Isnin, 5 Disember 2011

Wanita Yang Dihindari Lelaki

Terdapat sesetengah wanita yang amat dihindari oleh lelaki.. walaupun biasanya wanita yang ingin lady senaraikan di bawah ini menarik perhatian dan mempersonakan. 

Terdapat juga ciri-ciri yang disebutkan ini dimiliki oleh lelaki.. kalau boleh lady sendiri ingin mengelakkan diri dari bertemu jodoh dengan lelaki yang mempunyai ciri2 sebegini.. tetapi kalau sudah ditakdirkan begitu bermakna ia sebagai ujian untuk lady :D..

Sekarang mari kita sama-sama perhatikan ciri-ciri wanita yang dihindari :


Miss Turncoat :

Jenis wanita seperti ini selalunya dia mendengar kemahuan lelaki dan memenuhi keinginan pasangannya sehingga ke gerbang perkahwinan. "Neraka" bermula apabila wanita yang sebelumnya adalah seorang yang patuh, berubah menjadi amat penuntut, tamak, ego, dan menjadi mudah marah jika ada perkara berlaku yang tidak mengikut kemahuannya.

Kebiasaanya kebanyakan wanita atau lelaki menyembunyikan perangai sebenarnya sebelum kahwin. Mereka akan menunjukkan perangai yang baik jerk ketika dalam proses perkenalan.

Miss Desperate :

Sekali wanita ini mengenali lelaki yang dirasakan sesuai dengan dirinya, tanpa banyak soal dia membuat keputusan untuk mengahwininya. Dia tidak peduli siapa dan bagaimana lelaki itu selagi lelaki itu boleh memuaskan kehendaknya.

Miss Tease :

Biasanya wanita jenis ini tidak boleh ditinggalkan jauh-jauh oleh pasangannya kerana hobinya yang suka bermain kayu tiga. Malangnya wanita jenis ini amat mempersonakan dan dia senang mendapat lelaki jenis apa pun yang diinginkannya. Selalunya ramai lelaki yang patah hati kerana si wanita ini mendapat 'permainan' barunya.

Lady pernah terjumpa dengan lelaki yang berperangai seperti ini.. lady ingat beliau betul-betul ingin mencari calon isteri berdasarkan cara dia 'mengayat'.. maka lady kenalkan dengan seorang kawan yang turut berkeinginan mencari calon suami.. Seawal perkenalan lelaki itu memang menggunakan ayat yang lady anggap proses ke arah perkahwinan.. tetapi lady tersilap.. kasihan kawan lady tu menjadi mangsa keadaan disebabkan lady..

Miss Controlling :

Wanita ini secara langsung masuk dan mempengaruhi kehidupan lelaki. Dia mengatur bagaimana pasangannya perlu berpakaian, bagaimana cara percakapan yang sesuai, apa yang seharusnya dimakan dan sebagainya. Jika lelaki melawan, wanita ini akan menghentikan aktiviti yang mampu mempengaruhi suaminya sehinggalah si suami mengikuti kehendaknya.

Bagi lady, kadang-kadang perlu andai pasangan kita tu tak pandai menyesuaikan persekitaran dengan pembawakan.. takkan berpakaian selekeh jika ke majlis rasmi.. Mungkin lady termasuk dalam jenis wanita sebegini kot.. lady suka lelaki yang kemas dan pandai bergaul.. tapi kalau selekeh.. hati membara..

Miss Romance :

Wanita jenis ini hidup di alam fantasi dan menghabiskan hari-harinya dengan membaca novel dan berangan. Hidupnya dalam dunia imaginasi yang diciptakannya sendiri. Wanita jenis ini suka apabila dipuji.

Untuk ciri yang macam ni lady tak pernah jumpa dan tak mampu  bayangkan.. macamana yer?

Miss Elusive :

Wanita jenis ini tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang lelaki. Dia lebih suka membujang seumur hidupnya.

Kebiasaannya yang pernah merasa terlukanya hati apabila dihancuri..

Inilah antara ciri-ciri wanita yang lelaki hindari.. dan sebenarnya wanita pun hindari jika lelaki perangainya seperti ini..

28 ulasan:

Nizam berkata...

betul3....hehe..
sokong sangat... :)

Ckin Kembaq berkata...

Sama-sama jauhkan diri naa.. ^_^

fatin berkata...

miss elusive tu yg paling dihindari tuh..

LydSunshine berkata...

Miss Turcoat itu menakutkan. Pastu dulu saya adalah miss desperate. Cuma tak kawen je. Miss romance tu mungkin org yg suka tgk citer korea kot.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

wow..

x sangka sungguh.. :)

munna berkata...

SEMOGA KITA TAK TERGOLONG DLM GOLONGAN2 TU

sud@is berkata...

macam2 jenis gelgat wanita ya lady..lelaki pun camtu gak kot...

Ungu Violet berkata...

lelaki yg suka mengayat nih kira bahaya gak eh....huhu

tehr berkata...

kalau kayu dah bercabang tiga
buang je
memang tak boleh disimpan lagi

kiwi berkata...

i want mr loyal..hihi ^^

ghost berkata...

tapi kan kalau dah perasaan cinta menguasai,semua itu akan dapat diatasi.

Miss Purple Ungu berkata...

berdoa smga x tergolong dlm golongan wanita2 yg dihindari lelaki

Kak Imun berkata...

Pendapat kak, miss turncoat yg paling bahaya..... Klu tak sabar, bnyk masalah timbul...

Unknown berkata...

yas setuju dgn majoriti fakta yg ada LB buat ni....kebanyaknanya mmg bener belaka....

ILA HonEyBuNNy berkata...

minta di jauhkan semua neh..

renungan untuk kaum hawa..;) fikir2kanlah...

HEROICzero berkata...

sekali lagi , merimaskan .

tapi aku setuju dengan ghost writer . ya , bila soal hati , semua ini , jadi nya lain . =)

Tirana berkata...

Kak tirana tak pasti duduk dalam kategori yang mana satu.. Yang pasti kak tirana bukan lagi single..hehehe

wahida berkata...

mintak dijauhkan...

dwatyKNY berkata...

susahnya nak cari pasangan hidup kan??? bila ada yang dah jumpa... tak tau plak serius ke tak...

Dinar berkata...

lelaki berperangai mcm ni, juga dihindari wanita..betul tak lady?

Unknown berkata...

kadang2 kita dilahirkan dgn sifat semulajadi seperti tu..tp semua boleh diubah jika kita mahu berubah..

eiela berkata...

wah,,takut plak bila baca nih. binggung nak letak diri kategori mana nih.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kita semua terhindar dari sifat sebegini...baik lelaki mahu perempuan

L berkata...

baru L taw,, huhu. tq kongsikan..=)

jom baca kejap.=0
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

nurkaloi berkata...

waaa bgus laa info ni lady
tp tiada siape dlm dnia ni yg prfect kann
mesti ada cacatnya

tapi kita msti laa berusaha untuk tutup yg cacat tu kann ^__^

Unknown berkata...

err..k.chii pun x tau la sama ada sifat2 ni ada dlm diri k.chii or tidak..tp harap2 dijauhkan..

turncoat? ishk2..nampak sgt pijak semut x mati nih

NER berkata...

Rasanya, miss elusive tu tak kisah dirinya dihindari lelaki sebab dia sendiri yg menghindari lelaki. Saya ada kawan jenis miss tease, penat nak tegor dh. Asal jauh dgn boyfren msti ada skandal lain. haish..

misikeladi berkata...

numopang lewat miss Lady

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...