Rabu, 30 November 2011

Kekalkan Tiang Rumahmu

Salam.. Kali ni lady nak kongsi kisah tiang rumah.. Setiap rumah pasti ada tiang kan? Ade x rumah xde tiang?.. Iglo ade tiang tak?

Kisah yang ingin dikongsikan ini adalah kisah antara Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan isteri Nabi Ismail..

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ni tinggal berjauhan.. maka hanya sesekali sahaja nabi Ibrahim berkesempatan untuk bertemu dengan anaknya..

Maka, nabi Ibrahim tidak pernah mengenali siapakah gadis yang menjadi isteri kepada anak yang tercinta. Begitu juga dengan menantunya.. tdak pernah mengenali mertuanya itu.

Pada suatu hari, nabi Ibrahim teringin sangat melawat anaknya setelah beberapa lama tidak berjumpa, apatah lagi anaknya kini telah berkahwin.. dan baginda ingin mengenali siapakah menantu baginda itu.

Berjalanlah baginda menuju ke perkampungan nabi Ismail.. Setelah beberapa lama dalam perjalanan, maka sampailah baginda di perkampungan yang ditujunya. 

Nak dijadikan cerita.. sewaktu baginda sampai di rumah anaknya itu, nabi Ismail tiada di rumah.. yang tinggal hanyalah menantu yang tidak mengenali baginda..

Terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. 
(Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Begitulah kisah yang lady ingin kongsikan.. Jika kita sudah bergelar isteri.. kita tergolong dalam kategori isteri yang bagaimana? Adakah seperti isteri baginda Nabi Ismail yang no. 1 ataupun yang no. 2.

Bagi lady.. sukarnye nak jadi seorang isteri yang baik.. :( Ada orang.. isteri baik tapi suami macam hantu.. ada dpt suami baik.. isterinye plak ambil kesempatan..

32 ulasan:

Lin Salsabil berkata...

Iza, jika di kurniakan suami yang baik itu suatu anugerah, jika sebaliknya adalah ujian Allah...:)

Shyrazrul berkata...

waahh~ harap-harap lar dapat jadi macam beliau, huuu~

Ungu Violet berkata...

zaman sekarang nih...suami isteri kena saling lengkap melengkapi...:)

sud@is berkata...

kena jadi tiang rumah yang baik2, klu x kena tukar

Unknown berkata...

tugas seorang isteri menjaga aib keluarga dan suami..tp bila tgk kan zaman skrg..berapa ramai je yg mampu kan..yg terbaru ni..kes artis bergaduh dengan bekas suami..aduhai..

harap2 kta tergolong di antara isteri yg no 2..bukan isteri ke 2 ya..ehehe..

Nizam berkata...

betul tu kak..patut di baca oleh suami ataupun isteri..
nizam ada satu cerita benar,perempuan ni siap cerita hal atas ranjang pada orang...nizam yang dengar pun malu..
masa tu nizam terpikir, tak tahukah dia akan dosa membuka aib suami?

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Naim hendak yg no 2.. macam tak adil.. hehe

no 1, boleh di asuh.. :)

fatin berkata...

jadi ini kisah dalam skop isteri.. mm..bagus sekali..terkesan membacanya..

apapun sesiapapun, isteri atau yang belum kahwin sekalipun..sebaiknya dijauhkan sikap suka merungut, bersungut semua tu.. tak baik.. macam x bersyukur kan..

mmg insaf lah baca ni.. pernah juga bersungut pasal kerja di ofis.. (mcm tak bersyukur yang dah ada kerja, ada je or yg menganggur)

bagi FM.. sikap yg baik ni perlu ditanam sedari kecil..kerana sikap ni akan dibawa hingga mati..

HEROICzero berkata...

*senyum*

tehr berkata...

moga2 kita beroleh rahmatNYA
selamat tiang dan tangga rumah

kiwi berkata...

harap2 dapat jadi isteri yg last tu..hihi..

Unknown berkata...

kekalkanlah tajuk yang seperti ini... InsyaALLAH...boleh punya... kalau boleh buat tajuk panjang pun tak mengapa...

Miss Purple Ungu berkata...

hrp2 la dipertemukan dgn pasangan yg baik :)

Puan Kutu berkata...

setiap pasangan masing2 ada kelebihan dan kekeurangan.selagi ada toleransi dan berlandaskan islam, insyaallah ttp bahagia.

Rashid berkata...

ermm .. moga jadi pengajaran kepada kita semua.

Tiba-tiba teringat kisah kaum kadazan sabah. Pasal tiang juga .. makin banyak tiang makin mahal harga bakal menantu.

Unknown berkata...

susah nak cari tiang yg baik semasa dlm keadaan skg nih...mcm lb cakap laa....dpt isteri baik, laki lak cam hantu...dpt laki baik...isteri lak yg dok lebey2....apappun persefahaman dlm rumahtangga tu penting, supaya keharmonian dpt dikekalkan selama2nya....

LiFe KaMi berkata...

zaman sekarang ni banyak dugaan dan cabaran bagi yang begelar suami isteri.. semoga dengan keimanan yang teguh hubungan antara suami isteri akan sentiasa akrab dan saling bertolenrasi..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga saudari sihat hendaknya atas Izin~Nya..

Alhamdulillah kalau dapat jodoh seperti Isteri Nabi Ismail No.2.

Jika dapat yang No.1 alhamdulillah Allah menghendaki si suami untuk mendidiknya seperti No.2.

Kesimpulannya pelajaran yang kita perolehi dari kedua peristiwa Nabi Ismail itu agar kita berusaha untuk mendidik isteri kita masing-masing agar bersifat seperti isterinya yang kedua.

Wallahu'alam

teha berkata...

hrp2 dpt jadi mcm wife yg no 2 tu :)

insan marhaen berkata...

suami yang baik selalu membawa isterinya bersiar-siar ( dengan basikal ), betul kan?

(kiasan)

Bidadari Syurga berkata...

pernah baca... tapi baca byk kalipun tak pernah jemu...

ps: harap dpt jadi no. 2...

Kak Imun berkata...

Salam, ladybird. Kisah yang sangat menarik. Memberi ikhtibar kpd semua org. Suami dan isteri adalah insan biasa, punya kekurangan dan kelebihan. Toleransi dan komunikasi harus ada, baru la kesulitan dpt d perbaiki......:)

Dinar berkata...

tak kira suami atau isteri kita sentiasa kena bersyukur dan redha dgn apa yg kita ada...(setelah kita berusaha)...

Nizam Ijam berkata...

bagus entry nie :D

ILA HonEyBuNNy berkata...

berusaha mdi yang terbaik...insyaAllah....

CIK TOM berkata...

hrp dpt juga psgn yg bgs n kita pun kena berubah ke arah kebaikan kan?smoga dpt jd isteri yg solehah..amin..

Unknown berkata...

tiada yg sempurna.
harus saling menerima dan melengkapai antara 1 sama lain..

carilah pasangan yg berpegang pada agama

wahida berkata...

berusaha menjadi isteri terbaik...

munna berkata...

semoga kita semua menjadi lebih baik lepas membaca kisah nabi ni

Hanis MY berkata...

stuju sgt ayat last tu apa2 mohon pada Allah supaya dpt jodoh terbaik.

Unknown berkata...

sebagai seorang isteri, haram mendedahkan keburukan rumah tangga kan

Nur-nba berkata...

Moga kita mendapat jodoh yg terbaik.. Banyakkan berdoa padaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...