Sabtu, 14 Januari 2012

Khasiat Wangian Kasturi

Assalamualaikum.. salam 1 Malaysia ;)..

Kali ini lady nak bicarakan tentang wangi-wangian.. Dalam Islam sendiri menyarankan agar kita sentiasa berwangi-wangian.. Kerana bauan yang indah dapat menguatkan roh.. kekuatan roh menjadi punca kekuatan mental dan anggota badan.. Insya-Allah..

Sabda Rasulullah saw. :

Sebaik-baik wangian adalah wangian daripada minyak kasturi.. [Riwayat Ahmad]

Siapa yang tahu kasturi ni berasal daripada mana?

Sebenarnya lady baru jer tahu, kasturi ni berasal daripada kalenjar sejenis rusa yang hidup di kawasan terpencil. Siapa pernah tahu kan, daripada haiwan mampu menghasilkan sesuatu yang wangi.. Selama ni lady ingat ape sahaja yang berpunca daripada haiwan lama-kelamaan akan membusuk.

Hebatnya Allah menjadikan sesuatu itu.. kalau difikir secara logik memang tidak mampu.. tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Wangian kasturi ini baik untuk dibau kerana boleh menguat dan menyedapkan hati dan akal. Ia bersifat panas. Ia adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman di muka bumi ini.

Mencium kasturi menenangkan roh. Janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan mambau bauan yang busuk.. contohnya rokok.. Ramai sungguh yang ketagih dengannya padahal ia amat merosakkan.

Ada jugak orang yang suka menghidu najis lembu.. kalau difikirkan logik kite x mampu menerima bauan seperti itu, tetapi bagi mereka yang kurang 'waras' menjadikan ia suatu ketenangan kepada mereka. Kerana bauan yang busuk akan merosakkan akal, maka disebabkan akal yang rosak menjadikan bauan yang busuk begitu hebat kepada mereka..

Ini antara khasiat kasturi yang lady cari untuk dikongsikan bersama :
Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa. Bagi yang sedang stress macam lady sesuai tuk menghidunye. :D
♥  Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak. Bagi yang masih pelajar amat sesuai mengamalkannya.
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan. Sesiapa yang lemah semangat boleh memulihkan kekuatannya dengan cara mencium kasturi atau bau-bauan harum.
Menghilangkan debaran jantung. Kalau lady time nak temuduga memang jantung berdegup kencang, seolah-olah nak terkeluar.. mungkin sesuai tuk lady ketika nak ditemuduga.♥ 
Menghilangkan sesak nafas, melegakan lelah, dan mampu menyedarkan orang pengsan.
Memperkuatkan organ dalaman.
Menghilangkan gementar badan. Bagi sesiapa yang tubuhnya sering gementar atau anggota badannya terketar-ketar, meminum dan mencium kasturi akan membantu memulihkan keadaan.
Menghilangkan sejuk. Kasturi bersifat panas, meminumnya mampu memanaskan badan terutamanya pada musim sejuk.
Membuang angin berlebihan di dalam tubuh iaitu dengan cara meminumnya.
Menawarkan racun dan bisa binatang.
Menjernihkan mata putih dengan menitiskan kasturi ke dalam mata. Ia dapat menjernihkan warna putih mata serta dapat mengeringkan cairan-cairan lembabnya.
Melanjutkan usia. Mencium dan meminum kasturi boleh menyegarkan badan dan dapat mempertahankan kemudaannya, insya-Allah.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras. Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama. Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
p/s : teringin tuk mendapatkannya.. 

27 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Pernah guna kasturi ni 15 tahun yg lalu beli di timur tengah.. sgt2 wangi. Baca n3 LBL ni baru terfikir, kenapa tak cari lagi selamani.. huhu..

JR berkata...

Tikus pun keluarkan wangian kasturi? Gud info..

sHeRrY berkata...

bloghopping^^

Unknown berkata...

ADA JUAL DEKAT MALAYSIA KER,TERINGIN JUGAK NAK BELI..TAK SANGKA JUGAK RUPANYA DR RUSA WANGIAN KASTURI NI..

Unknown berkata...

owh..dari kelenjar sejenis rusa rupanya..k.chii ingtkan haruman buah kasturi

Rozie berkata...

tak pernah memiliki

Hanis MY berkata...

Laa ingtkan drpd pokok...drpd haiwan rupanya...

ieza ashaari berkata...

knp lah baru tahu.. selama ni sibuk nk beli perfume mahal-mahal.. huh..

Woofer Storm berkata...

dari tikus pun ada?glupppp

#segan pula nak pakai..hehhee

Nizam Ijam berkata...

banyak khasiat dia yer..

sud@is berkata...

semuanya baik untuk semua tp yg last tu paling baik...tq lady
pas ni mesti cari haruman kasturi

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

info bagus ni..awe ingat wangian kasturi tu bau buah limau kasturi..hehe

pisau belati berkata...

white musk samakah?

Hana Faza-same person berkata...

Terima kasih berkongsi info:) subhanallah , Hana baru tahu..selama ni ingatkan dari tumbuhan)

Unknown berkata...

oh baru tau...ingatkan dari limau kasturi...hehe

L berkata...

mmg sedap bau dia... huuu

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pernah beli wangian kasturi ni dan masih dalam simpanan. Ada 2 jenis saya beli satu warna putih dan yang satu lagi warna keperangan. Kalau tak silap harganya RM25 sebotol.

tehr berkata...

belum pernah guna wangian kasturi ni
lagi pun sangatjarang sekali pakai minyak wangi

Ayie Abas berkata...

apa yg ayie tahu keluar belanja utk beli wangi2an bukan laa satu pembaziran walau berapa mahal pun harganya.

rusydi berkata...

di surga kelak ada yang harum kasturi lebih elok lagi dari pada di bumi

atuk berkata...

Assalamualaikum LADY

kalau ada... lady boleh jadi ejennya, saya nak oder satu....

Ckin Kembaq berkata...

betul2...penjual minyak wangi penah bagi pegang kasturi yang asli tu...memang wangi..tahan lama gak la.. ^_^

LydSunshine berkata...

Kasturi ni dlm bahasa inggeris dipanggil 'musk'. Yang body shop jual tu 'white musk' tu lebih kurang la. Tapi itu dah proses dan hanya sikit je digunakan.

Dinar berkata...

Lady, rupanya kasturi ni dari kijang...teruja plk dgn khasiatnya..kat boleh dapati kasturi yg ori ni lady?

Nizam berkata...

jom beli akak...hehe..nizam suka sangat wangian ni... ;)

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum dik...
terima kasih berkongsi info ni..akak tak pernah guna haruman kasturi ni...

aida berkata...

memang tidak dinafikan keberkesanannya....saya ada menjual perfum kasturi kijang nih dengan hanya harga serendah rm10.00 untuk 3 ml....cepat grab it now!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...