Tiada apa yang paling didambakan lagi oleh sang pencinta selain daripada untuk bersama-sama yang tersayang..
Saat bersama si dia amat indah sekali.. sejam bagaikan sesaat bersama.. tiada langsung perasaan rimas mahupun tertekan..
Dalam hati.. kaulah akan menjadi bakal suamiku/ isteriku nanti.. akan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kita bersama..
Pelbagai kata-kata manis.. janji setia diungkapkan untuk menyatakan hasrat di hati..
"Abang... saya sayangkan abang sangat-sangat.. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi cinta saya pada abang.."
"Sayang.. tanpamu di sisi, hilang seri dunia abang.. Diri abang hanyalah milikmu sayang.. tidak akan sesekali cinta abang beralih arah walau apa pun yang berlaku.."
Saat bertemu.. terasa bagaikan ingin kuserahkan segalanya untukmu.. ingin sekali kukucup dahimu tanda ikatan cinta nan erat di hati..
Ingin kurangkul dirimu tanda aku tidak akan lepaskanmu walau apa pun yang terjadi..
Apabila teruna dan dara bertemu.. terasa indahnya dunia ini.. bagaikan hanya berdua sahaja di sini memadu asmara..
"Abang.. andai abang pergi merantau nanti.. abang akan tinggalkan saya tak?"
"Abang janji, abang takkan tinggalkan sayang walau apapun yang berlaku.. Kaki, tangan, hati.. malah seluruh jasad abang milikmu sayang.. Abang tidak merelakannya andai ada insan lain menggantikan tempatmu sayang."
Bagi si gadis, cukup hanya ungkapan keramat itu sebagai bukti cinta sang teruna sebelum meninggalkannya untuk mencari sesuap rezeki.
Hanya doa dan harapan mengiringi pemergian buah hati ke medan perjuangan sebuah kehidupan.
"Abang pergi hanya untuk seketika sayang, semua ini demi merealisasikan impian kita. Abang janji, selepas semuanya selesai kita akan kahwin."
"Abang, nanti kalau abang kahwin dengan orang lain, saya takkan maafkan abang sampai bila-bila.."
Saat perpisahan amatlah memilukan... kini.. telefon dan emel menjadi pengganti pertemuan..
Si jejaka tidak sabar-sabar untuk pulang dari bertugas semata-mata untuk menelefon si pujaan hati.. Walaupun jarak memisahkan.. tapi cinta tetap utuh..
Si gadis tetap menjadi penunggu setia si jantung hati.. Di hati, hanya dialah segala-galanya.. Walaupun kini tidak bersama, namun dia tetap satu-satunya.
Siang, malam, pagi.. tidak kira masa.. apabila dia diperlukan.. tetap dikorbankan jua.. sebagai persediaan menjadi isteri idaman..
Luka, perit si gadis.. diketepikan demi kasih dan cinta kepada sang teruna impian.
Teruna impian tidak seperti yang didambakan.. jarak masa menjadi taruhan.. Kini cinta tidak kesampaian..
"Awak, awak tidak boleh paksa saya menikahi awak, kita punya hidup masing-masing. Selama ini saya tidak tahu kenapa saya mencintai awak, entah-entah awak yang bomohkan saya.."
Setelah bertahun memintal angan-angan, akhirnya layu ditelan zaman. Si jejaka bertemu gadis lain yang jauh lebih cantik daripada yang di kampung halaman..
Inilah bayaran sebuah pengorbanan cinta.. Cinta yang kita tidak pernah tahu di mana berakhir episodnya.. Cinta yang kita tidak pernah tahu ia milik siapa..
p/s : Nizam, dah siap kisah cinta.. ok x? ♥ ♥ ♥
ha... macam tu la...
BalasPadamsahut jugak cabaran yer... romantik jugak akak ni...
kak, tulis la novel satu... hehehe.. sure nizam beli.. tapi satu je la... :P
ehem2..
BalasPadammakin lama makin best.. :P
kaaannnn.....
BalasPadammasa suka...pelangi
masa da tak suka...kelam...
Nizam :P.. hancus nukilan akak kan? :( tp xpe.. cabaran punye pasal..
BalasPadamNaim :
BalasPadamehem2.. asyik2 naim je tulis kisah cinta.. akak pun nak tulis jugak :P
Iman :
BalasPadambegitulah.. time kita diperlukan.. kita dipuja.. time kita tidak diperlukan.. kita dihina.. hakikat sebuah kehidupan..
cinta naugerah terindah dari Allah..
