Rabu, 14 Disember 2011

Kesihatan dan Perubatan [Hadis]


Allah swt. mencipta setiap penyakit ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati.

Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh majoriti masyarakat kita hari ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan.

Pemakanan yang baik penting untuk pembentukan otak dan perkembangan organ dalaman badan serta pertumbuhan fizikal.

Kekurangan atau kelebihan gizi makanan penyebab utama sistem badan kita merosot dan tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan penyakit berantai yang serius.

Badan kita ini amanah Allah untuk kita menjaganya.. badan yang sihat membolehkan kita menguruskan kehidupan seharian di samping dapat beribadat kepada Allah.. Pencipta kita..



 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Siapa berpagi-pagi dengan badan yang sihat, dengan hati yang baik (ikhlas dan tenang) dan dengan pasak seribu (makanan pengenyang) untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki sebuah dunia (memperolehi segala keperluannya).”

[HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]

Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga kesihatan kita dengan sebaik-baiknya kerana perkara yang pertama yang akan ditanyakan kepada hamba-Nya tentang kesenangan adalah berkaitan nikmat kesihatan.

Abu Hurairah ra. Memberitakan bahawa Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba mengenai kesenangan(kesentosaan) di Hari Kiamat ialah dia akan ditanyakan : ‘Tidakkah telah diberi kesihatan pada badan engkau untuk (kepentingan) engkau, dan engkau telah dipuaskan (daripada dahaga) dengan air yang dingin?’”

[HR : Tarmizi, Al-Hakim, (sahih dan direstui oleh adz-Dzahabi) dan Ibnu Hibbaaan]

Setiap apa yang diturunkan di bumi ini berpasang-pasangan.. malam diberikan siang.. lelaki diberikan perempuan.. sihat diberikan sakit.. dan sakit diberikan ubatnya..

Dan sebagai fitrah kejadian, setiap yang sihat pasti akan sakit..

Allah tidak zalim terhadap hamba-hamba-Nya.. Setiap penyakit disertakan ubatnya..
Abdullah Bin Masud ra. menceritakan, Nabi saw. Bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan ubatnya, ia diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya (tidak mempelajari atau memperoleh) nya.”

[HR. Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim]

Dalam Islam, terdapat beberapa ubat-ubatan yang telah tercatat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan manusia sejagat.

Namun begitu, kebanyakan daripada kita tidak mempercayainya malah lebih mengagung-agungkan perubatan secara moden yang kebanyakannya mengandungi dadah yang bersifat ‘bertahan’ terhadap penyakit, dan bukan bersifat ‘mengubati’ penyakit. Malah ubatan moden turut memberi kesan negatif terhadap badan dalam jangka waktu panjang.

Salah satu perubatan secara Islam adalah berubat dengan menggunakan madu :

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :

“Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu.”

[HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Allah mempermudahkan kita untuk memperolehi madu menerusi binatang bernama lebah.

Allah memberi keistimewaan kepada lebah untuk menghisap minuman (madu) daripada beraneka bunga-bungaan sepanjang pengembaraan antara pokok-pokok yang berlainan untuk mengumpul madu-madu kerana kombinasi madu yang didapati daripada pelbagai bungaan itu merupakan ubat bagi manusia.

Abu Said al-Khudri ra. menceritakan :

“Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw. Seraya berkata yang bermaksud:

“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas).”

Maka Rasulullah saw. Pun bersabda yang bermaksud :

“Berilah dia minum madu.”

Maka lelaki itu pun memberi minum madu kepadanya. Kemudia dia (datang lagi lalu) berkata :

“Sesungguhnya saya telah memberi dia minum madu, tetapi dia semakin memulas sakit..”

Maka Rasullullah sekali lagi menyuruhnya memberi minum madu lagi.

Lelaki tadi (pulang dan ) memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa khabar yang sama sehingga Rasulullah saw. tetap bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Tetapi lelaki tadi tetap datang kembali pada kali keempatnya dan Rasulullah tetap menyuruhnya memberikan madu.

Untuk kali kelimanya lelaki itu kembali lagi sambil berkata :

“Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi dia semakin memulas sakit.”

Mendengar demikian, Rasulullah saw. bersabda yangbermaksud :

”Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”.

Maka lelaki tadi (pulang) memberinya minum madu lagi, dan dia sembuh.”

[HR. Bukhari, Muslim, Turmizi, dan Ahmad]

Dalam peristiwa ini, apa yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas madu terhadap penyakit.

