Rabu, 2 November 2011

Ciptaan Tuhan Itu Sungguh UNIQUE!

Ciptaan Tuhan Itu Sungguh UNIQUE!

Moh kita renung² ciptaan yang unik ini:

- Pernah tak kita tengok semut tidur?
- Setiap kali berselisih, pasti semut² ni akan 'bertegur sapa' dulu... kita?
- Bila seekor semut jumpa makanan, dia takkan makan sekor², pasti akan ada kawan lain yang akan menyusul... herm, bagaimana dia contact kawan² dia yang lain kan?
Mobile takde, facebook pun takde rasanya :D
- Pernah nampak semut hitam berkumpul dengan semut merah pada satu makanan? Semut hitam tak pernah berebut makanan ngan semut merah, apatah lagi nak bergaduh...
- Dah la sang semut ni boleh angkat benda yang lebih besar dari saiz badan dia, subhanallah!
- Tapi tau kan, kecik² cili api, sekali dia 'gigit' kita, habis satu badan kita pakat nak tolong picit si kecil cili api ni :D

About The Shot:

Kebetulan duduk2 kat wakaf tepi tasik DQ, tengok segerombolan semut datang 'menjamu' selera dek hasil makanan anak saya yang tumpah kat wakaf ni. Ribu² yang datang, dan yang menarik perhatian saya, pada beberapa ekor semut yang agak besar dari yang lain pun turut sama dalam koloni tadi, berjalan dengan aman sambil 'mendukung' semut² lain yang kecik ni, MasyaAllah! Taklah pula saya ketahui kenapa semut² kecil yang lain tu tumpang berdukung pada badannya!
Banyak benar kejadian alam ciptaan Tuhan yang belum kita terokai sebenarnya! Bila jumpa dengan suatu yang mengujakan, janganlah lupa ucapkan Subhanallah, kerana setiap sesuatu itu akan tetap kembali kepada-NYA.

Canon EOS 500D + Kit Lens + Macro Filter + 580EX ii:
ISO100, f/20, 1/25" at 55mm. Speedlite at ETTL mode.

Photographer : Ustaz Muktasyaf Ibrahim AnNamir
p/s : Anak saya di sini adalah anak Ustaz Annamir :D 

20 ulasan:

  1. wah....macro tu...mmg betul la...byk pengajaran dr kehidupan semut ni kan...
    hehe...siap kn bg tau anak ustaz tuuu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, kongsian yg menarik, tak jemu saya menatap dan berulang membacanya ;)

    BalasPadam
  3. nice entry..:)

    hebat kuase ALLAH..:)



    JOM singgah blog saya nak...Kenapa kite kene dgr cakap mak ek? sebab....

    BalasPadam
  4. selama ni tak pernah perasan pulak semut kecil berdukung dengan semut besar

    semua di dunia ini adalah untuk mereka yang mahu berfikir

    BalasPadam
  5. semut contoh ukhwah yang baik utk diteladani..tq Lady

    BalasPadam
  6. IM dah mula menaruh minat untuk memiliki kamera tapi IM takada pengalaman dan pengetahuan lansung pasal kamera. boleh ke ni?

    BalasPadam
  7. baru jap tadi marahkan semut sbb masuk dlm air kak bui..huhu

    BalasPadam
  8. assalam..

    dtg ziarah nk brkongsi cerita.. ;)

    BalasPadam
  9. owh..baru chii perasan...rupanya dorang bersapa eh..no wonder la dorang stop kejap bila berselisih..x terpk plak pasal ni..ehehe...

    semut mmg antara makhluk kecik yg kuat kan =)

    BalasPadam
  10. kecil2 cili padi,w/pun kecil tapi berapi..nice n3 kak..ada lesson kat ctu..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    Hanya Allah yang mendengar apa yang dibisikkan semut...

    BalasPadam
  12. gambar cantik..nampak semut2 dok tumpang badan dia..kemahuan manusia untuk mengkaji fenomena ajaib adalah terhad berikutan kekangan masa dan kerja sampai takde masa nak fikir kebesaran Allah s.wt.t

    BalasPadam
  13. ya..ila suka tgk semut...

    suka tgk sikap kerjasama diorg tu..walaupun kecil..;-)

    BalasPadam
  14. btul tu, semut xde Fb.. klau ada diorg pakat2 layan game jaa, hukk...

    *nice sharing ^^

    BalasPadam
  15. dan semut juga ada disebut dalam Kitab . =)

    salam eid al-Adha .

    BalasPadam
  16. sangat menarik, terima kasih

    BalasPadam