Isnin, 21 November 2011

Gadisku Semalu Yang Pemalu

Salam kepada semua yang tersayang.. Semalam lady berkenalan dengan seseorang.. penerbit Salam Insani.. Kak Lin.. Beliau seorang yang sangat baik hati.. Penuh kelembutan seorang wanita..

Beliau createkan puisi tuk lady.. Puisi Cinta.. hehehe.. bukanlah.. Puisi Jiwa.. :P.. mane2pun bolehlah.. Cinta dan jiwa perlu bersatu dalam satu rasa.. :D..

Kat bawah ni puisinya.. :D.. Lady suka Puisinya.. Terasa terus ke hati.. Khas untuk puteri-puteri persis semalu.. Lady tujukan puisi ini khas untuk sahabat2 lady semua.. ♥ ♥ ♥
 

Gadisku Semalu Yang Pemalu

Gadisku,
Si merah jambu,
Yang pemalu bagai semalu,
Jika semalu itu pemalu,
Kau lebih malu dari semalu,
Malumu itu adalah keayuanmu.

Dan..
Hanya yang tahu,
Akan ketahuan,
Indahnya ayumu,
Bukan tampak di mata,
Tapi dilihat jiwa..

Gadisku si merah jambu yang pemalu,
Kekallah di lamanmu,
Yang terhias dengan semalu,
Kerna akan ada semilir syurga,
Yang memayungimu,
Hingga sampai waktu....

Pinggiran Tasik Aman, PJ
20.11.11

25 ulasan:

  1. saya nak like bebanyak takde button like seribu kali pulak XD

    BalasPadam
  2. malu tu salah satu cabang iman.. malu dengan Allah, malu dgn kehinaan dosa diri sendiri.. bg wanita malu tu pendinding diri, pembalut hati, pembelenggu nafsu, pelindung iman.. baru takde kes 'u bg cinta, i bg body'.... Na'uzubillah..

    BalasPadam
  3. k.chii da like..

    gadis ibarat pohon semalu..

    BalasPadam
  4. assalam eiza

    spontan ke dia buat puisi tu. sangat kagum :D

    BalasPadam
  5. mmg best la puisi ni
    mendalam maksudnya tu :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Seseorang akan merasa malu kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah~Nya serta tidak menjauhi larangan~Nya. Orang yang malu kepada Allah dengan sendirinya akan malu kepada diri sendiri. Ia juga akan malu untuk mengerjakan perbuatan salah sekalipun orang lain tidak melihat perbuatannya atau mendengar perkataannya. Penolakan terhadap perbuatan itu adalah datang dari dirinya sendiri. Ia akan mengawal hawa nafsunya dari keinginan yang baik-baik.

    BalasPadam
  7. Salam, ladybird. Cantik puisinya. Sifat malu memang menyelamatkan iman kita.......:)

    BalasPadam
  8. wanita sememangnya perlu jadi semalu
    indah lembut
    tersentuh je terus menutup diri
    tapi jangan main kasar
    kerana semalu juga berduri

    BalasPadam
  9. assalam lady,,menarik puisinya..membayangkan betpa pemalunya lady..yang ayu..

    BalasPadam
  10. bestnya ada org bagi puisi..


    nak jugak..


    sedap puisi ni..

    suka..

    BalasPadam
  11. cantik bunga semalu tu..secantik gadis pemalu..*_*

    BalasPadam
  12. wah...untungna lad bule berkenalan dgn penerbit...ke sebab lady ada tulis buku? org yg berjiwa ni mmg spontan je kan....

    BalasPadam
  13. wah... org buatkan puisi... heeeee.. selalunya bf bagi gf... ni kawan bg kawan... heeeeee ittew nak gak...

    BalasPadam
  14. sy suka puisi...:)

    akk pun pemalu macam semalu..sila percaya.hehe..

    btw best puisi nie..like2..

    BalasPadam
  15. terima kasih untuk puisi neh..

    baca dan hayati neh..;-)

    BalasPadam
  16. ish,,nice lah,,nak like byk2 boley,,

    BalasPadam
  17. Inilah salah satu contoh perwatakan yg lelaki mahukan...

    BalasPadam
  18. Salam ukhuwwah...terima kash kepada yang meminati puisi ini sememangnya secara spontan sebaik salam perkenalan dihulurkan kepada saya oleh yang empunya diri, Allah SWT terus mendatangkan ilham untuk menukilkan sebuah puisi untuk gadis-gadis sebaik Iza...saya juga pernah melalui detik-detik itu..Alhamdulillah :))

    BalasPadam