BalasPadamada macam2 tentang cinta....;-)
cita hanya perlu diberikan
BalasPadamtak perlu mengharap adanya balasan
kerana kadang2 hari panas pun boleh hujan
mmg nie la realiti kan sis..=)
BalasPadamoh dramatis nya LB pengalaman atau khayalan..
BalasPadamkenapa teruna zalim sgt sian dara pingitan...
mmg sakit kn kalau terjadi mcm ni,,sebab tu dlm bercinta..dgn serahkan hati kita sepenuhnya pd si dia..cukup sekadar 20% je
BalasPadamkak...pandai akak buat..
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamCinta adalah Api. Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.
Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang zhahir.
hehe...mmg ade yg macam tuh kan... sebab tuh taknak percaya sgt pada janji2 lelaki..
BalasPadambak kata remaja-remaji "Dengar Boleh, percaya Jangan."
tunggu dh betul2 jadi suami yg sah baru nak caye betul2..
n jagalah diri/hati supaya tak hanyut dek perasaan jiwang
Ila HoneyBunny :
BalasPadamCinta itu macam-macam.. hihihi <3
Cikgu Tehr :
BalasPadamSedih kan? Cinta boleh diberikan.. tp tidak boleh mengharap.. :(..
Tiefa :
BalasPadambetull.. realiti.. pasti ramai yg pernah melaluinya kan..
SUDAIS :
BalasPadampengalaman dalam dunia khayalan.. bila tersedar.. br th selama ini ia hanyalah mimpi..
chii :
BalasPadamsakit kot kak.. kesian kan? 5% jerk.. :P..
Apik :
BalasPadamx pandai.. just tuk sahut cabaran jerk :P..
Abd Razak :
BalasPadamWaalaikumusalam ustaz :D..
btl.. smg x menemui api yang membakar diri.. bukan pada tempatnya.. ameeenn..
Cik Jari :
BalasPadamjangan percaya sebelum kita dimiliki.. nanti merana kalau ditinggalkan.. sob3x..
ehem2...
BalasPadamhehhe folow awak yunk
http://cikwanielovela.blogspot.com/
cinta terindah cinta pada penciptaNYA..cinta yg tiada noktah dan pasti..tp fitrah manusia kita x dpt lari dr menyintai & dicintai ..huhu
BalasPadambercinta la selepas bernikah...
BalasPadamyer yer.. sya org teganu :)
BalasPadamjgn bercinta dgn org yg tak tahu menghargainya..
jgn bercinta dgn manusia seandainya cinta kpe Allah terlalu sedikit
Saat bercinta bukan main lagi kan .. semuanya akan dilihat indah. Kena marahpun boleh senyum jeee .. hehe
BalasPadamorang yang bercinta je yang boleh tulis macam ni.
BalasPadamwaa...ladybird ni mmg berbakat menulis
BalasPadamlps ni blh la cuba tulis 1 novel plak :)
ATok setuju dengan Papa Mifz, bercintalah selepas bernikah...
BalasPadamcinta lps nikah bak kata papa mifz
BalasPadamtp cmne nak nikah lau takde perasaan cinta ngeeeee
im curious heheh
bercinta sebelum nikah memang begitu risikonya..oleh itu berpada-padalah kelak memakan diri...
BalasPadamsorry lama tk singgah...busy sikit
tu silap nya yg selalu kita terbabas..
BalasPadamkalau cinta yg kita letak tu bukan cinta yg disandarkan padaNya. kan syariat dah beri panduan.. cuma kkdg manusia kalau dh dpt apa yg diidamkan terus lupa, hanyut, sterusnya jadi hamba pd tuntutan nafsu. tak percaya pada qada' dan qadar Allah, ingat diri sendiri lebih bijak, akhirnya termakan dek kebodohan sendiri.. bukan kah rugi..
cinta tak pakai otak tapi pakai hati
BalasPadam(ni je den tahu)
cinta memerlukan kesetiaan dan pegorbanan..apa pun kena percaya pada jodoh.tak ada yg indah selain percaya pada qado qadar..eceh akk pun nak berfalsampah...
BalasPadampandai lady bermadah..ayat syg abg tu pun kemain lg.hehe...