata...

sangat setuju...

tehr berkata...

Betul tu, lady
kalau bau mengalahkan kambing, memang tak ramai yang sanggup dekat
Huhu

Jongotai berkata...

Jika penampilan kita menarik keyakinan kita pun bertambah juga :D

adan berkata...

sbg panduan untuk lelaki yg bau badan jugak.. thanks..

ewanthology berkata...

hurm..1st impression is important

aRoL berkata...

betol..betol..

Unknown berkata...

RAMAI YG MALAS JAGA PENAMPILAN DIRI NI..KAK BUI KALAU JUMPA ORG YG ADA MASALAH BAU BADAN NI MMG TAHAN NAFAS KALAU DIA LALU..*_*

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

waa..entry kita blh bergabung....hihi

Telor Power berkata...

Kebersihan kenaldan dalam, penampilan melambangkan juga ciri2 keperibaiar jaga baik luaahn seseorang

MulutPayau berkata...

betul tu lady...jngn nnti kawan2 kita lari dsbbkan penmpilan dan bau badan kita yg teruk...

♥ sitifarhana ♥ berkata...

bia tak cntik..asal kan kemas dn bersih..plg pntg,hati kena bersih :)

suri berkata...

pakai seadanya yg bertutp dan sempurna..tu lebih sedap mt yg tgok dri hok pakai seksi dah sesak nafas heee

suri berkata...

yang jangn tak madi bau busuk sudah hee nnti ada org pengsan plk heeee

Unknown berkata...

salam kunjungan balas...

Hanie Dew berkata...

errmm..yang part t ak suka mandi tu aku tak paham betul.cuaca di mesia ni panas kot. bukannya sejuk mcm kat obersi tu.lagi nak malas mandi. tsk tsk tsk.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Moga sihat hendaknya..

Kadangkali bau badan ni puncanya banyak dosa yang belum terhapus..

akubiomed berkata...

2 perkara yang kurang menyenangkan saya ketika berhadapan dengan orang ialah bau badan dan mulut.

Unknown berkata...

apa apa pun...tolonglaaaa mandi...jgn jadi malas sbb sejuk.... weeuuuu

Unknown berkata...

menarik...tq sharing:)

Ros berkata...

Salam LadyBird,

Betoi tu LB....terima kasih ya dengan perkongsian ni.....

eiela berkata...

betul tuh, kalau ada orang mulut dan badan berbau rimas, tak sedap rasanya nak bersembang.

Ckin Kembaq berkata...

bila bersih, wangi, org dekat..kalu tak, org jauh..kan..kan.. ^_^

LangkawiHomestay.net berkata...

jg kebersihan leh jauhkan penyakit.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...