Ahad, 30 Oktober 2011

Antikythera-Peralatan Astronomi Kuno

Dewasa ini, teknologi yang digunakan pakai untuk menerokai dunia angkasa terlalu canggih bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Bermula dengan kewujudan teleskop sehinggalah kepada International Space Station (ISS) yang dikendalikan oleh sistem robot.

Tetapi tahukah anda sebenarnya peralatan untuk astronomi telah wujud sejak zaman dahulu lagi.

Hal ini telah terbukti dengan penemuan peralatan di kapal Yunani Kuno yang tenggelam 2000 tahun lalu.

Alat tersebut dapat meramal waktu terjadinya gerhana yang dikenali sebagai Antikythera.

Saiznya sebesar kotak kasut dan dibuat daripada logam.

Sewaktu ditemukan 100 tahun yang lalu, keadaan alat tersebut telah hancur.

Untuk meneliti alat tersebut para ilmuwan menggunakan sinar X dan komputer tomografi. Dengan cara itu mereka mampu melihat struktur dalaman antikythera.

"Komputer tomografi dapat melihat isi, bentuk dan cara kerja Antikythera," kata John M. Steele, salah seorang saintis yang menyelidik alat tersebut.

Hasil kajian menunjukkan alat tersebut terdiri dari 30 roda yang diperbuat daripada gangsa dan 225 gigi roda.

Hal itu membuktikan bahawa peralatan tersebut dapat digunakan pada komputer untuk meramal kejadian gerhana bulan dan gerhana matahri berlaku.

Para saintis turut berpendapat bahawa alat tersebut juga mampu untuk mengkaji objek-objek langit yang lain.

Penemuan tersebut juga menunjukkan Antikythera sudah digunakan 1000 tahun lamanya.

Cebisan oleh LadyBird's Life

15 ulasan:

  1. Cantik info N3 ini. Kakak baru tahu. TQ...

    BalasPadam
  2. pelajari ilmu yang tak habis sampai bila2
    kita masih jauh berbanding mereka

    BalasPadam
  3. orang dulukala nampaknya sudahpun advanced...

    BalasPadam
  4. komputer tomografi? mcm mana la bentuknya kan.....


    hanya sebesar kotak kasut je tu =)

    BalasPadam
  5. apa maknanya ek...org dulu2 mmg canggih la kan...

    BalasPadam
  6. once again, info yg sangat menarik berkaitan astronomi. kalau ada lagi share lah yer.. :)

    BalasPadam
  7. wahhh..hehe..bgus entry ni..sem ni memg belajar history astronomi ntuk sistem satelit ^^

    BalasPadam
  8. Thakd Lady B,
    Ilmu ni semakin banyak yang kita cari semakin banyak la yang kita tak tahu...

    BalasPadam
  9. itulah kan. sejak dari dulu lagi manusia ni dah kaji mengkaji

    BalasPadam
  10. dah guno about 1000 tahun...wow...

    BalasPadam
  11. Maknanya apa yg ada pada hari ini adalah kesinambungan dr zaman yg lampau...isk..isk...

    BalasPadam