Jumaat, 13 Januari 2012

Kepentingan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Kali ini lady nak tulis berkaitan dengan susu ibu.. Alangkah bertuahnya anak-anak yang diberi minum susu ibu sepanjang tempoh pembesarannya..

Lady waktu kecik minum susu ibu, tetapi x sempat minum susu yang pertama memandangkan keadaan ibu lady yang terpaksa ditahan di wad disebabkan komplikasi kesihatan..

Lady pulak terpaksa dibesarkan oleh emak saudara bongsu.. maka terpaksalah minum susu formula buat sementara waktu.. rasanya lebih dari sebulan jugak ibu lady terpaksa ditahan di wad.. 

Dalam tempoh waktu tu, lady tak pernah dimandikan, sebab mak saudara lady tak reti nak mandikan memandangkan beliau sendiri masih kecik lagi time tu.. die hanya pandai bagi minum susu dan salin lampin lady jerk :D

Lady pulak memang bersaiz kecik sebab dilahirkan tidak cukup bulan.. tapi nenek lady tak benarkan doktor masukkan dalam 'kotak kaca' tu.. sebab die takut lady mati sebab macam dah siap dimasukkan ke dalam keranda kaca :P macam cinderella plak..

Sebab tu la kot sampai sekarang lady kecik tuek.. :P.. 

Berbalik kepada susu ibu pulak.. Susu ibu ni banyak khasiatnya.. ibu-ibu sepatutnya start kehamilan perlu memakan makanan yang boleh merangsang proses penghasilan susu bagi kegunaan bayi selepas kelahiran.

Ini antara kelebihan susu ibu :

1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi.

2. Ia tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas daripada kandungan bakteria atau hama.

3. Kandungan nutrien yang seimbang.

4. Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik (rujuk kamus dewan).

5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama untuk bayi.

6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzime yang menukarkan gula dalam usus menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).

7. Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman dalam sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit birit.

8. Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.

9. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.

10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak iaitu antara ibu dan bayi.

12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

Inilah antara kelebihan susu ibu.. jadi nasihat lady pada ibu2 tu.. usahakan jugak diberi susu badan kepada baby untuk kesejahteraan dan ketahanan mental dan fizikal mereka..

Dari pemerhatian lady yang x pernah ade baby nih.. bagi wanita berkerjaya agak sukar untuk memberi susu ibu.. kalau disimpan dalam peti pun andai tidak mendapat sokongan daripada penjaga alamaknya susu tersebut dibuang begitu sahaja..

23 ulasan:

sud@is berkata...

skrg minum susu ibu lembu..hehe

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

saya dulu2 tak ada susu2 tepung macam sekarang ni...susu ibu lah penyambung nyawa...he he

Unknown berkata...

k.chii minum susu ibu sampai umo 2 thn..org kata kalo minum lama..ngn ibu rapat kn..errr..tp k.chii sebaliknya la plak..ehehe

wanita bekerjaya? ramai gak wanita bekerjaya yg k.chii kenal..menyusukan anak..susu tu dorang pam..pastu masukkan dlm freezer...mudah dan selamat daripada susu2 yg ada di pasaran =)

ghost berkata...

aku tetiba teringat akan kelebihan susu ibu plak.dulu masa aku kecik dan dapat penyakit sakit mata,mak aku akan teteskan air susunya ke dalam mataku yang merah menyala dan pedih tuh.wah!ia sangat berkesan.

bukan setakat kebaikan utk diminum tapi utk penyembuhan juga. :)

suri berkata...

susu yg mmbesar dgn cept hee...kat mana2 tarak jual heee

Ungu Violet berkata...

hah sebulan lady tak mandi!!...pecah rekod tu...haha

ieja amieja berkata...

yup!! susu ibu mmg yg TERBAIK!!susu ciptaanNya..siapa blh challenge kan..byk khasiat n blh jadi penawar lg..ank2 akk sndr breast feed smpai umur 3 thn..

insan marhaen berkata...

tk kerana ingatkan IM supaya Angah pastikan Ayu susui anak mereka nanti dengan susu ibu!

Shila berkata...

lady...

napa nenek lady xmandikan lady..?

uuuuu...sebulan..lama tu.. hihihi..


susu ibu mmg bagus utk anak2..tp kita mmbesar pn dgn susu lembu...haha..

ajak berkata...

asalam ... memang baik sesangat ... boleh berjimat gakkk ...tq.

Unknown berkata...

Mak saya x de susu...abis kuat pn lepas bersalin dlm 2/3 hari jee...pas tu tarak...:(

pena rozie berkata...

Susu ibu memang byk khasiat...

ctpayong berkata...

Sebagai ibu pulak sebenarnya menyusukan bayi lebih ringkas sbb tak payah nak usung bakul berisi tin susu & jug air panas.

Mudah....susu ibu eveready beb & is always at the correct temperature.

cik kiwi's berkata...

susu ibu memang berkhasiat..anak anak kecil yang minum susu lebih cerdik..:)

eiela berkata...

eh2, kita sama la..tak sabar nak keluar tengok dunia jugak. Memang banyak kelebihan susu ibu nih. saya dulu mak kata anak lembu. huhu sedih gila. =P

Puan Kutu berkata...

mmg bagus minum susu ibu, imunisasi badan tinggi danmengurangkan masalah obesiti..sy masa aiman dulu cuma smpt bagi susu bdan selama dua bulan.lepas tu terpaka berpisah sekejap selama sebulan..susu pun kering..sebaik aiman dilahirkan dia mmg dpt merasa terus susu ibunya..sygnya tak lama..:)

tehr berkata...

dah lama aku tak minum susu
masa kecil dulu, dah tak ingat minum susu apa

CIK TOM berkata...

ciktom suka minum susu lembu...heee

Unknown berkata...

ANAK2 KAK BUI DULU 2 BULAN JER MENYUSU BADAN,LEPAS TU MINUM SUSU FORMULA..NAK BUAT MCM MANA,TERPAKSA SBB LEPAS HABIS TEMPOH 2 BULAN TU TPAKSA KERJA BALIK..HUHU

akubiomed berkata...

Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan atau ada komplikasi perlu dimasukkan didalam mesin inkubtor. Mesin inkubator ini umpama perut ibu mengandung kerana ia menyamai suhu badan.

Tujuan diletakkan bayi didalam mesin inkubator supaya bayi itu dapat menambah berat badan tidaklah tenaga bayi tersebut dibazirkan untuk mengekalkan suhu badan antara sebab orang tua-tua dulu bedung anak supaya suhu badan tidak turun dan dapat dikekalkan.

Susu ibu adalah sus terbaik kerana mengandungi antibodi yang tinggi tapi tidak semua ibu dapat menyusu anak mereka untuk tempoh lama kerana adalah masalah susu kering.

Unknown berkata...

susu ibu mmg yg terbaik...:)

Nizam berkata...

nizam sempat seminggu tak minum susu ibu sebab umi nizam dibawa ke hospital lain disebabkan oleh janin tersekat di dalam. jadi terkontang kanting sorang2 kat hospital.nasib ada nenek jagakan.

susu ibu ni memang baik utk kesihatan di samping eratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. mungkin ni menjadi punca anak2 sekarang degil sebab banyak sangat minum susu binatang coz ibu sibuk dengan kerja. ;)

nurul iman berkata...

saya setuju...susu ibu free je...tapi sampai sekarang manusia tak dapat tanding :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...