Pada mula tindak balas, ia akan menyebabkan pesakit akan merasa bertambah sakit buat sementara waktu sebelum sembuh sepenuhnya.

Ia merupakan cara atau dasar perubatan.

Mengikut kajian, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (lelah, batuk, lemah jantung).

Digalakkan untuk menyimpan stok madu di dalam rumah dan digunakan untuk keperluan membina kesihatan, kesuburan, menahan daripada serangan penyakit dan dapat pula mengubati pelbagai penyakit yang berhubung dengan mental (mengingat) dan fizikal.

Allah swt. menganugerahkan kesihatan sebagai suatu nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap insan.

Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu ujian yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita.

Kita dianjurkan berikhtiar berubat agar kesihatan yang diperolehi dapat digunakan untuk mengabdi diri kepada Allah swt.

Rasullullah saw. juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Kaedah yang digunakan oleh baginda adalah berdasarkan wahyu dan panduan Ilahi.

Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Maka selayaknyalah kita mengambil pedoman yang ditunjuk oleh Rasulullah saw. Di samping ikhtiar lain yang diberkati Allah swt.

Allahua’lam.

[Disediakan oleh LadyBird's Life untuk tazkirah pada 21 Disember 2011]

24 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam lady..terima kasih berkongsi disini.
acik massa anak2 kecik rajin jugak bagi minum madu..dah besar masing2 tak mau dah kecuali batuk je.

atuk berkata...

Assalamualaikum Lady

terima kasih info yg berguna ini

Wassalam

Kakzakie Purvit berkata...

Benar madu boleh diguna sebagai perubatan walau dgn cara mencampurkan dgn hidangan lain...

sud@is berkata...

pentingnya pemakanan yang sihat untuk lebih nkmat beribadat
iq atas perkongsian yang sangat bermanafaat..

blog-tips-kurus berkata...

kena jaga makan.. :)

si kiut lavender berkata...

sihat adalah satu nikmat yg tak ternilai...

terima kasih atas info ni..:)

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam alaik

terima kasih ,info yang baru kepada diri naim.. :)

Unknown berkata...

mmg selalu dgr madu ni ubat yg terbaik..tp sekarang susah nk dpt madu yg betul2 asli..byk yg campuran

Unknown berkata...

nais info =)

dwatyKNY berkata...

saya pun kena atur cara pemakanan jugala...

sebelum ni ada makan madu... tapi dah stop plak... huhuhu.. kena sambung balik macam ni..

Nizam berkata...

terima kasih kak atas perkongsian yang menarik ni.. :)

tehr berkata...

setiap penyakit ada ubatnya
ada gak menyimpan madu kat rumah

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Ladybird sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Rasulullah s.a.w. telah memberikan garis panduan dalam wasiatnya melalui hadis dan al-Quran. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakan kelebihan yang diberikannya kepada kita.

Bila sihat senang beribadah.

Rashid berkata...

Betul tu. Kalau kaya harta, miliki kereta juta-juta tapi kesihatan asyik duk batuk je manjang .. takde nikmatnya hidup ini..

Madu? wow!! kesukaan .. hari-hari pekena madu Khaula. hehe

Nizam Ijam berkata...

nak madu sket :D

ieja amieja berkata...

n3 yg baik..t.kasih atas perkongsian ini..

Bidadari Syurga berkata...

maklumat yg panjang... bila badan terlalu letih kekadang akak makan benda yg tak seimbang... sudahnya selalusakit... paling hebat demam 4 kali sebulan....

Ungu Violet berkata...

ungu kat rumah mmg wajib ada madu..:)

Hanis MY berkata...

nice sharing, madu mmg yg bagus utk kesihatan, bukan sahaja terbukti dlm quran tapi juga kajian saintifik kan..

insan marhaen berkata...

tabiat itu ada yang berpunca dari pengaruh iklan. sepatutnya iklan tentang makanan segera dan yang tak berkhasiat di larang. lebihkan iklan makanan berkhasiat.

tapi yang dikatakan makanan berkhasiat itu pun ada juga lebih iklan dari kualiti sebenAR!

Unknown berkata...

kebaikan dan khasiat madu..mmg x boleh di sangkal lg...err..tp kat umah k.chii xde madu pun..nampak gaya kena bli satu ni.eheh..

thanks utk perkongsian =)

teha berkata...

nice sharing ! like2 :)

AmirFX berkata...

Thanks for the info... :D

HEROICzero berkata...

*ehem!*

sebenarnya mati itu sendiri , pengubat kepada segala penyakit . fikirkan . =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...